Selesai kertas pertama subjek undang-undang. Auni keluar dari dewan dengan wajah biasa manakala Natasha sudah macam sakit perut.
"Auni! Aku tengok soalan tadi terus hilang segala ilmu. Rasa macam tak pernah belajar apa-apa tau!"
Auni hanya angguk. Sekadar mengiyakan sahaja kata-kata kawannya itu. Segala alat tulis dimasukkan ke dalam tote beg miliknya.
"Kau dengar tak ni Auni!!"
"Ya.. aku dengar. Bingit betullah kau ni" Auni menggosok telinganya.
"Aku risau aku tak lulus je subjek ni! Dapat atas pagar pun jadi lah.. aku taknak repeat. Aku nak graduate on time.."
Auni memandang Natasha yang sudah bertukar suram.
"Tak ada apa lah. InshaAllah lulus tu. Lagipun kan ni semester terakhir kita? Takkan lah Prof nak beri markah gagal. Nanti ada lah tu dia akan tengok kedatangan kau cantik ke tak, tugasan hantar on time ke tidak. Ha semua tu akan bantu pemarkahan juga. Jangan risaulah!"
Auni cuba memujuk. Nasib baik Natasha termakan dengan hujahnya.
"Erm.. dekat soalan mana yang kau sangkut tu?" Auni menyoal semasa mereka berdua sedang beratur menunggu bas kolej.
"Soalan valid reasons for dismissal! Aku tak ingat sangat explanations dia so ikut kata hati jelah. Aku ingat sikit-sikit je itu pun nasib baik sempat jengah nota kau sebelum masuk dewan tadi. Lepastu kau ingat tak soalan trade union tadi!? Yang itu aku confident jawab!"
Dan mula lah si Natasha membebel tidak henti mengulas soalan-soalan yang dijawab tadi. Auni hanya setia menjadi tukang dengar. Cuma sesekali saja dia keluarkan suara.
Sampai saja di medan selera asrama, Auni dan Natasha mengisi perut terlebih dahulu sebelum berehat di bilik.
"Lepas habis paper Performance jumaat ni kau balik ke Auni?" Soal Natasha lalu menghirup kuah mihun soto.
"Balik. Nak buat kenduri tahlil. Kalau kau dengan Farhan nak datang, datang lah. Aku dah jemput Aina dengan Fatihah,"
Auni tersenyum tawar. Segan sebenarnya nak jemput kawan-kawannya datang ke rumah memandangkan dia hanya dari keluarga yang biasa-biasa saja.
"Oh okay. Kalau kakak aku bagi keluar lepas maghrib, aku datang"
Auni hanya angguk.
Usai solat zohor, Auni terima pesanan ringkas daripada Hazeem.
"How's your paper, Safiyyah?"
Auni sekadar tersenyum tipis.
"Biasa je. Masih bersaiz A4" balas Auni. Teringat pula dia dengan jenaka Akif tempoh hari.
"Hahahaha dah pandai mengusik aku ya! Kau dah makan ke? Dah solat?"
"Dah. Kau tak ada order ke? Duk tegur aku ni?"
"Harini aku tak jadi rider. Harini aku jadi security guard"
Auni sudah hairan. Kerja security guard? Auni mendiamkan diri untuk berfikir. Kiranya Hazeem kerja full-time security guard la kan? Dan dia jadi rider ni bila hujung minggu lah kan? Sekarang Auni sudah faham!
"Kau kerja la. Curi tulang pula. Karang kena rompak tahu la"
Hazeem dipanggilan belah sana sudah ketawa besar. Betapa polosnya seorang Auni Safiyyah. Sungguh Hazeem tak sangka itu respon Auni. Disangkanya Auni akan bertanya mengenai pekerjaan Hazeem.
Auni adalah gadis pertama yang jawapannya lain dari lain. Kebiasaanya pasti akan memandang rendah atau menghilangkan diri apabila Hazeem beritahu dia hanya kerja sebagai pakcik jaga.
YOU ARE READING
Mencari Bahagia [OG]
RomanceAuni Safiyyah, seorang gadis yang sangat tenang seperti makna namanya. Tetapi, disebalik ketenangan yang diperlihatkan, terselit secebis perasaan takut untuk merasa bahagia. satu demi satu perkara yang berlaku pada dirinya sehingga Auni membuat spe...