BAB 10

36 4 0
                                    

"Eh, Mel!"

Amalin dan Adeeb yang sedang berpandangan secara janggal menoleh. Kelihatan seorang pelajar lelaki dan perempuan dalam pasukan itu menghampiri. Amalin besarkan matanya.

"Jell and Pape? Hi!" seru Amalin, teruja. Sampai sahaja pada Amalin, Jelinah terus peluk si gadis kuat.

"Sihat? Kau buat apa sini?" soal Pape kehairanan. Jelinah turut memandang Amalin yang tersenyum manis.

"Jumpa someone."

"Siapa?"

"Aku."

Jelinah dan Pape sama-sama terkejut. Adeeb silangkan tangan kedada sambil menjongketkan sebelah keningnya kearah Jelinah dan Pape. Amalin amati pakaian mereka. Bukan sahaja Jelinah, Pape dan Adeeb malah rakan-rakan yang lain masih dalam persalinan sukan masing-masing.

Adeeb nampak santai dengan tracksuit hitam jenama Adidas dengan jersi warna hitam yang kemas terletak ditubuhnya. Kaki pun, masih tersarung kasut sukan.

"Macam mana kau kenal Amalin?" soal Pape, keliru.

"Kau tu, macam mana boleh kenal Amalin?" Adeeb pulangkan balik soalan itu pada Pape.

Pape halakan jari telunjuk pada diri sendiri, Amalin dan Jelinah.

"Kami dulu, satu kumpulan dalam subjek Tarian Rakyat. Kokum semester satu." Pape berterus terang. Jelinah anggukkan kepalanya. Amalin? Sunyum ajelah. Tak mahu masuk campur.

Adeeb tercenggang. "So, korang dah kenal lama?"

"Iya!" serentak Pape dan Jelinah jawab pertanyaan Adeeb yang nampak terkejut. Kenapa? Eh, jangan-jangan...

"Ipar baru kami?" soal Jelinah tanpa tapisan. Serentak dengan itu, semua kepala yang sedang tekun makan di meja itu, memandang kearah Amalin.

Damn. Amalin terus rasa cuak.

"Hai!" mereka mula menegur Amalin. Ketara sangat wajah cuak si gadis, sampai akhirnya mereka terpaksa kendurkan keadaan dengan menegur Amalin secara ramah. Adeeb gelengkan kepalanya. Kalau macam ini perangai rakan-rakannya, mahu ini kali terakhir dia jumpa Amalin.

Palis!

"Er, Hi guys!" teragak-agak Amalin menyapa mereka kembali. Tangan kanan naik lalu dilambai pada mereka dengan gaya yang agak sedikit...kaku.

"Nak duduk sana?" soal Adeeb pada Amalin yang sudahpun berdiri tegak. Ni kalau pasang lagu Negaraku, Amalin dah boleh terus menyanyi. Dari tadi lagi tegak aje.

"Boleh juga. Its that okay?"

Adeeb anggukkan kepalanya. "Hold on, Im gonna need to take my bag, and my drink." Lalu Adeeb terus melangkah ke tempat duduknya dihujung meja. Beg sandang warna biru cair dengan air teh ais, dalam cawam itu diambil.

"Geng, aku gerak dulu. Apa-apa roger."

Yang lain hanya angkat tangan apabila mendengar pamitan Adeeb. Tak lupa juga dengan yang bersiul nakal sambil tersenyum-senyum kearah Amalin. Lekas-lekas Amalin larikan pandangan mata kearah pentas utama ditengah kafe itu.

"Jom!"

Adeeb melangkah dahulu, sebelum Amalin laju membuntuti lelaki itu dari belakang. Dalam hati, memang dah menyumpah Nasuha. Ngam-ngam lepas dia kenalkan Amalin pada Adeeb tadi, Afiq sampai. Terus minah liptint tu, tinggalkan aje dia dengan Adeeb!

Cinta Ini, Cinta Gila!Where stories live. Discover now