"Auni? Auni.." perlahan-lahan mata dicelik dan Auni lihat pandangan di luar kereta. Kenapa tak sampai lagi? Ini bukan rumahnya pun. Lama juga dia tertidur tadi. Masuk saja sempadan Melaka, dia sudah lena. Penat kerana banyak perlu fikir banyak perkara.
"Kita dekat mana ni Asri? Ni bukan rumah sewa saya"
"Rumah abang saya. Kita singgah sekejap ya? Saya nak bagi barang yang ibu saya kirim"
"Oh, saya tunggu dalam kereta je boleh?"
"Mana-mana yang awak selesa lah. Saya tak kisah pun. Saya keluar sekejap ya? Lock kereta ni" Asri tinggalkan pesanan sebelum dia keluar dari kereta. Auni pula rasa tak manis jika dia duduk dalam kereta. Itu kan bakal keluarganya juga? Eh?
"Jumpa jelah, buat tunjuk muka. Karang orang kata menyombong pula" Auni bermonolog sendiri.
Auni yang tiba-tiba keluar dari kereta membuatkan Asri juga turut menoleh ke arahnya. Lelaki itu tersenyum manis. Sejujurnya, dia mahu Auni berjumpa dengan abang dan kakak iparnya tetapi dia tidak mahu terlalu memaksa.
"Assalamualaikum" Auni turut memberi salam seperti Asri. Kemudian ada pasangan suami isteri dan 2 orang budak menyambut kehadiran mereka.
Auni tersenyum nipis dan dia bersalam dengan kakak ipar Asri sebelum wanita itu kembali hilang di dapur. Mata Auni tertancap pada seorang bayi yang sedang meniarap. Rupa-rupanya anak abang Asri ini seramai 3 orang.
"Pakcu, kakak windu pakcu" Auni menoleh ke sebelah dan ada seorang budak perempuan sedang memeluk kaki Asri. Oh budak itu juga senasib dengannya. Membesar tanpa adik beradik perempuan.
"Pakcu tak rindu kakak kalau kalau kakak tak salam aunty Auni. Salam dulu baru pakcu rindu kakak, okay?" Budak perempuan tadi menghampiri Auni dan dia menarik tangan Auni untuk salam.
"Korang duduk lah dulu. Nak basuh berak si Nadeem ni kejap"
Asri dan Auni hanya angguk kepala dan dia labuhkan duduk di sebuah sofa. Asri pula di atas lantai, tidak jauh dengan kaki Auni. Ceh duduk la sana. Duduk atas lantai pun nak dekat-dekat dengan kita. Clingy betul.
"Siapa nama kakak ipar?" soal Auni separa berbisik. Untung juga Asri duduk di hadapannya. Senang juga nak tanya apa-apa. Saat itu baru Asri teringat yang dia tidak kenalkan sesiapa pun pada Auni dan dia tidak pernah menceritakan tentang ahli keluarganya pada gadis itu.
"Fadilah. Awak panggil dia Dilah je. Abang saya ni yang sulung, nama Aswad. Saya ada 2 lagi abang tapi nanti lah saya cerita. Budak perempuan ni Nadya umur 4 tahun, yang si abang tu nama Naufal umur 3 tahun, baby tadi nama Nadeem. Umur tak ingat. Hehehe"
Auni mengangguk tanda faham. Dia bukan jenis sukakan sangat budak baya-baya Nadya dan Naufal ni jadinya malas la Auni nak beramah mesra. Budak ni kadang kalau kita baik, dia melebih-lebih. Tapi kalau baby, tak apa. Auni suka baby!
Auni hanya perhati saja gelagat Asri yang sudah duduk tidak jauh dari kakinya melayan anak-anak buahnya. Naufal mengambil sebiji bola futsal dan dibaling ke arah Asri. Melihat paksu dia tidak marah, semakin galak dia melontar bola ke arah paksunya. Naufal rasa dirinya diperhatikan, dia memandang ke arah Auni, dan dengan sekelip mata bola yang berada di tangannya dibaling kuat ke arah Auni.
"Ah!" Auni spontan menyandar pada sofa dengan tapak tangan menghalang wajahnya. Mata dipejam rapat dan aik? Tak ada apa-apa pun? Tangan terus dialihkan dan mata dibuka untuk lihat apa yang berlaku.
Astaghfirullah!
Asri berada di hadapan Auni membuatkan jantungnya berdegup kencang. Tak keruan Auni dibuatnya sewaktu mata Asri meliar ke setiap inci wajahnya. Posisi mereka sangat rapat dan sudah tentu tidak sihat bagi kanak-kanak menyaksikan keadaan ini. Kedua-dua tangan Asri berada di sisi Auni bagi menampung tubuhnya supaya tidak terdorong padanya. Rupanya, bola tadi mengenai belakang badan Asri. Naufal semakin seronok membaling bola pada paksunya.
YOU ARE READING
Mencari Bahagia [OG]
RomanceAuni Safiyyah, seorang gadis yang sangat tenang seperti makna namanya. Tetapi, disebalik ketenangan yang diperlihatkan, terselit secebis perasaan takut untuk merasa bahagia. satu demi satu perkara yang berlaku pada dirinya sehingga Auni membuat spe...