Part 48

123 9 0
                                    

Sabtu malam.

Hubungan Auni dan Hazeem semakin membaik. Hazeem masih sibuk dengan kerjanya tapi dia mengehadkan waktu kerja di rumah. Itu lah perjanjian yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak.

Auni pula lebih banyak menghabiskan masa di bilik tetamu yang bersebelahan dengan bilik kerja suaminya. Sengaja duduk di bilik itu santai-santai sambil baca novel sementara tunggu Hazeem selesaikan kerjanya. Sekejap baring mengiring, sekejap duduk, sekejap baring terlentang.

Hazeem yang sedang Google Meet dengan agent bawahannya sesekali terdengar isterinya menjerit dan membebel seorang diri. Apabila jam sudah masuk angka 11:30 malam, Hazeem menamatkan perbincangannya. Meja dikemas-kemas dan pc berjenama HP ditutup.

Sekarang anak-anak agent diberi masa 3 minggu untuk kumpul order dan selepas itu semua baju yang telah ditempah, akan dihantar ke pihak kilang. Sekarang, Hazeem boleh fokus pada Iman dan pula. Tugas Rizqi sudah selesai. Iman mendapat 3 job design daripada pihak luar. Ada yang dari pihak sekolah, pihak fakulti daripada UM dan juga dari orang biasa yang menempah untuk hari keluarga.

Lampu bilik kerjanya ditutup dan Hazeem menjengah ke arah pintu bilik tetamu yang terbuka sedikit. Isterinya sedang baring mengiring di atas katil dan sebelah kaki isterinya diangkat tinggi, elok sandar pada dinding. Apa punya gaya pun Hazeem tak tahu. Kepalanya digeleng. Baru saja dia mahu menolak daun pintu, telefon yang berada di tangan bergetar lama menandakan ada panggilan masuk. Hazeem menoleh ke arah skrin telefon dan terpampang nama Aqeel disitu. Terlakar senyuman di hujung bibirnya.

Hazeem terus menapak ke arah pintu utama dan perlahan-lahan dia membuka pintu tanpa keluarkan sebarang bunyi. Lagaknya seperti seorang pencuri sahaja. Langkah kaki berlari menuju ke pagar rumah selepas kunci autogate ditekan butang buka. Kelihatan kepala Aqeel terjengul disebalik jambangan bunga ros merah. Semua sekali ada 99 kuntum yang membawa maksud tersendiri.

Kad ucapan yang terselit di antara celahan bunga ros itu Hazeem baca. Kena check dulu. Buatnya Aqeel nak sabotaj kejutan ni, tak ke naya?

'Happy birthday, Safiyyah abang'

"Okay perfect! Thank you, Aqeel!" Jambangan bunga kini sudah bertukar tangan. Sebelum Hazeem masuk ke dalam rumah, Aqeel menarik baju abang iparnya.

"Aku nak tidur sini malam ni. Bosan tak ada kawan duduk rumah babah"

"Hah yelah. Kau tunggu sekejap dalam kereta. Nanti aku buka pagar ni semula, kau parking kereta dekat dalam ni"

Melebar senyuman Aqeel apabila abang iparnya beri keizinan untuk dia tidur di rumah itu malam ini. Alah bukan selalu pun. Dia suka duduk rumah Hazeem ini. Selesa! Rasa macam tidur hotel. Kakaknya pun masak sedap-sedap, boleh lah dia malas-malasan untuk beberapa hari. Kalau duduk rumah babahnya, semua kerja disuruh buat. Petik cili lah, ambil daun kunyit lah, pergi beli kelapa parut lah.

Hazeem kembali masuk ke dalam rumah setelah memastikan ruang tamu kosong. Kedengaran sayup-sayup saja suara Auni bercakap seorang diri, tahulah Hazeem yang isterinya masih leka dengan novel. Jam di dinding dikerling sekilas. Sudah pukul 11:40 malam. Hazeem letakkan bunga tadi di atas katil bilik mereka kemudian dia kembali turun ke bawah.

Pintu bilik tetamu dikuak perlahan dan Hazeem menapak ke arah isterinya yang sedang duduk menyandar di kepala katil.

"Safiyyah abang taknak tidur lagi ke?" Auni menutup buku yang dibaca. 3 jam lebih dia dapat golek sana sini, habis sudah buku yang dibacanya itu. Stok buku dekat rak hampir semua sudah dibaca. Kena pergi beli lagi ni!

"Abang dah habis meeting dengan budak-budak ke?" Soalan dibalas dengan soalan. Matanya sudah memberat tapi masih mahu bersembang.

"Dah. Lepastu tadi abang settle sikit mana-mana tempahan yang customer nak tukar details penghantaran. Jom lah tidur"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: 14 hours ago ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Mencari Bahagia [OG]Where stories live. Discover now