"Saya okay je kalau kena kahwin dengan awak"
Auni tersenyum sinis. Sikit pun dia tidak terkejut dengan kata-kata Asri, cuma bila cakap pasal kahwin ni tak semena-mena saja fikirannya teringat dengan kata-kata Hazeem 3 tahun lepas semasa di pondok kolej asrama. Masuk saja tahun baru ini, genap 5 tahun dia menyimpan perasaan pada lelaki itu.
"Kalau umur kau 25 tahun kau tak kahwin lagi, kau kahwin jelah dengan aku. Biar aku yang bahagiakan kau"
Masih ada setahun lagi untuk Hazeem buktikan kata-katanya tetapi Auni memilih untuk buang perasaannya. Dia tidak akan menunggu Hazeem lagi. Lelaki itu sudah temui bahagianya.
Sekarang ini, biarlah dia fokus untuk habiskan latihan industri, tamatkan kontrak dengan keluarga Fitri, perbaiki diri, perbaiki hubungan dengan ibu bapanya, dan dapatkan kerja tetap. Atau lebih tepat lagi, Auni mahu selesaikan mana yang penting dan fokus pada diri sendiri. Berkahwin adalah perkara terakhir yang dia akan fikir.
Auni melepaskan keluhan berat sambil membuang pandangan ke arah laut walaupun hanya gelap gelita. jiwanya serta-merta berasa tenang. Asri hanya memandang pelik. Melihat lagak Auni, gadis itu pasti menyimpan sesuatu. Mungkin hatinya sedang menunggu seseorang.
"Awak pernah suka dan setia pada seseorang yang tak pasti tak, Asri?" Soal Auni tiba-tiba. Asri tersentak kerana Auni seolah-olah tahu saja keadaan hubungannya dengan Aida yang semakin temui noktah itu.
"Pernah. Tapi bila saya rasa dia tidak layak untuk diperjuangkan, saya memilih untuk hentikan semuanya." Tenang saja Asri menjawab. Fikirannya terus saja terbayangkan wajah manis Aida. Asri tersenyum pahit. Auni hanya sekadar mengangguk. Setuju dengan pendirian Asri.
Hazeem tidak layak untuk diperjuangkan.
"Jom, saya teman awak balik?" Kata Asri selepas dia menoleh sekilas ke arah jam tangannya yang sudah menunjukkan angka 9:50 malam.
"Jom"
Seperti biasa, Asri akan mengekor saja kereta Auni dari belakang hingga lah di depan rumah. Sebaik saja kereta dikunci, Auni menapak kearah Asri yang masih menunggunya untuk masuk ke dalam rumah.
"Dah pukul 10 malam ni Auni. Awak nak tengok muka saya lagi ke? Tulah orang ajak kahwin, taknak" seloroh Asri dengan wajah selamba sebaik saja tingkap kereta diturunkan. Auni? Macam biasa, dengan wajah tidak berperasaannya. Langsung tidak terkesan dengan kata-kata Asri seolah-olah dia sudah imun dengan ayat manis seorang lelaki.
"Tak hingin"
"Ceh sombong! Kalau kahwin kan senang. Hari-hari awak boleh tengok si kacak ni" Auni hanya diam merenung wajah Asri. Memang dia tidak nafikan yang Asri mempunyai rupa paras yang elok tapi dia tidak berminat dengan lelaki itu.
"Untuk apa kahwin dengan awak? Buat tambah stress je"
"Eh ingat kita ni beban ke apa?"
Auni mencebik dan mengangkat bahu. Malas mahu berbalah dengan Asri lama-lama. Matanya pun sudah mengantuk. Dia merapati kereta Asri pun kerana mahu ucapkan terima kasih, tapi perkara lain pula yang disembangkan.
"Awak balik malam ni ke?"
"Saya tak jadi balik. Bos saya suruh saya visit tapak dekat Gelang Patah esok, maybe saya akan balik esok juga. Tengok lah macam mana. Kenapa?"
"Saja tanya. Awak engineer ke?"
"Yes, i am"
"Bosan betul"
"Why?"
"Along engineer, babah saya pun sama. Aqeel pun belajar engineering juga. Hazeem pun sama."
YOU ARE READING
Mencari Bahagia [OG]
RomanceAuni Safiyyah, seorang gadis yang sangat tenang seperti makna namanya. Tetapi, disebalik ketenangan yang diperlihatkan, terselit secebis perasaan takut untuk merasa bahagia. satu demi satu perkara yang berlaku pada dirinya sehingga Auni membuat spe...