Part 44

331 20 2
                                    

Lepas solat isyak, Hazeem dan Auni bergerak pulang ke rumah Encik Azmi dan Puan Asmah lebih awal memandangkan Aqeel beria memujuk Hazeem supaya pulang sebelum hari jumaat. Mujur saja mereka tinggal di Puncak Alam, tidak jauh sangat dengan rumah keluarga Auni yang terletak di antara Ampang dan Hulu Langat. Jadinya, tak ada masalah untuk Hazem ulang-alik dari tempat kerja dengan rumah mertuanya. Kan ada highway?

Disebabkan Hazeem banyak benda nak korek rahsia daripada Aqeel, Hazeem terus mengajak Auni pulang tanpa isterinya mengesyaki apa-apa. Tiba saja di rumah keluarga Auni, Hazeem menyalam kedua-dua tangan mertuanya.

"Abang iparku!!!" Jerit si Aqeel penuh teruja dan dia memeluk Hazeem terlebih dahulu sebelum dia mencium tangan kakaknya. Auni menyekeh kepala Aqeel dan adiknya mengaduh kesakitan. Plastik berisi buah-buahan yang dihulur oleh kakaknya diambil  dan dibawa ke dapur. Encik Azmi hanya geleng kepala dan berlalu masuk ke dalam rumah.

"Kamu berdua dah makan ke?" Soal Puan Asmah.

"Belum makan lagi ma"

"Elok la. Lauk banyak mama masak harini. Habiskan lauk tu. Mama malas dah nak simpan-simpan" Auni mengangguk dan dia tinggalkan suaminya bersama dengan Aqeel.

"Bang, kau bawak PS5 tak?" Itulah soalan Aqeel yang sempat Auni dengar sebelum dia menghilang ke dapur. Sempat juga dia arahkan Aqeel supaya membawa beg pakaiannya ke bilik terlebih dahulu sebelum nak main game. Laju sahaja Aqeel akur dengan arahan kakaknya.

Dah pinjam suami orang, kena lah berbakti dekat bini dia juga. Tak lama lepas tu, Akif pula sampai ke rumah dari Kedah. Teruja betul dia apabila nampak Hazeem dan Aqeel sedang main game Fifa di tv babah sampai lupa nak bagi salam.

Auni geleng kepala. Pinggan yang sudah berisi nasi diletakkan di atas meja dan Auni menghampiri Hazeem.

"Abang, makan dulu jom? Lepas makan nanti abang nak main game dengan dua orang abdul ni sampai ke subuh pun tak apa"

"Kif, mainkan kejap. Aku nak makan dulu"

"Hah bak sini!" Dengan helmet atas kepala tak buka, stokin masih dikaki, jaket hitam masih tersarung, terus saja Akif menyambar controller dari tangan Hazeem.

"Orang tak tahu pun abang bawak PS5? Bila masa abang letak dalam kereta?"

"Lepas balik kerja tadi abang terus kemas hehe. Sayang tengah mandi masa tu. Pandai kan abang buat kerja?"

"Layankan sangat si Aqeel tu"

"Eh mestilah! Kan bagus merapatkan silaturrahim"

Selesai makan malam dan kemas dapur, Auni turut menyibuk di ruang tamu. Daripada tadi lagi dia dengar Akif memaki dan memarahi Aqeel tidak berhenti. Entah permainan apa yang dimain pun Auni tak tahu. Bila ditanya suami, rupanya abang dan adiknya itu main game berjudul It Takes Two. Permainan itu memerlukan dua orang pemain dan ia mengisahkan tentang pasangan suami isteri yang berubah menjadi anak patung dan bersama-sama mencari jalan keluar.

"Bodoh lompat pun tak reti ke?!" Entahlah, Auni yang tengok skrin televisyen memerhati si watak Aqeel yang cuba melompat tapi selalu jatuh pun sudah cukup tertekan, apatah lagi Akif yang berpasangan dengan Aqeel.

"Main betul-betullah Aqeel! Aku tampar kau karang!"

"Aku main betul-betul lah! Dia yang taknak lompat elok-elok!"

"Last eh Aqeel. Kau kalau jatuh lagi sekali, siap kau!"

"Ya sabar lah! Takguna punya abang!"

Mencari Bahagia [OG]Where stories live. Discover now