"Bila daftar kemasukan ijazah tu?" Soal mama sebaik saja Auni keluar dari biliknya pagi itu. Niatnya pada pagi itu untuk jogging sekejap di sekitar kawasan perumahan, dapat dalam 5km pun okay la. Sekurang-kurangnya dapat juga dia alihkan perhatian otaknya dari terus berfikir tentang sambung belajar.
"Bulan September. Tapi biarlah. Kakak pun dah update resume malam tadi, dan dah mula cari kerja. Harapnya ada rezeki la untuk dipanggil temuduga," Tenang saja Auni menjawab soalan Puan Asmah. Kasut sukan murah yang dibeli di Shopee disarungkan pada kaki dan tangannya dihulurkan pada Puan Asmah untuk menyalam tangan syurganya itu. Puan Asmah hanya diam melihat anak perempuannya.
Wajah Auni tenang, tetapi dapat dia rasakan yang Auni sedikit kecewa dengan keputusan dia dan suami. Bukan dia tidak perasan yang anak keduanya itu cuba mengelak dari melakukan sebarang eye contact dengannya.
Sebaik saja daun pintu rumah ditutup, telefon bimbit Puan Asmah menjerit kuat meminta untuk dijawab. Panggilan dari sahabat baik anaknya, Zahia Natasha.
"Assalamualaikum mama. Buat apa tu? Sihat? Sha ganggu mama ke pagi-pagi ni?"
-
Selesai sahaja jogging, langkah kaki menuju ke salah satu kedai runcit. Botol air mineral dan sekotak santan kara dicapai, kemudian dibawa ke kaunter untuk pembayaran. Ye bukan Auni minum santan. Tapi mamanya yang sempat berpesan padanya untuk membeli santan memandangkan menu harini Puan Asmah ingin menyediakan kari ayam.
Jam di pergelangan tangan ditoleh sekilas. Sudah pukul 9:20am. Santai saja Auni berjalan seorang diri untuk pulang kerumah sambil mendengar lagu. Tiba-tiba telefonnya menerima satu mesej dari aplikasi Whatsapp. Berkerut dahi Auni sebaik saja dia membaca mesej tersebut dan dia membuat keputusan untuk berjalan seperti biasa sahaja seolah-olah tiada apa yang berlaku.
"Kau singgah kedai Pak Karim kan tadi? Aku nampak kau,"
Terngiang-ngiang pesanan itu di fikiran Auni. Wajahnya tetap tenang seperti biasa. Bukannya dia tidak takut tapi ia lebih kepada perasaan 'sudah biasa' kerana dia tahu bekas teman lelakinya memang perhatikan gerak gerinya di kawasan perumahan ini.
"Pastu, kau nak aku menggelabah ke kalau jawapan kepada soalan kau tu betul?" Butang send ditekan.
Sinis saja Auni menjawab pesanan dari bekas teman lelakinya yang bernama Rayyan Hakimi itu. Sudah lama mereka berpisah tetapi Hakimi tetap juga mahu Auni kembali padanya.
4 tahun yang lalu,
Hakimi dan Auni merupakan rakan sekelas sewaktu di tingkatan 5. Lelaki itu lakukan berbagai cara untuk mendapatkan perhatian Auni, tetapi gadis itu langsung tidak hiraukannya. Sehinggalah suatu hari itu, Hakimi datang ke sekolah lebih awal daripada Auni dan lelaki itu sengaja melabuhkan duduknya di tempat Auni.
Sangkaan Hakimi, si Auni akan menegur ataupun marah padanya, tetapi hampa. Gadis itu beralih pada tempat duduk yang memang sudah tersedia kosong sejak awal persekolahan. Geram dengan tindakan Auni, Hakimi datang menghampiri Auni dan kali ini dia nekad. Dia akan buat Auni bercakap dengannya.
"Kau memang sombong eh? Langsung tak bercakap dengan orang dalam kelas ni?" Pedas saja tutur kata Hakimi pada Auni. Mahu membakar amarah dalam diri Auni, tetapi lelaki itu silap. Auni adalah seorang makhluk yang sangat tenang tetapi sungguh tajam kata-katanya.
YOU ARE READING
Mencari Bahagia [OG]
RomanceAuni Safiyyah, seorang gadis yang sangat tenang seperti makna namanya. Tetapi, disebalik ketenangan yang diperlihatkan, terselit secebis perasaan takut untuk merasa bahagia. satu demi satu perkara yang berlaku pada dirinya sehingga Auni membuat spe...