Bunyi alarm jam 5:50pagi mengejut Auni daripada tidur. Dengan langkah yang malas, Auni mencapai tuala dan berlalu ke bilik mandi. Sempat juga dia masuk ke dalam bilik Aina dan Fatihah untuk mengejut mereka bangun solat subuh.
"Sha, bangun. Dah azan subuh ni," Auni mengejut Natasha lalu lampu meja belajar dibuka supaya keadaan bilik sedikit terang. Telekungnya dilipat kemas.
"Sha?" Auni merapati katil rakannya. Sepanjang malam, tidur Auni sedikit terganggu kerana Natasha kerap batuk.
"Auni.. tolong," Suara serak Natasha memanggil perlahan tetapi cukup jelas di telinga Auni.
"Kau kenapa weh? Dari malam tadi tau kau batuk-batuk ni. Risau pula aku," Auni yang melihat Natasha sudah batuk-batuk terus mendapatkan kawannya. Selimut yang menutup badan Natasha terus dicampak kasar ke atas lantai sebaik saja dia melihat muka Natasha yang sudah pucat lesi. Bibir gadis itu sudah mula membiru.
Dalam keadaan lemah, Natasha cuba membuka laci meja di sebelah katilnya untuk mencari sesuatu. Auni segera membantu dan mencapai benda berwarna biru.
"Nah inhaler kau,"
"Auni.. i.. inhaler.. aa.. aku.. d-dah.. ha.. bis," tercungap-cungap Natasha ketika ini. Auni sudah buntu. Mujur pagi ini kelas mereka dibatalkan dan tiada kelas pada belah petang. Langkah kaki laju dibawa ke bilik Aina dan Fatihah untuk meminta bantuan.
"Auni dah call Farhan?" Soal Aina. Runsing dia melihat keadaan Natasha. Pagi-pagi macam ni farmasi pun belum buka. Hospital pula jauh dengan kolej mereka. Grab? Pasti akan mengambil masa untuk sampai. Warden? Macam la function. Yang tahu jelah tahu...
"Aku dah call Farhan tapi sekarang dia dekat Melaka sebab ada tournament basketball,"
"Cuba telefon Zhafran," cadang Fatihah. Ya, haruslah Aina dan Fatihah kenal Zhafran. Mereka juga rakan sekelas sewaktu zaman diploma.
Disebabkan Auni tidak mempunyai nombor telefon Zhafran, telefon bimbit milik Natasha laju di ambil dan mencari nama Zhafran.
"Assalamualaikum Zhafran. Sorry kacau. Kitorang emergency sekarang ni," Jari-jemari Auni mengetuk meja belajar. Betapa risaunya dia sekarang ini. Auni tahu sekarang ni dia perlu bertenang. Bila panik, otaknya tidak dapat berfikir dengan baik.
"Waalaikumussalam, Sha? Zhafran tidur la. Kenapa tu?" Auni mengerutkan dahinya. Kalau Zhafran tidur, habis siapa pulak yang bercakap sekarang ni. Roh yang berkeliaran ke? Apa-apa jelah!
"Ni Auni. Sha kena asthma attack sekarang ni. tolong bawa dia pergi hospital boleh?"
Natasha yang sedang duduk di atas katil semakin pucat lesi. Aina dan Fatihah membantu Natasha menukar baju tshirt lengan panjang, kemudian tudung disarungkan. Seluar? Biar jelah dengan seluar corak kain pelikat merah hitam dia tu!
"Kejap lagi saya sampai. Tunggu dekat bawah siap-siap"
Panggilan terus dimatikan. Auni segera bersiap-siap dan mengambil barang-barang yang penting untuk dibawa ke hospital.
Beberapa minit kemudian, empat orang sahabat itu sudah berada di bawah menunggu Zhafran. Sebaik saja Auni melihat Toyota Vios berhenti di hadapan mereka, baru otaknya dapat berfungsi yang orang menjawab panggilannya tadi adalah Fitri.
Sampai saja di hospital, Fitri menurunkan Auni dan Natasha di ruang kecemasan kemudian dia berlalu pergi untuk mencari parking selepas membantu Auni mengambil wheelchair.
"Dik! Nak kemana?" Soal seorang misi lelaki yang kebetulan lalu di ruang kecemasan hospital itu.
"Dia kena asthma attack. Inhaler dah habis. Dekat mana kami kena pergi?" Natasha yang semakin lemah membuatkan Auni berasa mahu menangis.
YOU ARE READING
Mencari Bahagia [OG]
RomanceAuni Safiyyah, seorang gadis yang sangat tenang seperti makna namanya. Tetapi, disebalik ketenangan yang diperlihatkan, terselit secebis perasaan takut untuk merasa bahagia. satu demi satu perkara yang berlaku pada dirinya sehingga Auni membuat spe...