Bab 22

222 5 0
                                    

Auni meraup wajahnya selepas dia menutup suis komputer. Jam sudah pukul 6:40 petang, matahari hampir terbenam. Mujur Auni sudah solat Asar awal-awal, jadinya tiada apa yang dia hendak kejarkan sekarang ini.

Dia memandang sekeliling pejabat yang sudah kosong. Miss Tang, Zulfa, Naura, dan Kak Marsya semua sudah pulang. Auni menutup semua lampu dan dia berlalu keluar dari ruang pejabat.

Enjin kereta dihidupkan dan Auni memulakan pemanduan. Jalan untuk pulang ke rumah ada dua laluan yang berbeza tapi Auni lebih selesa menggunakan jalan kampung kerana tidak mahu menempuh lampu trafik yang banyak. Jika ikut jalan kampung, rasa sedikit santai kerana tak banyak kereta lalu lalang.

Pap!

Sedang Auni fokus memandu, telinganya menangkap satu bunyi seperti sesuatu meletup. Keretanya serta merta bergerak perlahan. Kemudian ada satu van sekolah memotong keretanya dan sempat juga penumpang van itu menjerit beritahu pada Auni yang tayar kanan hadapan sudah meletup.

Mujur sahaja Auni memandu dengan kelajuan 80km/j, dapat juga dia mengawal stereng dengan baik. Auni berhentikan kereta di bahu jalan. Terasa seram sejuk pula tengkuknya melihat keadaan sekeliling yang kiri kanan jalan tebal dengan kelapa sawit. Lampu jalan juga tiada, matahari pula hampir terbenam. Lampu hazard kereta dihidupkan. Fikirannya sudah buntu kerana dia tidak berpengalaman menukar tayar kereta.

Mahu telefon rakan pejabatnya tetapi semua tidak tinggal di Pontian. Zulfa dan Naura tinggal bersama di JB, Miss Tang di Skudai, dan kak Marsya pula di Kulai. Auni menggaru kepalanya. Dengan lafaz bismillah dan doa pelindung, Auni keluar dari kereta untuk menahan kenderaan yang sesekali lalu-lalang.

20 minit mencuba tetapi tiada seorang pun mahu menolongnya. Bateri telefon sudah tinggal 1%. Auni memicit dahinya. Pening!

Auni mundar-mandir di sekeliling kereta, dan apabila dia sudah nekad mahu telefon Airin, skrin telefonnya sudah gelap.

"Ya rabbi..." Auni mengeluh perlahan. Telefonnya disimpan ke dalam poket seluar dan dia kembali menahan kenderaan untuk meminta tolong. Langit yang sudah gelap sepenuhnya membuatkan Auni merasa takut. Tak semena-mena sahaja, Auni sudah terduduk sandar di pintu kereta. Tapak tangannya menekup wajah. Dia cuba tenangkan diri tetapi melihat keadaan sekeliling gelap-gelita, tubuhnya sudah menggigil ketakutan.

Perlahan-lahan Auni cuba berdiri dan baru sahaja dia mahu masuk ke dalam kereta, ada sebuah kereta berhenti di belakang keretanya. Auni cuba melihat orang itu tetapi dia tidak dapat lihat wajahnya kerana cahaya lampu kereta. Yang pasti, seorang lelaki. Auni menelan liur. Ayat kursi tidak putus dibaca.

"Awak? Kenapa dengan kereta?" Soal lelaki itu bersama dengan lampu suluh ditangan. Auni memanggung kepala. Wajah lelaki itu tidak dapat dilihat kerana silau cahaya lampu kereta lelaki itu.

"Tayar meletup. Saya tak pandai tukar tayar" jawab Auni lemah. Mentalnya sudah penat dengan masalah kerja hari ini, dan sekarang tambah pula masalah tayar kereta meletup. Auni melepaskan keluhan.

"Kenapa tak telefon sesiapa?" Soal lelaki itu sambil menyuluh lampu suluhnya ke arah tayar yang sudah meletup itu.

"Telefon saya habis bateri.." Auni melangkah ke belakang beberapa tapak apabila lelaki tadi berdiri dihadapannya. Tayar yang sudah meletup itu dipandang sepi. Tak apa lah. Sedikit sebanyak, kurang rasa takut tadi apabila ada orang ingin membantunya.

"Eh? Awak bukan girlfriend Akif ke?" Auni terus menoleh ke arah empunya suara. Ya Allah, ini kawan abangnya!

"Asri... kan?" Teragak-agak saja Auni meneka. Dia pun ingat-ingat lupa nama lelaki itu. Asri? Asrul? Azri?

"Ya, saya Asri. Kita pernah jumpa dulu waktu dekat Kuantan dengan kenduri tahlil rumah keluarga awak haritu. Boyfriend sempat tahu tak tayar kereta ni meletup?" Soal Asri ramah. Auni sudah tersenyum kelat. Terasa payau tekaknya sekarang ini!

Mencari Bahagia [OG]Where stories live. Discover now