BAB 12

110 6 0
                                    

ADEEB tutup mukanya dengan kedua belah tapak tangan. Tindakan itu mengundang reaksi aneh diwajah kawan-kawannya yang sedang menjamu selera tengah hari itu.

"Kau dah kenapa?"

Adeeb gelengkan kepalanya. "Tak ada apa."

Kemudian, dia ketawa kuat apabila dia membaca sesuatu di telefon pintarnya. Tawa riang itu, menyebabkan Ariq gelengkan kepala sendiri. Parah dah ni.

Adeeb hembuskan nafas. Dia letak lengan kiri diatas meja sebelum dia tongkat pipi kirinya perlahan. Dari tadi lagi, dia asyik tengok aje hantaran yang dimuat naik oleh Amalin di laman Instagram gadis itu.

Mahu, tapi malu. Ya, itu Amalin.

Kemudian, dia kembali ke ruangan tingkap perbualan WhatsApp antara dia dan Amalin. Dia tekan gambar profil gadis itu. Manis dengan senyuman! Dia kembali semula ke perbualan terakhir antara dia dan Amalin. Lantas, dia ketawa sekali lagi. Aduhai.

            "Kau ni, kenyang ke tengok phone banyak sangat?" Harith akhirnya buka mulut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kau ni, kenyang ke tengok phone banyak sangat?" Harith akhirnya buka mulut. Berbulu dah dia tengok perangai miang Adeeb yang tak habis-habis dengan Amalin. Entahlah...Nak kata macam tak pernah bercinta... Sebelum ni, dua tahun kut.

"Hati kalau lapang macam ni, lapar pun aku tak rasa."

Ariq tersandar ke kerusi. Bibir sempat memaki kuat Adeeb yang masih lagi tersenyum nipis. Siapa kata lelaki tak angau? Ni, Jantan depan dia ni. Bukan main tersengih-sengih.

"Kau ni, apa pasal macam tak pernah bercinta ya? Hairan pula aku." Zareef pandang wajah Adeeb. Adeeb gelengkan kepalanya.

"Tak tahu. Aku tak ada jawapan." Adeeb angkat kedua belah bahunya.

"Kau rasa, Amalin tu suka kau?"

"Pun, aku tak ada jawapan."

Kali ini, Pape kerutkan dahinya. "Mel tak ada bagi kau apa-apa hint?"

Adeeb anggukkan kepalanya. "Ada. Dia uploaded ig story, tulis number jersey aku. And that's all." Adeeb menjawab jujur. Pape anggukkan kepalanya.

"Eh tapi kan, aku peliklah. Kita satu course, Nasuha tu pula, BFF dengan Amalin. Kenapa aku tak pernah nampak dia ya? Si mangkuk ni pun, kenal Amalin!" Bibirnya, Adeeb muncungkan pada Ariq yang sedang menyedut minuman.

"Dah kau tu sibuk sangat mengulit awek. Mana nak nampak perempuan lain. Awek macam perangai Belanda pun, sibuk nak setia."

Ha, kena setepek dengan Ariq. Adeeb tayang wajah bosannya.

"People made mistake. And so do I." Adeeb letakkan tangannya ke dada.

Ariq dan Zareef sama-sama tayang wajah meluat mereka pada Adeeb. Adeeb, memang buat tak tahu sahaja.

Cinta Ini, Cinta Gila!Where stories live. Discover now