Hari peperiksaan kertas terakhir.
Kebetulan Aina dan Fatihah juga menjawab kertas pada hari dan waktu yang sama. Cuma subjek yang berbeza. Keluar saja dari pintu dewan, sesetengah pelajar bersorak gembira kerana sudah tamat semester.
Auni hanya tersenyum melihat Natasha, Aina dan Fatihah saling berpelukan. Kalau mengikut rutin, biasanya hari yang sama juga mereka akan membuat clearance rumah asrama dan pulangkan kunci pada pihak pengurusan. Tetapi memandangkan ini semester terakhir, mereka bersepakat mahu pulang pada hari esok. Nasib Auni baik apabila Encik Azmi dan Puan Asmah membenarkan Auni pulang lewat sehari.
Aina mengajak mereka mengambil gambar di hadapan fakulti mereka. Auni hanya turutkan saja. Baju kurung pahang berwarna ungu lembut dan tudung bawalnya dibetulkan. Macam-macam gaya dibuat oleh Natasha, Aina dan Fatihah, tapi Auni hanya tahu senyum dan tunjukkan 'peace' sahaja.
Telefon yang dari tadi berada ditangan ditoleh sekilas apabila ada chat masuk. Daripada Hazeem.
"Dah habis ambil gambar ke Safiyyah?"
Laju Auni menoleh sekeliling mencari kelibat Hazeem. Macam mana Hazeem boleh tahu Auni sedang sibuk mengambil gambar sekarang ni?
"Sini. Tingkat 1" Satu lagi mesej masuk.
Auni mendongak ke atas sebaik saja dia baca pesanan Hazeem. Terpampang wajah kacak Hazeem disitu. Natasha, Aina dan Fatihah sedang sibuk dengan content Tiktok mereka, terus lupa tentang Auni untuk sementara.
Auni hanya memerhati Hazeem turun satu persatu anak tangga. Lelaki itu hanya mengenakan seluar jeans hitam, tshirt ungu dan outerwear bewarna hitam.
Rambutnya gaya two block dimana bahagian atas lebih panjang, manakala bahagian tepi dan belakang dipotong secara berlapis pendek dan tirus. Ada sedikit rambut jatuh menutup sebahagian dahi. Kalini Hazeem betul-betul nampak iras pelakon Song Weilong!
Auni tersenyum kambing.
"Eh, sama tema pula dengan baju kau hari ni." Terus mati senyuman Auni tadi apabila Hazeem sudah berhentikan langkah dihadapannya. Wajah Auni ditilik setiap inci sehingga membuatkan wajah Auni bertukar merah. Hazeem tersenyum nakal. Suka betul dia tengok muka Auni dah serupa warna tomato.
"Kau tak kerja ke? Karang kena rompak macam mana?" Soal Auni polos. Dia cuba memandang mata Hazeem tetapi dibatalkan niatnya kerana Hazeem sedang memandangnya.
Kuat si Hazeem melepaskan tawa mendengar soalan Auni sehingga membuatkan beberapa orang pelajar yang lalu lalang memandang ke arah mereka berdua.
Natasha, Aina dan Fatihah juga turut memalingkan kepala dan mereka tersenyum nakal melihat Auni dan Hazeem. Beberapa keping gambar diambil. Mula dah jadi paparazzi.
"Comel kan high differences dorang? Auni paras dagu Hazeem je" kata-kata Fatihah mengundang jeritan teruja dari mereka bertiga.
Hazeem dan Auni memandang ke arah mereka bertiga dan berjalan beriringan menghampiri tiga orang manusia yang sudah tersenyum misteri.
"Wah nampak macam bakal pengantin tengah berlatih jalan untuk bersanding." Usikan Fatihah disambut dengan tawa Aina dan Natasha. Auni mencebik. Kawan-kawan dia ni memang melebih betul kalau bab mengusik. Tambah pula Auni seorang sahaja yang golongan single disitu.
Auni menjeling sekilas pada Hazeem. Lelaki itu hanya tenang. Auni pula dengan muka tak ada perasaan dia.
"Meh sini aku ambil gambar korang berempat" kata Hazeem lalu menghulurkan tangannya pada Aina yang kebetulan sedang memegang telefon.
YOU ARE READING
Mencari Bahagia [OG]
RomanceAuni Safiyyah, seorang gadis yang sangat tenang seperti makna namanya. Tetapi, disebalik ketenangan yang diperlihatkan, terselit secebis perasaan takut untuk merasa bahagia. satu demi satu perkara yang berlaku pada dirinya sehingga Auni membuat spe...