"Kahwin????" Bergema ruang tamu dengan suara Auni yang sudah meninggi. Kepulangannya kerumah keluarga sempena cuti merdeka ini membawa berita sensasi. Melibatkan masa depannya pula tu!
"Along! Apa benda semua ni???" Tumpuan Auni kini beralih pada Akif yang sudah kelihatan serabai, kusut dan muram. Aqeel cuba menarik tangan kakaknya untuk duduk tetapi ditepis kuat. Aqeel lepaskan keluhan. Kakak dia je yang boleh bantu sekarang ni. Takkan dia pulak yang nak kena kahwin? Belajar pun tak habis lagi!
"Duduk dulu kakak." Mahu saja Auni menghamburkan tidak puas hatinya tetapi niatnya terbatal apabila arahan itu datang dari bapanya, Encik Azmi.
"Bah.. ma.. apa jadi sebenarnya ni? Kenapa kakak pula yang kena kahwin? Along! Kau kenapa putus tunang dengan Qistina???" Berdenyut kepala Auni memikirkan hal ini.
Pertunangan Akif dan Qistina hanya bertahan selama 3 bulan dan tali pertunangan diputuskan atas permintaan dari Qistina sendiri. 2 buah cincin sebagai tanda cincin merisik dan cincin tunang sudah dipulangkan pada abangnya. Wang hantaran berjumlah RM15,000 juga turut dipulangkan. Qistina menamatkan semuanya apabila majlis pernikahan mereka akan dijalankan dalam masa dua bulan lagi. Barang dulang hantaran, doorgifts, tempahan pakej majlis kahwin, jurugambar, semuanya sudah selesai ditempah dan dibayar penuh! Hanya tinggal harinya tiba sahaja. Semuanya akan dibazirkan begitu saja jika majlisnya tiada. Oleh itu, Puan Asmah, Encik Azmi, Aqeel dan Akif semua sudah setuju untuk kahwinkan Auni dengan kawan abangnya, Muhammad Asri.
"Bagi kakak fikir dulu." Auni perlukan ruang dan waktu untuj buat keputusan. Dia mahu buat perhitungan dengan Asri. Otak Auni masih tidak boleh proses apa-apa.
Auni kemudiannya minta diri untuk naik ke bilik. Dia mahu tenangkan fikiran. Cuti merdeka ini patutnya hari dia mahu santai rehatkan minda. Tetapi lain pula yang jadi. Auni duduk menyandar di kepala katil. Bantal bentuk awan dipeluk kuat.
Kahwin... kahwin... kahwin...
Pertengahan September nanti sudah selesai urusannya di Johor, kemudian dia akan berangkat ke Kuantan untuk membantu Farahin menguruskan majlis pertunangan kakak sepupu kesayangannya itu. Masih ada masa untuk berfikir memandangkan tarikh nikah Akif yang telah ditetapkan pada hujung Oktober. Dalam tempoh ini, dia nekad mahu tunaikan solat istikharah. Dia yakin pasti akan ada cara lain selain daripada bernikah.
Esok, Auni akan berjumpa dengan Asri memandangkan dia akan pulang ke Johor bersama dengan lelaki itu. Terlalu banyak benda yang dia mahu bincangkan dengan Asri. Dan andai kata Asri bersetuju, segalanya perlu diuruskan dalam tempoh sebulan. Auni meraup kasar wajahnya dan rambutnya disebak kebelakang.
'Ya Allah, berilah aku petunjuk..'
Sedang Auni tenggelam dalam lamunan, pintu bilik diketuk dari luar membuatkan lamunannya mati. Terjengul kepala Akif di sebalik pintu tersebut.
"Boleh aku masuk?" Soalan Akif hanya dibalas dengan anggukan kepala. Nampak saja bayang Aqeel turut masuk ke dalam bilik, otak Auni sudah mula serabut. Akif berdecit apabila Aqeel juga mengikut langkahnya.
"Tak! Kali ini aku takkan masuk campur. Aku nak dengar je perbincangan korang. Sumpah!" Aqeel mengangkat tangannya ke sisi seperti orang yang sedang berjanji. Akif dan Auni hanya biarkan saja.
"Aku minta maaf, kak.." perlahan saja Akif ucap.
Auni duduk menyandar di kepala katil, Aqeel di kerusi meja belajar dan Akif di atas lantai bersandar di sisi katil. Terkejut Auni dan Aqeel apabila Akif tiba-tiba mengesat air mata jantannya yang sudah mengalir.
"Kenapa Qistina putuskan pertunangan korang Long? Tolong cerita dekat aku. Penjelasan kau boleh bantu aku untuk buat keputusan" Auni duduk di sisi abangnya, manakala Aqeel juga turut duduk di atas lantai berhadapan dengan Akif dan Auni.
YOU ARE READING
Mencari Bahagia [OG]
RomanceAuni Safiyyah, seorang gadis yang sangat tenang seperti makna namanya. Tetapi, disebalik ketenangan yang diperlihatkan, terselit secebis perasaan takut untuk merasa bahagia. satu demi satu perkara yang berlaku pada dirinya sehingga Auni membuat spe...