BAB 3

52 4 0
                                    

Angin sepoi-sepoi bahasa petang itu, dihancurkan oleh kekalutan Nasuha yang asyik memaksa Amalin untuk cepat. Dari dalam kelas Dr Aisyah tadi, Nasuha dah gelisah. Tak senang duduk. Menggelibas macam lipas.

Hairan Amalin tengoknya. Dahlah mereka duduk di barisan hadapan. Boleh pula si Nasuha bergerak ke kanan ke kiri macam ada sesuatu yang menganggu. Itu belum lagi Amalin perasan yang Nasuha sikit pun tak ada tulis apa-apa nota mengenai kelas tadi.

Mengenali Nasuha, Amalin tahu yang si gadis memang bukan sejenis yang ambil nota daripada A sampai Z. Tapi, Nasuha sejenis manusia yang suka lukis gambar rajah. Dia dengar, ambil isi penting, tukar pada gambar rajah.

Kata Nasuha, "my brain could not afford to process so many words."

Macam-macam hal.

"Kau kenapa ni? Dari tadi aku tengok tak boleh nak duduk diam? Kau period ke?" tanya Amalin tanpa selindung. Dia rasa nak luku-luku aje kepala Nasuha sekarang.

Nasuha berdecit kuat. "Mana ada periodlah. Aku nak cepat ni!" jawab Nasuha sambil melangkah tergesa-gesa. Dah berapa kali dah mereka berdua hampir bertembung dan berlanggar dengan pelajar lain.

"Dah tu? Apa yang gelisah sangat sampai tarik-tarik tangan aku ni? Serabutlah!" Amalin merentap tangannya dari genggaman Nasuha.

Nasuha berpusing sembari menghentikan langkah kakinya. "Aku nak cepat sebab nak pergi Pasar Khamis."

LAH!

"Pasar tu tak lari manalah! Sekarang baru pukul lima petang. Banyak lagi makanan. Yang kau kelam kabut sangat ni kenapa?" sekali lagi Amalin menyoal lebih pada Nasuha apabila mereka sudah memulakan langkah.

Nasuha berhenti sekali lagi. "Hari ini, ada busking. Aku dah janji nak pergi tengok!"

Amalin kerutkan dahinya. "Kau janji dengan siapa?"

Nasuha berhenti lagi. "Dengan kawan akulah. Mel, boleh tak kau jangan banyak tanya? Kita pergi sana dulu. Aku dah lambat ni. Event tu mula pukul lima petang."

Amalin mencebik. Meluat.

"Aku tanya aje pun. Tu pun tak boleh."

Tak mengalah, Amalin masih lagi membebel dibelakang Nasuha. Nasuha masih dok kalut-kalut asyik cakap 'excuse me' bila dia nyaris tak berlanggar dengan pelajar lain.

Amalin ikutkan aje. Sebab dalam ramai-ramai rakan sekelas, memang dia rapat dengan Nasuha dari hari pertama dia mendaftar masuk sebagai mahasiswi. Mama dan bapak pun, rapat dengan mummy dan daddy Nasuha. Sampai sekarang sering bertanya khabar.

Ingatkan hari ini dapat balik kelas awal tu, bolehlah dia layan angin petang. Sekalinya, sekian. Nasuha pula kelam kabut begini. Sampai sahaja di perkarangan Anjung Siswa, Nasuha lepaskan nafasnya. Lega!

Amalin menjeling Nasuha.

"Dah start lah sangat! Apa yang start? Kau nampak tu? Masih test mic one two one two?" Ejek Amalin geram. Tak pasal-pasal dia berpeluh-peluh sebab ikutkan perangai tiga suku Nasuha.

Nasuha garu kepalanya yang kali ini confirm gatal. Berpeluh kan?

"Alah, sorry lah! Aku ingatkan event ni dah mula."

"Sorry naik lorilah! Penat aku mengejar langkah kaki kau yang panjang tu!" Amalin naikkan kedua tangannya. Gaya macam nak cekik Nasuha yang sudah tersengih-sengih.

Cinta Ini, Cinta Gila!Where stories live. Discover now