KETUKAN di pintu bilik menyebabkan Adeeb angkat wajahnya. Dia nampak Ariq masuk dengan jalan yang penuh gaya. Playboy terunggul Malaya.
"Kau nak apa?"
Adeeb bertanya kasar. Sejujurnya dia memang malas dan tak berapa nak ada mood untuk bercakap dengan siapa pun ketika ini. Bukanlah kata dia frust sangat sebab tak dapat keluar dengan Amalin.
Tapi sebab dia rasa, janggal.
"Kau merajuk?"
Adeeb rasa nak termuntah. "Apa kes pulak aku nak merajuk?"
Ariq tersengih. "Apa kes? Kau tanya aku apa kes?" Ariq letakkan tangan ke dadanya. Ibarat menyoal Adeeb yang nampak serabut.
"Close that damn door." Adeeb beri arahan apabila dia nampak Ariq seperti mahu melabuhkan duduknya. Dengan perasaan bengang bercampur tak puas hati, Ariq kembali berundur tiga tapak dan...
DUM!
Terhempas pintu bilik Adeeb! Macam mana tak terhempas kalau makhluk tak berapa nak halus tu tutup pintu bilik dia pakai KAKI!
Gila punya orang!
"Robohlah ofis ni."
"Kalau roboh, kita tetap bersama. Kau tak payah nak fikir sorang-sorang. Ada aku kan? Sandar je lah." Ariq tepuk bahu kirinya.
"Eh, gelilah. Kau nak apa datang sini? Tolong segerakan, dan padatkan segalanya in five minutes because I am busy." Adeeb beri amaran. Matanya tajam merenung Ariq yang sudah seakan-akan sembunyi senyum.
"Kau sibuk apa? Fikirkan anak dara orang? Eh sudahlah!"
Adeeb sandarkan badannya. "Okey, cakap je betul-betul apa yang kau nak tahu sangat ni?"
Adeeb tak mahu berbahasa-basi lagi dengan Ariq yang jem ni! Dia tahu, Ariq datang sebab nak tanya perihal dia dan Amalin.
Impossible lah, Ariq datang nak tanya dia "betul ke kau belum review protokol..." memang lambat lagi!
"Kau dengan Mel..."
"Aku tak ada apa-apa dengan dia." Adeeb cantas soalan Ariq.
Ariq ketawa. "Aku belum tanya, tapi kau dah bagi jawapan? Hebat!" Ariq tersenyum mengejek.
"Kalau tak ada apa-apa, kenapa kau lari?" Kali ini, Ariq pula bersandar. Mata memandang tepat kearah Adeeb yang sedang berada dihadapannya. Dia nampak, riak wajah lelaki itu mula berubah.
"Apasal? Do you still have feelings for her?"
Provokosi pertama!
Adeeb tarik nafasnya dalam-dalam. Lalu dia larikan pandangan seketika dari wajah Ariq yang sedang merenungnya. Taktik basi!
"Jujur aku kata, the feelings I have for her is still the same. Masih sama. Tapi, kalau kau tanya aku, sama ada aku akan kejar dia atau pun tak...Aku rasa tak."
Ariq terkejut. "Kenapa?"
"Sebab, I hurt her so bad. She was extremely hurt. Semua tu berpunca pada aku. Walau berapa tahun masa tu berubah pun, aku rasa perkara tu akan tetap sama pada Amalin. I am the jerk that broke her loveable heart. Kau rasa, senang ke untuk aku telan benda tu?"
Ariq tegakkan badannya. "Mel cakap benda ni pada kau?"
"Tak. Dia tak pernah cakap. But I can see it from her eyes, from her face. Aku mungkinlah, tak dapat tangkap hints sebab aku lelaki yang bodoh. Tapi, riak muka, aku masih boleh baca." Adeeb beritahu jujur.
YOU ARE READING
Cinta Ini, Cinta Gila!
RomanceYa, Cinta Ini Cinta Gila! - Untuk kita berdua! Amalin Atiera dan Adeeb Izmir. Pertemuan yang tak ada siapa sangka boleh buat hati yang tandus seperti padang pasir dan batu delima, jadi berbunga. Kisah cinta pandang pertama, buat Adeeb rasa macam d...