Bab 38

427 29 4
                                    

"Ok dah siap" kata MUA yang ditempah khas untuk hijab styling dan solek. Wajah Auni perlukan sedikit touch-up sahaja memandangkan solekan waktu pagi tadi masih bertahan dan tidak bercapuk.

"Sakit ye kak pakai gandik atas kepala ni" adu si Auni.

"Sakit sangat ke? Mungkin sebab jarum tu kot. Akak betulkan kejap" Auni angguk kepala. Beberapa minit lepas tu, kurang sikit sakit di atas kepalanya. Auni ucap terima kasih dan kini dia merenung dirinya di pantulan cermin.

Auni mengenakan songket kebaya berwarna maroon. Awning dan labuh tudung dibetulkan. Auni mula mengambil gambar diri sendiri di cermin.

"Lawa juga pakai baju macam ni" Auni puji diri sendiri. Sekali lagi dia ambil gambar di cermin dan waktu itu pintu biliknya diketuk. Auni letakkan telefon di atas katil dan dia buka pintu.

Hazeem!

Belum sempat Auni kata apa-apa, Hazeem sudah masuk ke dalam biliknya dan pintu dikunci. Suaminya itu segak berbaju songket dengan warna yang sama dengannya. Cuma tanjak sahaja tidak dipakai.

Seram sejuk Auni berdua-duaan dengan lelaki di dalam bilik. Walaupun sudah halal tapi dia masih kekok dengan lelaki itu.

"Eh tak payah lah dekat-dekat!" Auni beralih ke tepi apabila Hazeem sengaja dekat dengannya.

"Biar lah nak dekat. Bukan berdosa pun" Hazeem dengan selambanya terus ke katil Auni dan telefon isterinya diambil. Auni menelan liur. Kakinya sudah melekat di hadapan pintu bilik air. Bersiap sedia jika Hazeem mahu buat bukan-bukan, senang dia boleh terus masuk dalam bilik air sahaja!

"Apa tercegat dekat situ? Meh sini" Hazeem hampiri Auni dan mencapai lembut tangan isterinya. Ditarik hingga ke hadapan cermin kemudian dihulur telefon tadi kepada tuannya. Dia kini berada di belakang isterinya. Menunggu untuk ambil gambar bersama-sama dengan isteri yang baru dinikahi pagi tadi.

"Jom ambil gambar"

"Tanjak kau mana?" Auni memalingkan kepalanya untuk memandang wajah Hazeem. Rambut suaminya yang jatuh sedikit hingga menutup dahi menyerlahkan lagi kekacakan pada wajah itu.

"Siapa kau?" Soalan Hazeem mematikan setiap lirikan mata Auni pada wajahnya. Isterinya itu kembali memandang mereka di pantulan cermin. Auni hanya separas cuping telinganya sahaja.

"Kau lah" Jawab Auni selamba. Dia tahu apa Hazeem mahukan tapi dia masih belum bersedia nak bertukar panggilan.

"Siapa kau?"

"Hazeem"

"Siapa Hazeem tu?" Hazeem menyoal lembut dan kali ini dia membongkokkan sedikit badannya kemudian tangannya mula melingkar memeluk pinggang ramping Auni.

Tubuh Auni spontan mengeras dan jantungnya mahu tercabut keluar sekarang ini! Wajahnya sudah merah padam menahan malu.

"Lambat lah dia ni. Meh la telefon tu." Hazeem akhirnya mengalah. Tak apa lah. Dia akan beri masa pada Auni untuk sesuaikan diri. Auni melepaskan nafas yang sedari tadi di tahan.

Dan mula lah sesi bergambar atas arahan dan permintaan Hazeem sendiri. Auni ibarat patung. Semua dituruti tanpa banyak soal.

"Umi tak bising ke datang sini?" Soal Auni. Kerusi meja belajar yang didudukinya sekarang ini berpusing ke kiri, ke kanan gara-gara Hazeem. Tangan lelaki itu kemas di kedua-dua armrest, mengunci pergerakan Auni yang berkali-kali cuba melarikan diri.

Mencari Bahagia [OG]Where stories live. Discover now