"Good morning" Ucap Hazeem sebaik saja dia masuk ke dalam pejabat. 3 orang lelaki muda lebih kurang baya-baya Aqeel disitu mengangkat kepala dan tersenyum lebar sebaik saja mereka lihat Hazeem melalui meja kerja mereka. Lagi lebar senyuman mereka apabila Hazeem beri secawan hot chocolate setiap seorang.
"Ya Allah pagi-pagi dapat air. Terima kasih bos!" Ucap si budak lelaki bercermin mata. Dia juga turut beri senyuman pada Auni.
Berkerut kening Auni apabila lelaki yang memakai cermin mata itu memanggil suaminya 'bos'. Auni kemudian memandang suaminya, tetapi lelaki itu hanya santai saja langsung tidak terkesan dengan panggilan itu.
'Kerja apa sebenarnya laki aku ni?'
"Sayang, kenalkan.. yang pakai cermin mata ni nama dia Faleeq. Yang ni Iman, yang sorang lagi ni Rizqi. Hah, kenalkan ni wife aku. Tak payah tahu la nama apa, sibuk je" Auni geleng kepala dengar kata-kata terakhir suaminya. 3 orang anak muda tadi sudah mencebik mengejek.
"Hek eleh macam lah tak tahu nama Auni Safiyyah"
"Entah, nak sorok-sorok tapi dekat Instagram ada tulis nama wife."
"Bos buat kerja tak clean"
Hazeem menayang muka menyampah apabila dikutuk sebegitu. Dijeling sekilas ke arah Auni yang masih setia disisinya dan dia menarik isterinya itu masuk ke dalam bilik pejabatnya.
"Faleeq, paperwork please!" Pesan si Hazeem sebelum dia menutup pintu pejabatnya.
"Duduk la dulu sayang. Abang kerja kejaaap je. Lepas tu kita balik rumah umi eh?" Auni hanya mengangguk dan dia duduk di sofa yang berada di sudut bilik itu. Suaminya sudah mula sibuk menyelak helaian kertas dan melihat komputer dihadapan.
Bunyi ketukan pintu pejabat membuatkan Auni laju menoleh ke arah pintu. Terjengul wajah Faleeq sebaik saja suaminya menyuruh dia masuk. Entah apa yang dibincangkan oleh dua orang itu pun Auni tak faham. Tengok Tiktok lagi best.
Selepas Faleeq keluar dari pejabat, si Iman dan Rizqi pula masuk. Berbincang tentang design apa pun Auni tak tahu benda apa yang suaminya buat.
Tegang saja wajah Hazeem memandang kertas-kertas ditangan. Sesekali Iman keluar masuk pejabat dan waktu itulah baru Auni tahu yang mereka dalam proses perbincangan tentang design baju. Diperhati saja suaminya menampal kertas-kertas di whiteboard kemudian papan putih itu diconteng sana sini.
Gara-gara terlalu bosan, Auni melangkah keluar dari pejabat selepas diizinkan Hazeem.
Sempat juga Auni berbual dengan Rizqi dan Faleeq. Baru Auni tahu yang 3 orang lelaki itu semuanya berusia 23 tahun berkelulusan ijazah. Mereka diserap untuk menjadi pekerja tetap disitu atas permintaan daripada Hazeem sendiri memandangkan dia berpuas hati dengan kerja mereka.
"Terkejut kitorang bila bos bawak wife dia datang sini" Ucap si Faleeq. Kalau budak Rizqi ni jenis tak banyak cakap sangat. Cuma menyampuk jika perlu sahaja.
"Kenapa? Dia tak pernah bawa perempuan ke?"
"Tak pernah. Kalau ada yang datang cari pun dia akan suruh tunggu dekat lobi bawah je. Basically ruang team kami ni memang jarang perempuan datang" Auni mengangguk faham.
"Kenapa panggil Hazeem tu bos?" Dari tadi lagi Auni nak tahu tentang ni. Alang-alang si Faleeq ni pun jenis kepoh macam Aqeel, tanya ajelah.
"Lah kan dia manager?"
"Manager? Dia bukan engineer? Saya kenal dia tahun lepas dia kerja site supervisor katanya. Kadang-kadang kena pergi site kat penang la merata-rata"
YOU ARE READING
Mencari Bahagia [OG]
RomanceAuni Safiyyah, seorang gadis yang sangat tenang seperti makna namanya. Tetapi, disebalik ketenangan yang diperlihatkan, terselit secebis perasaan takut untuk merasa bahagia. satu demi satu perkara yang berlaku pada dirinya sehingga Auni membuat spe...