Bab 17

200 9 1
                                    

Sudah masuk seminggu berlalu sejak kejadian jam Auni 'hilang'. Kata Hazeem, jam milik Auni langsung tidak kelihatan di dalam keretanya. Panjang berjela Hazeem cuba menyedapkan hati tapi sikit pun Auni tidak terpujuk.

Rasa mahu jauh dari semua orang. Perlukan ruang untuk bersendirian. Itu sahaja yang Auni mahukan.

Tambah pula akhir-akhir ini baran Encik Azmi kembali. Sangkaan Auni meleset apabila dia ingatkan bapanya itu telah berubah. Baru-baru ini, Auni keluar ke pasaraya untuk beli barang peribadi tetapi Encik Azmi teruk memarahinya hanya kerana dia tidak menjawab telefon.

"Minta maaf babah. Kakak tertinggal telefon dalam kereta. Tapi kakak dah mesej babah bagitahu kakak nak keluar sekejap pergi beli barang. Babah ada apa-apa nak kirim ke? Kakak boleh belikan" ucap Auni sebaik saja panggilannya dijawab oleh Encik Azmi.

"Eh tak ada otak ke sampai tak reti nak angkat telefon? Rasa dah besar sangat dah sampai buat tak tahu dekat bapak kau ni? Sedar diri sikit kau tu sekolah dari kecik sampai habis universiti pun aku yang tanggung. Jangan nak sombong sangat!"

Auni pun tak faham kenapa bapanya sensitif sangat. Mungkin kerana faktor usia yang semakin meningkat.

Itulah perbualan terakhir antara Auni dan Encik Azmi sebelum bapanya ke Bangi untuk 1 malam atas tuntutan kerja. Seperti biasa, kata maaf langsung tidak tinggal dari mulut Auni setiap kali dia bersalaman dengan tangan orang tuanya.

Puan Asmah bercuti selama seminggu ke Brunei bersama dengan makcik-makcik jiran yang lain, esok akan pulang ke tanah air.

Sejak Puan Asmah tiada di rumah, hampir setiap hari ada saja benda yang Encik Azmi akan cari kesalahan Auni. Aqeel di universiti, Akif pula outstation di Kedah. Tiada siapa mahu memihak padanya untuk seminggu dua ini. Auni mengeluh berat. Mujur untuk 3 hari ini dia tinggal berseorangan. Dapat dia rehatkan fikiran.

Malam itu, Auni mengurungkan diri di dalam bilik. Rasa penat nak jenguk dunia luar. Dia lebih gemar menghabiskan masanya di dalam bilik bersama novel. Dua minggu lagi Auni akan ke Kuantan untuk memulakan latihan industri disana. Tak sabar. Dia sudah letih bermain dengan persoalan tentang perangai bapanya.

Sejak kecil, dia sering dibanding-bandingkan dengan Aqeel dan arwah Anaqi. Apa yang si kembar dan abangnya minta, pasti akan diturutkan. Pernah sekali tu, Auni meminta kasut sekolah yang baru kerana tapak kasutnya sudah tercabut, tetapi Puan Asmah hanya tampal semula dengan gam gajah. Katanya masih boleh guna. Aqeel juga mengalami perkara yang sama tetapi Encik Azmi dan Puan Asmah belikan sepasang kasut yang baru.

Akif pula, sejak remaja lagi Encik Azmi membenarkan Akif keluar bersama dengan kawan-kawan. Kadang-kadang pergi ke Sunway Lagoon, Pavillion, dan tempat menarik sekitar Kuala Lumpur. Arwah Anaqi dan Aqeel juga berpengalaman mengikut serta rombongan sekolah ke Langkawi, Melaka, dan Terengganu.

Auni? Langsung tidak merasa semua itu. Kata Encik Azmi, anak perempuan lebih elok duduk di rumah sahaja. Ada juga kawan-kawan sekolah Auni mengajaknya keluar, tetapi dihalang oleh Encik Azmi.

Masuk saja umur 18 tahun, Auni sudah berasa sedikit bebas kerana Encik Azmi dan Puan Asmah tidak mengetahui kemana langkahnya. Auni cuma beritahu yang dia bersama dengan kawan-kawan perempuan sahaja. Walaupun Natasha, Aina dan Fatihah masing-mempunyai ramai kenalan lelaki, mereka tetap menghormati Auni yang sangat menjaga batas. Faham dengan keadaan hidup Auni yang dibesarkan oleh ibu bapa yang 'protective'.

Sedang Auni duduk termenung di tepi katil, telefonnya berbunyi menandakan ada chat dari Whatsapp masuk. Mesej daripada Hazeem Irsyad dalam bentuk voice note.

"Safiyyah. Aku balik 2 minggu lagi la. Tak dapat nak jumpa kau sebelum kau gerak Kuantan. Kau taknak cakap dengan aku dah ke Safiyyah? Kau okay tak tu?" Lunak sahaja suara garau Hazeem memasuki halwa telinga Auni. Bibirnya mengoyak senyuman kecil.

Mencari Bahagia [OG]Where stories live. Discover now