Malam itu, usai menunaikan solat Isyak, Fakhira mengetuk pintu bilik Auni dan mengajaknya naik ke tingkat atas. Langkah kaki dibawa ke bilik yang dijadikan pejabat dan perpustakaan mini.
Auni menelan liur apabila seluruh ahli keluarga Fitri turut berada di dalam bilik itu. Auni melabuhkan duduknya bersebelahan dengan Airin.
"Auni" semua mata tertumpu pada Encik Ilham.
"Ya saya?" Auni sudah rasa jantungnya mahu meletup. Ada apa sebenarnya ni sampai semua orang berkumpul? Berdebar pula dia..
"Kami dah bincang pasal Auni nak menumpang studio kami selama 3 bulan. Jadinya, Fakhira ada buat satu kontrak. Auni boleh baca dulu. Kalau ada apa nak tanya, Auni boleh tanya" satu dokumen dihulurkan pada Auni.
Perlahan-lahan Auni menyambut huluran Encik Ilham dan kontrak tersebut mula dibaca.
Serene (3) Studio Rental Agreement
Baca tajuk saja sudah cukup buat Auni meremang. Oh tiba-tiba dia rasa tak bersedia nak memasuki fasa ini!
Matanya ralit bait-bait ayat di dalam kontrak itu dan selepas beberapa minit meneliti setiap syarat, Auni meletakkan dokumen tadi ke atas meja.
Apa yang Auni dapat simpulkan, studio yang akan diduduki oleh Auni selama 3 bulan sepanjang dia melakukan latihan industri adalah percuma. Auni hanya perlu memastikan studio sentiasa dalam keadaan bersih sahaja. Tetapi, selepas tamat latihan industri, Auni perlu bekerja sebagai HR Executive selama 6 bulan di Izzy Packaging. Tamat latihan industri, Auni akan menginap di studio Serene 1 dimana lokasi studio itu berdekatan dengan rumah keluarga Fitri dan kilang.
Auni hanya menganggap ini adalah harga yang dia perlu bayar kerana menginap secara percuma. Dan bukan sahaja studio, kereta Toyota Vios milik Fitri juga dipinjamkan pada Auni secara percuma. Auni cuma perlu keluarkan modal untuk minyak sahaja.
Air matanya bergenang. Amalan apakah yang dia buat selama ini sehingga Allah mengirim orang-orang baik pada dia??
"Auni. Macam mana? Auni setuju?" Soal Puan Izzah lembut. Airin disebelah mengusap perlahan bahu Auni.
"Saya setuju.. tapi kenapa semua orang nak tolong saya? Bukan saya tak bersyukur tapi saya cuma orang luar je." Auni mengesat air matanya yang sudah tumpah. Perasaannya bercampur baur dan.. dia rindukan keluarganya..
"Auni. Anggap je semua ni rezeki. Kami faham situasi Auni lepas apa yang Fitri ceritakan pada kami. Kami cuma nak tolong. Lepas tamat kontrak ni, kalau Auni nak teruskan kerja dengan uncle, aunty, we are welcoming you. Tapi kami juga akan hormat keputusan Auni kalau Auni nak cari kerja di tempat lain. You choose your own path"
Lembut saja Puan Izzah memujuk. Auni tersenyum gembira. Ucapan alhamdulillah tidak lekang dari bibir Auni. Dan serentak dengan itu, tubuh Auni dipeluk oleh Airin.
"Kau jangan nangis Auni! Nanti aku nangis juga!" Auni ketawa mendengar kata-kata Airin.
Selepas drama berpelukan tamat, Auni tandatangan kontrak tadi sebagai tanda setuju. Fakhira mengambil kontrak tadi dan pergi ke mesin fotostat untuk membuat salinan. Dokumen asli disimpan ke dalam fail, yang salinan diberikan pada Auni.
"Tapi kalau saya guna kereta Fitri, dia nak pakai kereta apa?" Soal Auni polos. Dia lupa agaknya Fitri ni anak orang kaya. Kereta bersepah-sepah!
YOU ARE READING
Mencari Bahagia [OG]
RomanceAuni Safiyyah, seorang gadis yang sangat tenang seperti makna namanya. Tetapi, disebalik ketenangan yang diperlihatkan, terselit secebis perasaan takut untuk merasa bahagia. satu demi satu perkara yang berlaku pada dirinya sehingga Auni membuat spe...