BAB 7

39 4 0
                                    

"ADEEB pergi mana weh?" tanya Zareef sambil matanya melilau ke kiri dan kanan, sebelum kembali semula ke wajah Hadith yang jelas, bosan. Ariq disebelah turut memberikan reaksi yang sama.

"Pergi order makanan."

Jawab Ariq perlahan. Zareef kehairanan. Lalu dia tarik kerusi, dan duduk berhadapan dengan Ariq dan Hadith.

"Apasal muka kau orang macam bengang aje?"

Ariq hela rengusnya. "Macam mana tak bengang? Member pergi order makan tapi lepastu sangkut."

Bertambah bingunglah Zareef yang baru sampai. "Kau ni badigol! Boleh tak kau cakap bagi habis dan clear. Cakap dahlah tak habis. Kau nak suruh aku buat apa? Teka isi hati kau?" sembur Zareef laju. Tak kuasa dia nak tunggu Ariq habiskan ceritanya.

Cakap separuh-separuh ni memang mengundang baran namanya. Ariq jeling wajah Zareef tanda tak puas hati.

"Dia syok kat member Nasuha. Tu, kau tak nampak dia tengah tahan Nasuha. Aku berani cakap, dia memang tengah paksa Nasuha tolong dia." Ariq halakan telunjuknya pada kedai telefon bimbit yang terletak dihujung kafe kolej kediaman tersebut.

Zareef pantas memusingkan badannya mengikut jari telunjuk Ariq. Siap berdiri sedikit untuk melihat keadaan tersebut dengan lebih jelas.

"Wow...Dia ada crush baru?" Zareef tayang sengihan. Dia kembali duduk menghadap Ariq dan Hadith.

Hadith angkat kedua belah bahunya. "Nak kata crush... Aku tengok dah macam gila bayang."

"Kenapa?"

Ini masa yang baik untuk kumpul modal dia bahan Adeeb nanti. Adeeb yang mereka kenal, santai orangnya. Mulut manis tu, biasalah. Tapi Adeeb tak akan paksa-paksa orang, macam dia paksa Nasuha sekarang.

Ini level memang berjuang sampai dapat ni.

"Dia senyum aje tengok handphone dia. Kau tahu, Nasuha kata... Si bodoh tu belum dapat pun nombor telefon budak perempuan tu. Budak tu hantar Whatsapp kat dia, guna phone Nasuha aje kot. Dia beriya senyum macam menang nombor ekor. Gelilah!" Cerita Hadith dengan riak wajah yang jelas meluat pada Adeeb.

Ariq anggukkan kepalanya.

"Budak perempuan tu, tahu agaknya dia tok tenung member macam nak tembus. Dia makan laju gila. Lepastu, dia cepat-cepat balik bilik." Tambah Ariq lagi dengan tawa halusnya. Geli hati!

Zareef gelengkan kepalanya. "Cun gila ke?"

Ariq angkat ibu jarinya. "Orang Perak kata, putih lemun. Lawa weh... Kalau nak dibandingkan dengan ex Adeeb tu, jauh sangat budak perempuan ni menang." Puji Ariq jujur.

Zareef betulkan rambutnya. Dia kedepankan badan. Dengan suara yang perlahan, dia soal lagi.

"Budak perempuan tu, ada lawa macam budak-budak Lantera Seni ke?"

Hadith dan Ariq berpandangan sesama sendiri. Lantera Seni? Ha, Lantera Seni itu ialah Badan Kesenian Kolej Kediaman yang selalu dipanggil untuk melakukan persembahan di mana-mana majlis anjuran universiti.

Tapi, bukan semua orang layak untuk jadi The Faces of Lantera Seni. Biasanya, junior yang menyerlah aje yang akan dipilih untuk dilatih bagi menggantikan senior yang akan tamat pengajian di hujung semester.

Dah jadi lumrah, yang terpilih memang kategori lawa-lawa. Stok-stok masuk pertandingan ratu cantik ke, ratu kebaya ke, Unduk Ngadau ke...

Muka awam? Kirim salam.

Cinta Ini, Cinta Gila!Where stories live. Discover now