Bab 15

219 8 0
                                    

Malam itu, tetamu sudah mula memenuhi ruang kediaman Encik Azmi dan Puan Asmah. Majlis tahlil akan bermula selepas isyak.

Sesekali Auni menjengah ke arah pintu utama. Menunggu rakan-rakannya memunculkan diri, tetapi hampa. Beberapa orang surau sudah mengambil tempat dan 3 orang rakan universiti Akif juga turut hadir. Dia hanya kenal Asri sahaja, itu pun kerana terjumpa semasa di Kuantan. Rakan-rakan Aqeel dan arwah Anaqi sewaktu sekolah rendah juga turut hadir kenduri tahlil malam ini. Auni kecewa.

Auni menuju ke arah dapur dan bantu Puan Asmah. Ada 2 orang makcik jiran juga disitu. Cik Gayah dan Cik Zai.

"Hah baru nampak muka anak dara sorang ni. Terperap je dalam bilik eh?" Kata-kata Cik Zai membuatkan Puan Asmah menjeling tajam pada Auni. Memberi amaran supaya jangan memalukan dia. Tapi Auni buat tak nampak sahaja. Kalau dengan Cik Zai ni memang mulutnya terus bertukar jadi mulut puaka. Tengok la kejap lagi.

"Saya solat Cik Zai. Lain kali tanya dulu. Bukan menuduh," Cik Zai hanya mencebik. Auni membuat muka selamba.

Puan Asmah sudah mencubit pinggang Auni tetapi Auni hanya buat tak tahu sahaja.

Dia memang tak pernah gemar dengan Cik Zai. 10 cerita yang keluar dari mulut Cik Zai, 1 cerita belum tentu betul. Auni pun tak faham kenapa Puan Asmah berkawan dengan orang seperti Cik Zai.

"Kau ni Zai, mulut tu cuba ajar sikit jangan sibuk-sibuk dengan hal orang," Auni angguk laju mendengar kata-kata Cik Gayah.

"Mana ada aku sibuk-sibuk. Aku cakap aje" Cik Zai cuba pertahankan diri. Auni sudah memutarkan bebola matanya. Meluat sungguh!

Sebelum Auni masuk ke dapur tadi bukannya dia tak dengar tentang topik hangat yang dibawa Cik Zai. Dikatanya jiran mereka, suami kepada Cik Ani ada simpan perempuan lain. Mulanya Auni hampir percaya tetapi bila Cik Zai kata anak dia punya kawan yang jadi saksi, Auni terus tidak percaya. Kalau kucing yang menjadi saksi dan boleh bercerita, agaknya Cik Zai ni percaya juga.

"Kau kenal tak si Ros yang bawa van sekolah tu?" Auni hanya memasang telinga walaupun tangannya lincah menyusun potongan kek marble ke dalam pinggan.

"Kenal. Kenapa dengan dia?" Jawab Puan Asmah. Auni mengangkat sebelah keningnya. Wah, wah mama dia pun sudah join sekaki!

"Aku dengar cerita anak dia dapat sambung belajar dekat UM. Buat ijazah kalau tak silap aku. Tapi kos belajar biasa-biasa je. Anak aku kos hebat lagi" Cik Zai menayangkan muka bangga. Auni sudah membuat muka. Cik Gayah yang berhadapan dengan Auni sudah geleng kepala.

"Asasi je pun. Pangkat ijazah tu tinggi lagi tau, cik zai! Tengok anak-anak mama saya. semua produk ijazah sarjana muda haaaaa" Auni memulang paku buah keras. Dapat dilihat Puan Asmah dan Cik Gayah sudah menahan tawa apabila wajah Cik Zai sudah seperti orang sembelit.

Tiba-tiba muncul Aqeel di dapur, memberitahu bahawa kawan Auni sudah sampai.

Laju saja Auni membasuh tangannya dan sempat meminta maaf pada Cik Zai. Gurau katanya hehehe. Auni menuju ke pintu belakang kerana segan mahu lalu ruang tamu yang sudah penuh dengan kaum adam.

Sampai saja di ruang garaj, terpampang wajah Hakimi. Lelaki itu mengenakan seluar jeans berwarna biru muda, baju melayu berwarna merah dan bersongkok.

"Auni. Kau sihat?" Lelaki itu cuba memulakan perbualan. Auni hanya angguk perlahan. Wajahnya sudah membeku.

Baru saja Hakimi ingin membuka mulut, Encik Azmi sudah memanggil Hakimi dengan teruja. Auni hanya melihat perilaku Hakimi yang bersalaman dengan tangan bapanya. Mata Auni sempat memandang Akif dan Aqeel yang berada di pintu.

"Sampai dah bakal menantu babah! Meh, jemput masuk!" Ucap Encik Azmi dengan senyum lebar. Hakimi menoleh pada Auni dan Auni dapat menangkap senyuman sinis dibibir lelaki itu. Auni memutarkan bola matanya.

Mencari Bahagia [OG]Where stories live. Discover now