Bab 35

415 23 3
                                    

"Assalamualaikum Sha"

"Waalaikumussalam Auni! Terkejut aku bila kau telefon aku! Kau okay? Bila kau nak balik sini weh? Jom lah keluar sama-sama!" Pandai betul Natasha berlakon. Meluat Auni dibuatnya.

"Harini aku balik. nanti kau bagitahu aku bila kita nak keluar. Aku pun teringin nak jumpa kau." Ucap Auni tenang sambil melihat-lihat tangan kanannya. Airin menelan liur. Teringat yang kawannya itu pernah penampar muka Arif hingga demam. Rasanya kalau Natasha ada di hadapan Auni memang kawannya itu tidak teragak-agak nak layangkan penampar pada Natasha.

"Nice! Aku banyak tea nak cerita dekat kau. Pasal Farhan pun ada. And kalau kau nak tahu, aku dah ada boyfriend baru!! Oh by the way kau tahu tak pasal Hazeem? Nak tahu tak?"

Auni tersenyum sinis sambil memandang ke arah Asri. 1 bukti sudah jelas menyatakan Auni bukan perempuan yang mengenali ramai lelaki.

"Aku taknak tahu semua tu sekarang. Cuma aku nak tanya sikit ni"

Lama Natasha diamkan diri sebelum dia membalas 'apa tu' dengan nada suara sedikit cemas.

"Zahia Natasha. Tolong bagitahu aku, apa yang kau cerita dekat Raisya" Berubah air muka Airin apabila tiba-tiba saja nama Raisya disebut. Asri juga turut perasan dengan perubahan wajah Airin. Fitri menepuk bahu Asri untuk tahu apa sebenarnya yang berlaku. Airin juga turut dengar cerita ringkas Asri. Dada Airin berombak kasar apabila dapat tahu Raisya sudah menabur fitnah pada Auni dan Natasha mengesahkan cerita Raisya itu semuanya benar.

Tak semena-mena kedengaran suara Natasha ketawa besar sambil tepuk tangan.

"Wah! Cepat juga kau tahu ya??"

"Kau sedar tak kau dah fitnah aku sekarang ni Sha?" Auni dan tenang memang berpisah tiada. Kalau Airin, memang segala makian dah dikeluarkan. Elok la dia berkawan dengan Auni yang tenang, sebab dia orang yang cepat marah.

"Well, sekadar untuk mengeruhkan keadaan, why not kan?"

"Kau memang manusia paling teruk yang aku pernah jumpa Sha. Aku tak tahu apa salah aku dekat kau sampai kau buat aku macam ni" Auni masih cuba kekal tenang. Tetapi, hanya Allah saja yang tahu perasaannya ketika ini. Semuanya musnah gara-gara Natasha, Raisya dan Dilah!

"Salah kau sebab kau selalu dapat apa yang aku tak pernah dapat!!!" Tempik Natasha. Auni tersenyum sinis. As expected.

"Raisya fitnah aku dan kau pun difitnah. Tapi kenapa kau berpihak pada dia?"

"Auni.. Auni.. memang itu yang selayaknya untuk orang miskin macam kau ni.. aku? Sikit pun aku tak terkesan"

Berang lihat maruah Auni dihina dan dipijak-pijak, Airin terus merampas telefon Auni dan dia terus menjerkah Natasha.

"Hoi perempuan gila! Ni aku Airin! Kau dengar sini baik-baik ya barua!"

Terpana semua dibuatnya. Berdengung telinga Natasha apabila tiba-tiba sahaja dia dihamun oleh Airin. Sejak bila pula Auni berkawan dengan Airin??

Fitri merampas telefon dari tangan si isteri dan dipulangkan semula pada Auni. Sudahlah isterinya itu sedang hamil, tak elok untuk kesihatan jika dia terlalu marah dan stress. Ditepis kuat tangan suami yang cuba memeluknya.

"Kau boleh pergi jahanam ye Natasha! Kau dah rosakkan hubungan orang yang dalam urusan nak mendirikan masjid! Memang puaka punya perempuan! Perangai macam kau ni patutlah tak ada lelaki nak! Sebab tu orang lagi minat dengan Auni! Sebab apa? Peribadi dia jauh lagi baik dari kau yang hina tu!!"

Airin menjerit kuat dari jauh. Puas hati dia dapat maki hamun semuanya dalam masa 5 saat. Natasha dapat dengar dengan jelas setiap butir perkataan Airin. Fitri menarik Airin untuk masuk ke dalam kereta. Isterinya itu perlu dibacakan Yaasin, biar tenang sikit. Oh anak, jangan ikut perangai mama kamu ye...

Mencari Bahagia [OG]Where stories live. Discover now