"PENATNYA!" Amalin merungut kasar apabila mereka masuk kedalam perut kereta bersama-sama. Adeeb menoleh pada Amalin disebelahnya. Selendang si gadis yang tadinya kemas, kini sudah pun kelihatan serabut.
Adeeb menggeleng perlahan. Amalin yang ini, hampir sama dengan Amalin yang pernah berada dalam hatinya dulu. Suka merungut!
Amalin yang dia kenal sekarang, sangat jarang merungut. Kena kerja teruk-teruk untuk syarikatnya pun, Amalin tidak banyak soal. Jika ada masalah yang datang, Amalin kekal tenang menjawab dan memperbetulkan keadaan.
Marah? Jauh sekali.
"Nak balik terus tak?" soal Adeeb pada Amalin yang sedang memejamkan matanya. Dari balai polis, mereka ke klinik. Kemudian, ke balai polis kembali. Ini, mereka baru selesai urusan di bengkel kereta. Makan pun tak sempat! Mujur sebelah klinik tadi, ada Family Mart! Dapatlah Amalin mengisi perutnya yang dah sememangnya lapar.
Mujur ada Adeeb! Kalau nak harapkan dia uruskan sendiri? Mungkin keretanya masih tersadai ditengah jalan raya sehingga Aqif atau Addin selesai urusan mahkamah masing-masing.
"Nak balik. Sebab dah masam!" Amalin tayang sengihan.
Adeeb ketawa halus. "Masam? Tak lah. Cantik aje." Adeeb hidupkan enjin kereta. Penghawa dingin dihalakan pada Amalin yang kepanasan.
"Alah, kalau sayang semualah dok puji..." Amalin cantas ayat pujian Adeeb tadi. Tak sampai tiga saat, masing-masing mula berpandangan. Amalin kelu tanpa bicara. Adeeb juga sama.
Sayang?
Amalin berdeham. "Sorry."
Adeeb gelengkan kepalanya. Lalu dia mulakan pemanduan dalam keadaan yang senyap. Tidak mampu untuk mengeluarkan sebarang kata. Kerana sesungguhnya hatinya riang mendengar kata-kata Amalin tadi. Teruja!
Ya, dia teruja!
Amalin gigit bibir sendiri. Macam mana dia boleh terlepas cakap ini? Aduhai! Tengok, sekarang Adeeb dah diam seribu bahasa.
"Mel..."
Amalin menoleh pada Adeeb yang tenang memandu. "Ya?"
"Nak location rumah you." Adeeb tunjuk skrin di bahagian depan keretanya. Mahukan Alamat rumah Amalin untuk menghantar si gadis pulang.
"Oh!" Amalin ketuk dahinya perlahan. Cepat-cepat dia tuliskan alamat rumah bapak ke skrin tersebut. Cepat sampai, cepat sikit hilang canggungnya. Selesai menulis alamatnya, Amalin kembali bersandar pada tempat duduk. Anak mata dihalakan kearah luar tingkap.
Awkward. Padanlah muka kau, Mel. Amalin kutuk diri sendiri.
Adeeb yang perasan akan kesunyian yang mula merajai mereka, mula berdeham halus. Mata kemudian melirik pada Amalin sebelum dia memulakan bicaranya. Sedikit-sebanyak, kata-kata Ariq tempoh hari, masuk juga ke dalam benaknya.
"Mel...." Seru Adeeb.
"Hmm?"
"Semenjak kita jumpa balik, I tak pernah nak soal atau cakap apa-apa mengenai kita." Adeeb berhenti seketika. Kemudian dia menyambung kembali.
"I tak tahu nak cakap apa, sebab meeting you... was never in my plan." Adeeb jujur. Amalin tegakkan badannya. Sungguh, hatinya rasa sedikit sedih mendengar kata-kata Adeeb tadi.
"Tapi, I lupa satu benda. I merancang, tapi tuhan juga merancang untuk I. Meeting you, were not part of my plan but God's plan, Amalin. That's nicer, right?" Adeeb berpaling seketika memandang Amalin yang sudah tegak di tempat duduknya.
YOU ARE READING
Cinta Ini, Cinta Gila!
RomanceYa, Cinta Ini Cinta Gila! - Untuk kita berdua! Amalin Atiera dan Adeeb Izmir. Pertemuan yang tak ada siapa sangka boleh buat hati yang tandus seperti padang pasir dan batu delima, jadi berbunga. Kisah cinta pandang pertama, buat Adeeb rasa macam d...