"DIAM! Aku benci kau!"
Jerkahan kuat Nasuha menyebabkan Amalin dan Ameena terkedu. Kedua-duanya memandang kearah Nasuha yang sedang mengusutkan rambutnya diatas katil. Monyok wajah si gadis.
"Kau kenapa? PMS?" soal Ameena. Ambil berat.
Nasuha gelengkan kepalanya. Bibirnya dimuncungkan pada Amalin. Pantas, Ameena tolehkan kepalanya pada Amalin.
Amalin angkat kedua belah bahunya.
"Mana aku tahu apa jadi dekat minah ni. Sumpah!"
Amalin angkat tangan kanannya paras bahu. Wajahnya serius. Janganlah tanya dia. Sebab hakikatnya Amalin pun tak tahu kenapa Nasuha beriya menjerkah begitu. Padahal, Nasuha tu baru aje bangun dari tidur.
"Kau mimpi Afiq ada perempuan lain ke?"
Tegak badan Nasuha mendengar pertanyaan kedua Ameena. Eh, apa pula kaitan dengan buah hati dia ni? Laju-laju Nasuha menggeleng.
Amalin peluk tubuhnya sendiri. Dia bersandar di pintu almari bajunya. "Aku tak percaya. Aku tak percaya kau geleng kepala. Mesti sebab Afiq ni kan? Aku perasan kau baca something tadi dekat phone."
Nasuha terkebil-kebil memandang kearah Amalin yang masih mencebik. Lalu dia turunkan kakinya untuk duduk di birai katil. Mata tajam memandang Amalin.
"Aku sakit hati ni sebab kau."
Kali ini, Amalin berdiri tegak. Jari telunjuk dihalakan kewajahnya sendiri.
"Aku?"
Nasuha anggukkan kepalanya.
"Amalin?" Ameena pula menyoal.
Nasuha anggukkan kepalanya sekali lagi.
"Apa yang aku buat? Kau dari pagi membuta tak bangun-bangun! Aku buat apa?" Amalin menyoal lagi dengan nada yang tidak puas hati. Bila Nasuha cakap dia ada masalah dengan Amalin, dia tak sedap hati.
"Kau bukan buat aku."
Amalin dan Anna berpandangan. "Habistu? Siapa?"
"Ini!" Nasuha campak telefon pintarnya keatas peha Ameena yang sedang memasang sila diatas bangku. Dengan pantas, Ameena angkat telefon pintar tersebut sebelum dia tekun membaca.
Ameena ketawa sebelum dia serahkan telefon pintar itu pada Amalin. Amalin merengus.
"So, kau jerit kat dia la tadi?"
"Ya! Aku call dia, lepastu aku jerit." Nasuha ketawa kecil. Kemudian dia rampas semula telefon pintarnya.
YOU ARE READING
Cinta Ini, Cinta Gila!
RomanceYa, Cinta Ini Cinta Gila! - Untuk kita berdua! Amalin Atiera dan Adeeb Izmir. Pertemuan yang tak ada siapa sangka boleh buat hati yang tandus seperti padang pasir dan batu delima, jadi berbunga. Kisah cinta pandang pertama, buat Adeeb rasa macam d...