Selepas solat maghrib, Auni dan Hazeem turun ke bawah. Kelihatan kotak berisi donut tadi sudah kosong. Auni senyum. Gembira dapat kongsi rezeki dengan keluarga.
Asri juga sudah pulang sebelum maghrib tiba. Ditunggu juga Auni turun tapi faham yang dia baru saja pulang ke rumah, Asri meminta diri untuk pulang terlebih dahulu. Niat dihati, mahu meminta maaf sekali lagi pada Auni tapi Auni pun kelihatan baik-baik sahaja, Asri matikan niat baiknya. Yakin wanita yang disayanginya itu sudah bahagia dengan pilihan hati. Bahagia yang selama ini Auni cari, walaupun dia pernah berhenti memperjuangkan lelaki yang kini bergelar suami. Kuasa takdir dan jodoh daripada Allah memang tidak disangka-sangka.
Encik Azmi dan Puan Asmah sudah bergerak ke surau sebaik saja Asri pulang. Kini tinggal lah mereka berempat saja di rumah. Esok, pagi-pagi lepas subuh Akif akan pulang ke Kedah semula. Aqeel masih menganggur dan menunggu panggilan kerja.
"Kenapa Asri datang tadi Long?" Soal Auni seraya mengambil tempat di sofa single seater. Hazeem pula turut berhimpit dengan isterinya di sofa itu sedangkan sofa yang diduduki oleh Akif masih mempunyai ruang. Sudahnya, Auni duduk atas riba suaminya dan Hazeem spontan memeluk pinggang isterinya. Dah hilang malu dua manusia ni nak mesra-mesra depan Akif dan Aqeel.
Aqeel yang daripada tadi perhati kakak dan abang iparnya hanya geleng kepala. Macam belangkas betul! Tak boleh nak berenggang! Baik fokus main game ni daripada perhati dua orang tu!
"Oh, dia datang bagi kad jemputan kahwin" Auni dan Hazeem memandang sesama sendiri. Tenang saja Akif menjawab walaupun tengah main FIFA dengan Aqeel. Sedikit pun tak menganggu tumpuan si abang. Bagus, multitasking!
"Siapa nak kahwin? Aku rasa abang-abang dia semua dah kahwin, dia je yang tak kahwin-kahwin lagi"
"Dia lah yang nak kahwin"
Hazeem mengukir senyuman mendengar jawapan Akif. Alhamdulillah pesaingnya bakal mendirikan rumahtangga. Kad jemputan yang berada di atas meja kopi, diambil oleh Auni. Hazeem juga turut menjengah mahu baca isi dalam jemputan itu.
'Dengan berbesar hati kami,
Hj Muhammad Musa & Hjh Norasyikin,
Menjemput tuan/puan ke majlis perkahwinan anakanda kami,
Muhammad Asri, dengan pasangannya Qurratul Ain'
Sedapnya nama bakal isteri Asri ni. Tak sangka jodoh dia dah sampai.
"Kau kenal ke Long bakal isteri dia ni? Budak sama tempat belajar juga ke?" Auni si kaki gosip sudah muncul. Haruslah kena sibuk-sibuk, Asri pun kawannya juga. Hazeem hanya sekadar memasang telinga.
"Aku tak kenal. Tapi rasanya muda lagi budak tu. Kau sekarang umur berapa?" Soal Akif tanpa memandang Auni. Hazeem ketawa kecil mendengar soalan si abang ipar. Adik tak ramai pun tapi boleh lupa umur. Apa benda lah.. Hazeem meminta Auni untuk bangun sekejap dan dia pun berlalu ke dapur. Beberapa saat kemudian dia kembali ke sofa yang diduduki Auni bersama dengan gelas berisi air kosong ditangan.
"24"
"Hah aku rasa dia baya Aqeel. Sebab Asri cakap dia muda lagi daripada kau. Atau dia muda lagi daripada Aqeel"
Fuh, terkejut betul Auni dengar berita ini. Muda-muda dah kahwin. Aqeel hanya diam diri. Benda kena lah diam kalau sekarang abangnya dah jaringkan gol sebanyak 3 kali, berbanding dia yang baru 1. Fokus pun tak gol juga, memang tak pandai main game lah tu maksudnya.
Hazeem menghirup air tadi kemudian disua cawan kepada Auni pula.
"Bakal bini dia tu janda."
Tersembur air yang diminum Auni dan tersedak dibuatnya. Merah padam muka Auni mencari nafas sambil cuba menghentikan batuknya. Hazeem menepuk-nepuk belakang si isteri. Dia pun hampir tersedak dengar kata-kata Akif, mujur air di mulutnya tadi sudah selamat ditelan terlebih dahulu. Kasihan pada Auni sajalah. Betul-betul terkejut isterinya itu.
YOU ARE READING
Mencari Bahagia [OG]
RomanceAuni Safiyyah, seorang gadis yang sangat tenang seperti makna namanya. Tetapi, disebalik ketenangan yang diperlihatkan, terselit secebis perasaan takut untuk merasa bahagia. satu demi satu perkara yang berlaku pada dirinya sehingga Auni membuat spe...