Bab 45

338 24 2
                                    

Jumaat.

Selepas solat maghrib, jemaah surau sudah mula memenuhi ruang tamu kediaman Encik Azmi dan Puan Asmah. Hazeem, dan Aqeel sudah mula sibuk di garaj kereta menyusun bekas makanan yang ditempah khas untuk tetamu yang hadir ke majlis tahlil malam ini. Adam Zafrel, abang kepada Hazeem juga turut hadir, dan membantu Akif membentang karpet dan mengagihkan yaasin.

Yang wanita sudah semestinya sibuk di dapur. Rakan baik Puan Asmah iaitu Cik Gayah juga turut hadir. Cuma Cik Zai sahaja masih tak nampak batang hidungnya. Sedang Auni sibuk membasuh pinggan, Farahin datang menepuk bahu. Terkejut Auni dibuatnya, mujur saja mangkuk ditangan tak terlepas, kalau tak memang menangis tak berlagu lah mamanya melihat mangkuk kesayangannya pecah.

"Ish akak! Terkejut Auni!"

"Alah sorry lah. Akak panggil kamu tak dengar, akak tepuk lah bahu. Tu, kawan kamu datang" kata Farahin lalu bibirnya dijuihkan ke arah meja makan.

Aina!

Melebar senyuman Auni sebaik saja wajah manis Aina menyapa ruang mata. Aina cantik mengenakan jubah berwarna hitam.

"Aina kau baru sampai ke?"

"Aah, Aina baru sampai. Cantiknya rumah family Auni. Seronok je vibes dekat sini. Auni kata rumah kampung, ni rumah taman tau!"

Oh ye eh? Auni rasa rumah keluarganya ini macam rumah kampung dah, sebab laman rumah agak luas seperti rumah-rumah di felda tapi sebenarnya hidup berjiran, rapat-rapat seperti rumah taman. Auni pun tak tahu nak jelaskan macam mana pada kawan-kawannya dahulu jadinya dia cakap saja rumah kampung. Mungkin sebab itu Aina, Natasha dan Fatihah tidak pernah jejakkan kaki ke rumahnya. Nak dibandingkan dengan rumah mereka, jauh beza.

"Terima kasih. Hmm kau datang sorang je ke?"

Aina tersenyum serba salah.

"Aina datang dengan Sha dengan Tihah" terjongket sebelah kening Auni mendengar nama yang pertama tu. Kalau dengan Fatihah pun Auni suam-suam kuku sahaja, apatah lagi dengan Natasha. Bukan setakat suam, beku terus!

"Jemput jelah dorang datang masuk. Tapi kalau mak aku tanya apa-apa, korang senyum je tau. Sebab mak ayah aku tak tahu apa-apa" Aina terkejut dengan pernyataan Auni tapi dicuba kawal riak wajahnya. Macam mana Auni boleh sembunyikan rahsia tentang Natasha memfitnahnya dari pengetahuan ibu bapa? Terasa kagum sekejap dia dengan Auni yang cuba sembunyikan aib Natasha dari orang tuanya.

"Aina panggil diorang kejap"

Aina beransur pergi. Fikirannya memikirkan kawan-kawannya. Macam mana Zahia Natasha boleh benci orang sebaik Auni Safiyyah. Aina terlalu kenal perangai kawan-kawannya, dan dia paling selesa berkawan dengan Auni kerana kawannya itu memang suka buat hal sendiri dan tak masuk campur urusan orang. Soal belajar, Auni memang komited. Kelemahan Auni cuma satu je. Dia sejenis mulut pedas, tapi jika orang itu memang cari pasal dengannya sahaja.

Auni berjalan hingga ke ruang tamu dan dia menyarungkan selipar, berjalan ke arah suaminya. Kerusi yang berada disitu, Auni duduk.

"Abang" Auni menarik hujung baju melayu suaminya.

"Hm? Safiyyah abang okay?" Hazeem menyoal lalu dia duduk mencangkung di hadapan isterinya. Awning tudung Auni yang senget sedikit, Hazeem betulkan.

Heh benda ada suami boleh tolong betulkan tudung, buat apa buat sendiri. Hahaha!

"Abang, Sha dengan Tihah datang. Baru je semalam orang sebut-sebut nama diorang, tiba-tiba harini muncul"

"Yeke? Tapi abang tak nampak pun?" Terjengah-jengah kepala Hazeem memandang ke arah pagar besar di depan sana. Yang dia nampak cuma beberapa orang jemaah surau datang dengan motor sahaja.

Mencari Bahagia [OG]Where stories live. Discover now