Bab 13

244 10 1
                                    

Hari terakhir di Kuantan, Akif membawa adik-adiknya ke Sedo Cafe. Masing-masing seronok memilih donut kegemaran dan semestinya lah Akif yang kena bayar.

"Boleh masuk syurga tau kalau belanja adik-adik," Aqeel mula membodek si abang. Auni pula masih memilih roti. Dia agak kurang gemar dengan benda manis, jadinya hanya roti menjadi pilihan.

"Eh, kalau tak selalu kikis duit abang pun boleh masuk syurga tau," Jawab Akif lalu menepuk dahi adik bongsunya itu. Akif dan Aqeel yang masih tidak selesai berkelahi, mula merapati Auni yang sudah beratur di kaunter pembayaran.

Selesai membeli, Akif menyuruh Aqeel membawa plastik yang berisi donut dan roti. Pada mulanya Aqeel membantah kerana asyik dia yang disuruh, tetapi selepas diugut oleh Akif yang dia akan elaun mingguan, Aqeel hanya senyum dan diambil plastik tadi dengan penuh cermat.

"Akif! Bro, kau buat apa kat sini?" Auni memandang ke arah lelaki yang tiba-tiba menegur abangnya. Cuba diamati wajah lelaki itu tetapi Auni tak kenal.

"Eh Asri! Boleh pula eh terserempak dekat sini? Nak beli donut juga ke?" Soal Akif.

Auni sudah buat muka bosan. Aqeel pula hanya diam. Budak ni semenjak kena ugut tadi, terus terkunci mulut dia. Disebabkan cuaca sudah panas membahang, Auni mencuit bahu kiri Akif yang sedang bersembang dengan lelaki yang bernama Asri itu. Muka tak kenal, nama pun tak kenal. Auni hanya buat tidak peduli saja. Info tak penting untuk ambil tahu.

"Kunci kereta. Panas luar ni" Kata Auni seraya menghulurkan tapak tangannya. Akif menoleh ke arah Auni yang menyorok di belakangnya lalu kunci kereta diberi pada adiknya itu.

"Siapa tu? Wah kau jauh datang sampai ke Kuantan ni jumpa girlfriend rupanya eh!" Akif menggosok belakang kepalanya yang tidak gatal sambil tersengih.

Auni yang sempat menangkap kata-kata abangnya hanya menggelengkan kepala. Dia dah biasa kalau kenalan Akif atau Aqeel tiada yang tahu kewujudannya.

Pernah juga Auni bertanya pada Akif, kenapa Akif dan Aqeel tak pernah update gambar mereka adik beradik di sosial media. Semuanya menjadi persoalan apabila Auni bermain dengan telefon Aqeel. Dibukanya Instagram Aqeel dan sengaja mahu stalk akaun Akif, Farahin, Natasha, Aina dan Fatihah. Maklumlah, Auni kan duduk dalam gua. Tak ada akaun sosial media Instagram, Facebook dan Twitter untuk tengok-tengok kehidupan orang. Yang dia ada cuma lah Tiktok. Itu pun selepas dipaksa oleh Natasha kerana mudah nak share video dengannya.

"Jaga pandangan. Lagipun aku taknak orang tahu aku ada adik perempuan. Yang tahu tu tahu lah"

Itulah jawapan Akif dan Aqeel. Auni hanya mengangguk faham. Setuju dengan tindakan mereka berdua. Lagipun mereka adik-beradik tahu yang Hakimi memerhati. Percutian adik-beradik di Kuantan ni pun Akif hanya buat story yang cuma terlihat Aqeel saja. Kalau orang luar tak tahu yang mereka adik beradik, mesti sudah beranggapan yang mereka ini pasangan kekasih sesama jantina.

"Siapa tadi tu, Along?" Soal Aqeel sebaik saja Akif masuk ke dalam perut kereta. Menyibuk betul budak ni.

"Kau dengarkan aku sebut nama dia Asri? So, Asri lah tadi tu. Asal? Kau minat dia?" Sinis saja Akif menyoal Aqeel. Siapa suruh menyibuk sangat.

"Eh bodoh. Aku lurus lagi ya. Mulut jahat betul kau ni,"

"Dah kau sibuk sangat. Kakak masuk kereta pun kau setia lagi sebelah aku,"

"Eh kau ni engineer pun bebal juga ya? Aku tunggu kau sebab kawan kau tu ingat kakak ni girlfriend kau tau. Kalau aku ikut kakak masuk kereta, tak ke dia fikir lain? Dah la kau pun tak betulkan statement dia tadi. Saja lah tu nak nampak macam hero yang sanggup drive dari KL sampai Kuantan semata nak jumpa cinta hati,"

Mencari Bahagia [OG]Where stories live. Discover now