"Apesal si Qistina ni ada sekali pula?" Bisik Aqeel. Auni hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Biarlah Akif nak buat apa pun. Bukan urusan dia nak tahu lebih-lebih cuma Aqeel ni saja yang dari tadi kepoh. Entah apa yang dia tak puas hati sangat tentang keputusan along untuk menghantar Qistina pulang ke rumah.
Akif memerhati saja adiknya melalui cermin pandang belakang. Tambah pula Aqeel duduk di belakangnya, jelas saja perilaku Aqeel yang sedari tadi berbisik-bisik pada si kakak.
"Aku hantar Qistina sebab adik dia tak dapat ambil" tiba-tiba saja Akif bersuara. Terus henti segala bisikan daripada Aqeel.
"Baru bercinta dah berangan jadi princess. Kau macam ni jugak ke kak?" Sengaja Aqeel mahu menyindir Qistina yang seolah-olah mengambil kesempatan atas kesenangan abangnya.
"Aku? Aku taknak jadi princess pun orang siap bukakan pintu kereta lagi untuk aku" jawapan spontan Auni menarik minat Aqeel untuk tahu. Entah, tiba-tiba saja Auni teringatkan Hazeem.
"Iye? Ada eh orang buat macam tu dekat minah beku macam kau ni?" Auni mencebik. Sempat lagi Aqeel hentamnya. Kau siap!
"kalau dah diajar untuk jadi lelaki budiman dari kecil, dah besar mesti lah gentleman" jawab Auni sambil menutup mata. Tangannya disilangkan ke dada. Mahu kosongkan fikiran tapi si Aqeel ni dari tadi tak henti bercakap.
"So sekarang ni kau nak cakap aku bukan lelaki budiman lah?"
"Yelah. Along lagi gentleman daripada kau yang pentingkan diri sendiri" kini perbualan dua beradik itu didengari dengan jelas oleh Akif dan Qistina. Kedua-duanya hanya senyum. Menarik juga topik yang dibualkan oleh si kakak dan si adik itu.
"Apa pulak? Dah memang si Qistina ni berangan, salah ke apa aku punya assumption ni?"
"Engkau ni kan Aqeel. Muka je handsome.." Aqeel sudah tersenyum bangga apabila dipuji oleh Auni. Rambutnya disisirkan ke belakang dengan senyuman lebar di wajah.
"..tapi otak benak" sambung Auni lagi.
"Choyy!!!" Terus mati senyuman bangga Aqeel tadi. Akif pula sudah mengekeh ketawa. Qistina hanya senyum.
Sebaik saja kereta Akif bergerak meninggalkan rumah Qistina, Aqeel terus mulakan soal-siasat.
"Apesal kau hantar dia balik?"
"Dia perempuan. Takkan aku nak biar dia balik sorang-sorang?"
"Dia datang tadi dengan siapa?"
"Abang dia hantar"
"Then? Tunggu jelah abang dia datang ambil!"
Auni pula yang serabut melihat Aqeel berperangai begitu. Akif hanya diam. Malas mahu layan adik bongsunya itu. Cakap dengan orang tak matang ni memang susah!
"Apa masalah kau dengan Qistina tu sebenarnya?" Soal Auni dan Akif serentak.
"I dont like her. Aku tak tahu. Ada something off pasal dia tu. But, tak apalah. Tengok kau orang berdua macam berkenan sangat dengan Qistina tu, aku takkan persoalkan lebih-lebih la. Cuma, kau! Amirul Akif! Jangan terlalu berharap"
Auni hanya geleng kepala. Boleh pakai ke naluri seorang Azrul Aqeel ni? Bercakap pun tak fikir panjang, ada hati nak nasihat orang.
YOU ARE READING
Mencari Bahagia [OG]
RomanceAuni Safiyyah, seorang gadis yang sangat tenang seperti makna namanya. Tetapi, disebalik ketenangan yang diperlihatkan, terselit secebis perasaan takut untuk merasa bahagia. satu demi satu perkara yang berlaku pada dirinya sehingga Auni membuat spe...