"HEY, you Amalin kan?' Tiba-tiba Amalin dihalang oleh dua orang gadis. Amalin jarakkan kedudukan antara mereka. Lalu, dia pandang muka si gadis ynag berada disebelah kanan. Terbit keluhan dari bibir Amalin.
"Ya. Nak apa?" malas-malas Amalin mengaku.
Si gadis sunggingkan senyuman. "I, Effa."
Amalin anggukkan kepala. "Tahu."
"Soooooo..." Meleret suara Effa mahu memulakan perbualan dengan Amalin. Amalin bediri tegak. Memandang kedua gadis itu tanpa perasaan. Yang sebetulnya, rasa dia memang kini tiada.
Kebas. Numb.
Amalin angkat tangan kanannya hampir dengan wajah Effa. Terkedu seketika gadis itu.
"Kau nak cakap apa? Kalau pasal Adeeb, aku tak berminat. Tapi kalau pasal benda lain, make it quick." Amalin bersuara dingin.
Effa telan liurnya sendiri. Kenapa dia dapat rasakan ada perbezaan dalam aura Amalin hari ini? Terus terang, ini bukan kali pertama dia bertemu empat mata dengan Amalin. Amalin memang agak terkenal di blok seni.
Takkanlah blok seni tak kenal Amalin? Budak Lantera Seni kot. Tambahan lagi, Amalin pernah bekerjasama dengan dua senior mereka untuk teater projek tahun akhir mereka. Gadis itu, seorang yang bubbly dan ceria.
Cuma hari ini, Amalin seperti suram.
"Hello?" Amalin petik ibu jarinya. "Which one?"
Effa yang seakadan baru tersedar menyoal kembali. "Apa yang which one?"
Amalin tayang riak sinisnya. "Kau jumpa aku, tahan tengah panas ni sebab nak cakap pasal Adeeb ke? Mengaku cepat. Aku ada hal lain ni." Amalin dah mula mendesak.
Effa silangkan tangannya ke dada. "Kau rampas..."
"Eh sekejap. Tak ada istilah rampas, sebab kamu berdua officially break up lama dah. Jadi tolong, jangan sebut perkataan rampas. Aku tak seteruk itu ya?" Amalin awal-awal lagi dah sanggah ayat pertama Effa.
"Tapi, kami masih baik. Hubungan kami okey aje."
Amalin kedip-kedipkan matanya pada Effa. "Itu urusan antara kau dengan Adeeb. Korang nak baik ke, korang nak apa ke, tak ada urusan dengan aku. Aku bukan isteri dia." Amalin tegas membidas tuduhan kedua Effa.
Effa terdiam. Nyata, Amalin bukan calang-calang orang yang dia boleh takutkan.
"Look. Effa. Aku rasa kau dah terlambat."
Effa bingung. "Terlambat apa?"
Amalin berdecit sambil membetulkan kedudukan payung ditanganya. "Terlambat untuk cakap semua ni. If you come to me, way earlier- aku rasa mungkin aku akan bergaduh dengan Adeeb tiga hari tiga malam. Menangis dan juga bermasam muka."
Amalin garu keningnya.
"Tapi, semua tu dah terlambat. Apa yang kau cakap ni, tak bagi kesan pun pada aku." Amalin bersuara tenang. Seboleh-bolehnya dia mahu kelihatan tenang dihadapan Effa.
"Kau bergaduh dengan Adeeb?" suara Effa mula mengundur. Tunak matanya memandang kearah Amalin yang sudahpun menguntumkan senyuman nipis.
Patutlah Adeeb gila bayang. Amalin, memang cantik. Wajah comel dengan pipi bulat itu persis pelakon tersohor, Lisa Surihani.
YOU ARE READING
Cinta Ini, Cinta Gila!
RomanceYa, Cinta Ini Cinta Gila! - Untuk kita berdua! Amalin Atiera dan Adeeb Izmir. Pertemuan yang tak ada siapa sangka boleh buat hati yang tandus seperti padang pasir dan batu delima, jadi berbunga. Kisah cinta pandang pertama, buat Adeeb rasa macam d...