LIMA TAHUN KEMUDIAN.
"HELLO every...one..." Amalin terkedu saat dia buka pintu rumah tersebut. Kenapa senyap? Dia kerling jam di dinding. Dah hampir jam 9 malam kot? Takkanlah senyap. Ini memang sesuatu yang sangat asing bagi penghuni rumah ini.
Hari ini hari jumaat. Sepatutnya rumah ni dah hingar bingar. Selalunya, adik-beradik mereka memang akan balik dan berkumpul di rumah bapak pada hari jumaat. Yang dah kahwin pun, angkut anak-anak balik.
Jadi, tak mungkin sunyi kan?
Sebab, dari tempat dia pakirkan kereta di bawah pokok rumah jiran mereka, hingga ke dalam perkarangan rumah, dia nampak ada kereta Aqif, Ameira dan Addin di luar. Tapi... dimanakah mereka?
"Hai anak!" Sahut bapak dengan senyuman melangkah dari arah dapur. Bapak sedang mengendong anak bongsu Aqif, Rayyan.
Bongsu ke? Amalin mencebik.
"Mana semua orang ni bapak?" Amalin hulurkan tangannya pada bapak. Apabila huluran bersambut, lekas-lekas si anak tunduk bersalam penuh hormat.
"Ada." Jawab bapak sepatah.
"Tapi senyap je?" Amalin keliru.
Bapak ketawa kecil. "Ah! The lawyers are having a meeting over a case."
Buntang mata Amalin mendengar informasi yang dibawa bapak. Bapak hanya tersengih. Apa nak buat? Dalam rumah ni, memang ramai peguam. Addin pun, dah join the club.
Tingallah bapak, Amalin, Jufri dan Diana yang tiada kena mengena dalam bidang undang-undang.
"Ara kena cari suami yang non lawyers, okay? Make sure he read something else. Medical, not advisable." Bapak buka bicara. Amalin mencebik bosan.
"Bapak pun medical. Okey aje."
Bapak ketawa pendek. "Bapak lain! Bapak dah tua. Orang tua macam bapak, mana ada sibuk." Bapak berdalih lembut.
Tangan ligat menepuk cucu yang sedang elok tidur dalam dukungan.
"Hai Ara!" Tegur Diana yang baru turun dari tingkat atas. Dia labuhkan duduknya di sebelah bapak. Rayyan dalam dukungan bapa mentuanya diambil lalu diletakkan diatas tilam bayi, yang terletak di lantai.
"Tak habis lagi ke bapak?" Diana toleh kearah bapa mentua yang sedang menongkat pipi di sofa. Jelas, kebosanan di wajah tua itu.
Bapak gelengkan kepalanya. "Belum. Bapak rasa nak renovatelah bilik kerja tu. Buat moot court!"
Amalin dan Diana ketawa kecil. Bapak tak ada geng! Sebab anak-anak lelaki team mama. The lawyers. Menantu lelaki pula sibuk. Jufri memang akan sentiasa keluar.
Man in finance lah katakan.
"Abang Juf mana, bapak?"
Bapak angkat bahu. Tanda tidak tahu. Sebab tadi, masa Jufri ada, dia dalam bilik berehat selepas keletihan melayan cucu yang pulang dari sekolah.
"Abang Juf keluar jumpa client. Ada start up company yang minta abang Juf review financial plan diorang." Diana tukang jawab pertanyaan Amalin.
Amalin memandang wajah Diana dengan satu perasaan yang gembira! Kemudian, Amalin toleh kiri dan kanan. Abang Juf tak ada? Maksudnya apa? Yes! Boleh buka tudung!
Lekas-lekas Amalin buka tudung yang tersarung dikepala. Terurai rambut panjang warna coklatnya.
Brunnette.
Diana ketawa seketika kemudian dia tercebik.
"Untunglah boleh free hair!"
Amalin jelirkan lidahnya. "Jangan dengki!"
Bapak hanya menggeleng perlahan. Amalin memang begitu. Pantang Jufri tak ada. Memang cepat-cepat dia tanggal tudung. Katanya, rimas. Tapi kalau dah tuntutan agama, moleklah kita patuhi.
Kan?
"Bila Ara start kerja baru?" Diana pandang wajah Amalin. Raut wajah itu, makin lama makin kelihatan matangnya. Dia kenal Amalin, dari si gadis menuntut di universiti. Kini, Amalin dah tumbuh dewasa.
Pun begitu, Diana sendiri takkan lupa mengenai kisah itu. Kisah hari dimana mereka semua terkedu apabila Amalin pulang secara tiba-tiba dengan tangisan yang sangat kuat. Layu dalam pelukan Amiera yang ketika itu bertindak membuka pintu rumah.
