Bab 42

430 27 5
                                    

"Sayang, lama lagi ke dalam bilik air tu? Abang dah lambat ni nak solat subuh!" Bertalu-talu ketukan di pintu bilik air tapi isterinya masih tidak buka pintu. Jam sudah menunjukkan pukul 6:20am.

Baru saja Hazeem mahu berlalu ke bilik Adam, pintu bilik air terbuka. Membulat mata sepet Hazeem melihat isterinya keluar dari bilik air hanya dengan memakai bathrobe separas lutut sambil mengelap rambut dengan tuala. Dipandang isterinya atas bawah, begitu juga dengan Auni. Dipandang saja suaminya atas bawah.

"Apa tengok-tengok? Pagi-pagi dah menggatal tengok anak dara orang! Nah ambik ni!" Tuala ditangan dicampak ke muka Hazeem. Berdekah ketawa suaminya. Sebenarnya Auni malu ditenung sebegitu tapi dia cuba bersahaja.

"Cepat abang. Kalau lambat, abang tak ada makmum la subuh ni" Terjengul kepala Hazeem dari pintu bilik air.

"Tunggu abang! Jangan solat lagi!" Auni buat taktahu sahaja. Pakaian disarungkan ke tubuh begitu juga dengan telekung. Sejadah dibentang dan sekarang ni tunggu suaminya sahaja. Beberapa minit kemudian Hazeem keluar dari bilik. Menggigil-gigil kesejukan dia. Pendingin hawa ditutup dan kipas siling dibuka.

"Eeee comelnya isteri abang pakai telekung abang bagi"

Usai solat subuh berjemaah, Hazeem mengajak Auni jogging di kawasan perumahannya. Teruja Auni dengar kerana dia pun sudah lama tak jogging.

"Kalau nak tahu, rumah paksu Zaki dengan Maklong Zura pun dekat area taman ni juga tau. Nanti kita jogging lalu depan rumah diorang okay?" Auni mengangguk. Hazeem ketatkan tali kasutnya dan tali kasut Auni juga dibetulkan supaya lebih kemas.

"Umi, kami keluar jogging kejap tau. Nanti kami sarapan lepas habis lari" ucap Hazeem lalu dahi uminya dicium. Itu lah yang Auni perasan sejak semalam lagi. Walaupun umi mahu masuk tidur, Hazeem tetap saja mencium dahi uminya.

Lari punya lari, sudah 5km mereka lari di laluan yang sama tapi tak ada pula Hazeem beritahu dimana rumah paksu Zaki dengan maklong Zura. Kena scam ke macam mana sekarang ni?

"Abang ni! Tipu! Mana.. tak sampai.. paksu Zaki"

Tercungap-cungap Auni dibuatnya. Suaminya pula setiap kali dia marah, bukan main laju dia lari kedepan. Terpaksa la Auni mengejar suaminya. Akhirnya Auni mengalah. Dia duduk bersila di atas jalan. Merajuk!

Hazeem pula seronok sangat lari, langsung tak tahu yang isterinya sudah berhenti mengejar. Pucat lesi mukanya apabila bayang si isteri tidak kelihatan. Nama Auni dipanggil berkali-kali tapi tiada sahutan. Melilau dia cari kelibat Auni tapi tak jumpa.

"Hazeem!" Laju saja kepala menoleh ke sebelah kanan dan kelihatan suami kepada sepupunya, Danial sedang melambai tangan. Baru dia perasan dia berhenti di hadapan rumah maklong Zura.

"Cari bini ke tu!" Sampuk kak Zahra. Hazeem melangkah masuk ke dalam kawasan rumah Maklong Zura. Tak tahu pula dia yang sepupunya ada disitu.

Zahra, anak sulung daripada 2 orang adik beradik. Sudah berkahwin dan bakal menimang cahaya mata sulung selepas 5 tahun perkahwinan. Adiknya Aliza, tiada di Malaysia kerana menyambung pelajaran di Melbourne dan jarang pulang ke tanah air.

"Sayang. Merata abang cari.." bisik Hazeem sebaik saja dia duduk di sebelah Auni. Cawan berisi air suam yang dihulur oleh Auni, diambil dan diminum.

"Abang la lari laju sangat. Orang nak kena kejar anjing dah tadi. Nasib baik kebetulan abang Danial lalu naik motor, dia kejar anjing tu."

Mencari Bahagia [OG]Where stories live. Discover now