Tepat jam 1 tengahari, Akif dan Auni selamat tiba di perkarangan rumah, wajah Puan Asmah sudah terlihat di pintu utama. Teragak-agak saja Auni mahu keluar dari kereta.
"Pergi jumpa mama. Biar aku bawa masuk beg kau" Auni hanya angguk dan dia mengambil plastik yang berisi bomboloni di tempat duduk belakang.
"Sampai dah, anak-anak mama. Kakak macam mana? Okay tak dekat Kuantan tu duduk dengan Farahin?" Terjongket sebelah kening Auni mendengar soalan mamanya sewaktu dia menyalam tangan mamanya.
Tubuh Auni mengeras apabila dipeluk oleh Puan Asmah. Langsung tidak dibalas pelukan wanita itu. Kekok dan janggal. Itu lah yang Auni rasakan sekarang ini.
Sebelum masuk ke dalam rumah, mata Auni sempat meliar memandang ke kawasan garaj. Kereta bapanya ada tetapi motor tak ada. Keluar mungkin.
"Mama ada masak ayam kurma. Pergi naik atas dulu. Lepas solat, nanti kita makan sama-sama. Babah kejap lagi balik lah tu" Auni hanya angguk. Plastik bomboloni tadi dibawa ke dapur dan disalin ke dalam pinggan. Dengar saja bunyi motor di perkarangan rumah, laju saja Auni membawa pinggan bomboloni tadi ke atas meja makan dan dia berlari naik ke tingkat atas.
Jantung Auni berdegup kencang dan tubuhnya sedikit menggigil kerana ketakutan. Pintu bilik dikunci dan Auni cuba bernafas dengan baik. Apabila dia sudah merasa sedikit tenang, matanya memandang setiap ceruk biliknya. Seolah-olah ada tayangan semula saja, apabila Auni terlihat dirinya sendiri teruk dipukul dan disebat.
Tok! Tok! Tok!
Bunyi ketukan pintu bilik membuatkan lamunan Auni terhenti. Dengar saja suara Akif, baru Auni membuka pintu. Beg pakaian diambil dari tangan abangnya dan Auni kembali mengunci pintu bilik.
Selesai solat zohor, Auni merehatkan diri di katil. Mesej daripada Aina dibaca. Pelik juga apabila kawannya itu tiba-tiba menegurnya secara peribadi, berbanding dalam grup sembang.
Aina: Hi Auni. Sorry kalau Aina kacau. Nanti lepas habis praktikal, kitorang plan nak iftar sama-sama. Auni nak join?
Auni: Hi Aina. Aku okay je nak iftar sama-sama. Cuma aku nak beritahu yang minggu kedua puasa aku dah mula kerja. Kalau nak jumpa, minggu pertama puasa tu boleh la. Tapi kenapa tak discuss dalam group je?
Aina: err.. tak ada apa lah. Aina pm tepi sebab Auni kan jarang baca group. Nanti kalau ada apa-apa update, Aina bagitahu.
Auni: oh okay. Bagitahu awal tau. Sebab nanti senang sikit nak bincang dengan parents aku.
Aina: okay Auni.
Aplikasi Whatsapp ditutup dan Auni buka Instagram pula. Seperti biasa, tak ada apa yang menarik.
Kecuali story Intagram Hazeem.
Dia bersama dengan Wardina.
Makan Kfry.
Auni menggigit bibir bawahnya apabila fikirannya tak semena-mena teringat janji Hazeem. Wajah Wardina tersenyum manis membuatkan Auni rasa suka merenung muka gadis itu. Fitrah manusia kan memang suka tengok yang cantik-cantik. Begitu juga lah dengan Auni. Kebetulan pula Hazeem ada mentioned Wardina, maka bermulalah misi stalk.
Wuuuu tak private dan 42.5k followers?!! Membulat mata Auni melihat angka itu. Bukan calang-calang orang teman wanita Hazeem ni. Rupa-rupanya Wardina juga seorang model. Wajar saja lah dia mempunyai rupa paras yang sangat cantik! Sedang Auni ralit melihat gambar-gambar Wardina, tiba-tiba dia terima mesej daripada Hazeem. Elok saja tadi Auni berbaring, kini dia sudah duduk tegak. Rasanya sudah sebulan lebih mereka tidak bertegur sapa. Dan Auni tidak pula mencari Hazeem kerana hormati Wardina.
YOU ARE READING
Mencari Bahagia [OG]
RomanceAuni Safiyyah, seorang gadis yang sangat tenang seperti makna namanya. Tetapi, disebalik ketenangan yang diperlihatkan, terselit secebis perasaan takut untuk merasa bahagia. satu demi satu perkara yang berlaku pada dirinya sehingga Auni membuat spe...