Tapi, tiada seorang pun yang mengetahui dengan lebih lanjut mengenai hari itu. Cuma, Amalin hanya ada sebutkan satu perkara yang buat suaminya tidak mampu untuk tidur lena.
"Ara sayang sangat..."
Amalin yang menyimpan 1001 kisah. Yang nyatanya, adik iparnya itu memang kuat. Sehingga kini, Amalin masih tidak berpasangan dengan mana-mana lelaki. Yang si gadis tahu, kerja dan berhibur.
Crazy rich aunt.
"Ara start kat tempat baru tu, next monday." Amalin jongket keningnya berkali-kali. Kaki dilipatkan keatas sofa sebelum dia baringkan separuh badannya. Sedapnyaaaa dapat baring!
"Why so soon?" Diana terkejut.
Bapak sunggingkan bibirnya. "Apa nak terkejutnya Dee. Dia kan memang macam tu. Hari ni berhenti, esok dah mula tempat baru. Mana dia nak duduk rumah ni lama-lama."
Amalin tayang sengihan. Sambil memeluk kusyen kecil didada Amalin bersuara dengan mata yang sedikit tertutup. "Kasi chancelah kita kerja kuat-kuat bapak. Mana tahu, hujung tahun ni kahwin."
Diana dan bapak berpandangan.
"Dah ada calon ke?"
"Siapa lelaki tu?"
Soal mereka hampir serentak. Amalin kulum senyuman melihatkan respon bapak dan Diana yang terkejut.
Amalin gelengkan kepalanya. "Belum ada... Tapi kita kan tengah sembang KALAU..." Amalin tayang wajah tidak bersalahnya. Mati reaksi teruja bapak dan Diana tadi. Kini, wajah keduanya kembali pada riak asal.
"Tak kiralah bila jodoh Ara nak sampai. Yang penting, no more lawyers." Bapak bersuara tegas sambil menegakkan jari telunjuknya.
Arahan bapak mendapat persetujuan daripada Diana. Dia pun bosan. Sebab kalau ada kes besar macam harini, empat orang tu lesap. Hilang! Kalau buat laporan polis pun boleh. Masing-masing akan duduk, pecahkan kepala sama-sama untuk berbincang. Begitulah selalunya.
"Hai bapak, getting tired of them ke?" Usik Amalin.
"Ya lah! Orang nak makan pun tak dapat. Call Addin! Bagitahu dia, mahkamah kena bersuarai because bapak is hangry." Bapak merengus geram.
Amalin ketawa. Hangry?
Nak cakap dia marah dan laparlah tu. Lekas-lekas Amalin cari nombor telefon Addin yang berada di dalam telefon pintarnya. Saat panggilan bersambut, Amalin dengan suara Addin merengus.
"Kakak, we are busy."
Amalin menjeling. "That's not how you should talk to me."
"Okay, sorry kakak. Yes, how can I help you?" Addin betulkan semula ayatnya. Bab adab, Amalin memang tegas. Lagipun, kadang kala Amalin boleh jadi lebih-sulung daripada Amiera yang super-duper-cool!
"Bapak panggil makan. Tell mama to wrap it up." Amalin beritahu adiknya.
Dengar sahaja pesan Amalin, segera Addin anggukkan kepala. Apabila talian dimatikan, Amalin dengar bunyi pintu bilik di tingkat atas terbuka. Bunyi orang bercakap-cakap jelas kuat dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
"Tak habis lagi?"
Soalan bapak menyebabkan mereka yang berada di tangga terdiam. Hilang semua diksi yang tadinya penuh dalam otak masing-masing. Perlahan-lahan mereka mengerling bapak. Bapak nampak santai. Tapi renungan bapak, tajam.
"Darling..." mama lekas-lekas turun lalu mendapatkan bapak.
"Yang, marah ke?" Dagu bapak, mama cuit sekilas.
Bapak pandang wajah mama. Anak-anak dah berpandangan diantara satu sama lain. Mama kalau bab beli jiwa bapak, memang hebat.
"You nak I kurus ke sayang, sebab you lambat sangat?"
Kan dah teka! Bapak, mana boleh marah mama!
YOU ARE READING
Cinta Ini, Cinta Gila!
RomanceYa, Cinta Ini Cinta Gila! - Untuk kita berdua! Amalin Atiera dan Adeeb Izmir. Pertemuan yang tak ada siapa sangka boleh buat hati yang tandus seperti padang pasir dan batu delima, jadi berbunga. Kisah cinta pandang pertama, buat Adeeb rasa macam d...