Berduyun-duyun chat dan panggilan daripada Akif dan Aqeel tapi langsung tidak berjawab oleh Auni. Kali ini dia nekad. Hatinya terlalu terluka untuk kembali pada pangkuan keluarga.
Hari ini, dia akan ke Johor. Niatnya untuk sembunyikan rancangannya itu dari Farahin gagal kerana Farahin terdengar perbualannya dengan Fitri tempoh hari.
"Akak ni nampak macam tak boleh pakai sangat ke Auni? Kamu kena pukul dengan maksu, paksu, sikit pun akak tak pernah masuk campur hal korang satu keluarga. Masih tak percayakan akak lagi?" Kata Farahin tenang sambil memeluk bahu Auni. Cuba yakinkan Auni yang gadis itu tidak sendirian.
"Auni cuma risau akak cakap dekat Aqeel atau Akif je.."
"Auni, jangan risau. Rahsia Auni selamat dengan akak. Tahu la akak nak goreng apa nanti kalau Akif atau Aqeel tanya akak"
Begitulah perbualan ringkas antara Auni dan Farahin. Dan hari ini, Farahin dan Umairah menghantar Auni ke terminal bas. Dalam hati, tidak putus doa diberikan buat Auni semoga Allah lindungi adik sepupunya dan selamat sampai ke Johor.
Pontian. Satu-satunya daerah yang langsung tak terlintas di akal seorang Farahin yang Auni akan membawa diri ke daerah itu. Auni menyalam tangan Farahin dan Umairah dengan penuh hormat. Ucapan terima kasih kerana sudi tumpangkan Auni untuk seminggu membuatkan Umairah memecahkan tangisannya. Entah kenapa dia berasa berat untuk lepaskan Auni.
"Ala kak Umairah ni janganlah nangis!" Auni memeluk Umairah kemudian Farahin juga turut memeluk mereka berdua. Macam-macam pesanan ditinggalkan untuk Auni dan gadis itu hanya mengangguk tanda faham.
Selepas berjam-jam perjalanan, akhirnya Auni tiba di terminal bas di Larkin. Fitri sudah memaklumkan pada Auni yang dia akan menunggu gadis itu disitu. Puas anak mata Auni mencari kereta Toyota Vios warna hitam milik Fitri tetapi tidak jumpa walaupun lelaki itu memintanya menunggu di pintu utama. Auni sudah mula gelisah. Sudahlah dia tidak biasa disini.
"Assalamualaikum." Auni menoleh ke kanan apabila ada seseorang berdiri di sebelahnya. Terpampang wajah Fitri yang sedang tersenyum manis. Perasaan takut tadi terus bertukar lega.
"Waalaikumussalam" Auni membalas senyuman dan mereka berjalan beriringan menuju ke kereta.
"Sebelum kita pergi rumah parents saya, cuba teka saya nak bawa awak makan dekat mana." Sebenarnya Fitri tak tahu nak bawa Auni makan dekat mana, jadinya dia cuba tukar ayatnya supaya dia boleh tahu apa yang Auni inginkan sekarang ni. Risau jika dia bawa makan nasi kandar karang, gadis itu tak makan pula.
"Marrybrown..?" Ragu-ragu Auni menjawab. Mana lah dia tahu di Johor ni tempat makan mana yang menarik, hanya Marrybrown jelah yang terlintas di fikirannya.
"Betul! Okay sekarang awak rehat. Sekejap lagi kalau dah sampai, saya kejut awak" Auni tersenyum lebar apabila jawapannya betul. Dia sudah puas tidur di dalam bas tadi, jadinya dia mengajak Fitri untuk bersembang tentang latar belakang keluarga keluarga lelaki itu.
Izz Fitri. Mempunyai dua orang kakak dan dia merupakan anak bongsu. Yang sulung bernama Izyan Farisya, dan merupakan pengurus 3 buah kafe dan 5 kedai barangan bayi. Yang kedua bernama Ilya Fakhira yang kini ambil alih bisnes 5 buah homestay, 5 buah rumah sewa, 3 unit studio kecil dan 10 buah unit rumah yang dijadikan airbnb. Ibu bapa Fitri pula masih menguruskan kilang kotak packaging dan sesekali dibantu oleh Farisya dan Fakhira.
"Kakak-kakak awak tolong buat semua kerja bisnes keluarga. Awak tolong apa?" Usik Auni.
"Saya tolong tengok je" tawa Fitri dan Auni bersatu. Tanpa Auni tahu, Fitri juga terlibat sekali menguruskan kilang keluarga mereka. Mustahil Fitri tidak ambil tahu tentang bisnes keluarganya.
YOU ARE READING
Mencari Bahagia [OG]
RomanceAuni Safiyyah, seorang gadis yang sangat tenang seperti makna namanya. Tetapi, disebalik ketenangan yang diperlihatkan, terselit secebis perasaan takut untuk merasa bahagia. satu demi satu perkara yang berlaku pada dirinya sehingga Auni membuat spe...