Perjalanan ke Kuantan mengambil masa lebih kurang 4 jam dan sepanjang dalam perjalanan, semestinya Aqeel yang terpaling penat seolah-olah dia yang memandu. Auni dan Akif hanya berbual kosong kerana tidak mahu Akif mengantuk. Percutian ke Kuantan ini hanya melibatkan tiga beradik ini saja. Pada awalnya Akif ada mengajak Encik Azmi dan Puan Asmah, tetapi selepas mereka tahu yang Auni juga turut ikut serta, niat mereka untuk mengikut Akif terus terbatal.
Kata Encik Azmi, dia masih kecil hati dengan Auni. Hati tua itu masih simpan rasa tidak puas hati tentang kejadian dua tahun lepas. Tambah pula baru-baru ini Hakimi kerap update pada Encik Azmi tentang Auni, dia tahu hati anaknya itu keras dan sukar untuk dilembutkan. Gambar Auni duduk di pondok bersama dengan seorang lelaki mata sepet, dia kenal dengan lelaki itu. Lelaki yang duduk bersebelahan dengan anaknya di mall dahulu. Lagi ditegah, lagi dibuat!
Walaupun pada hakikatnya Natasha juga wujud di pondok itu, tetapi Hakimi tidak pula menunjukkan gambar yang menampakkan Natasha. Sengaja menambah hati dalam diri Encik Azmi.
"Babah cakap dekat aku, lepas kau habis praktikal nanti, dia nak nikahkan kau," Auni laju memandang ke arah Akif yang masih tenang memandu.
"Mana kau tahu? Dengan siapa?"
"Aku balik semalam babah ada cakap dekat aku. Katanya kau degil sangat, elok nikahkan aje dengan lelaki yang boleh bimbing kau,"
"Siapa lelaki malang tu?" Soal Auni berdebar-debar. Dia tahu! Dia tahu nama itu akan disebut!
"Budak Hakimi SPM tu lah," ya, Akif memang memilih sikit. Katanya lelaki level SPM ni otak tak berkembang sangat. Tengoklah contoh terdekat dah ada. Si Rayyan Hakimi tu. Katanya Hakimi terlalu SPM untuk adiknya yang Ijazah. Adoi...
Sebagai seorang abang, dia pun berhak untuk membuatkan keputusan kan? Lagipun mereka tiga beradik semua kelulusan ijazah, sebab itu Akif agak skeptikal sikit bab pelajaran ini.
Auni pernah cerita pada Akif yang ada sekali tu Hakimi meronda kawasan kolej, kemudian lelaki itu menerjah meja yang diduduki oleh Auni, Zharif, Hajar dan Liana. Waktu itu Auni mengadakan pertemuan ringkas dengan rakan tiga orangnya untuk membincangkan tentang design baju, banner, poster dan juga slides pembentangan untuk program kelas mereka. Kebetulan pula waktu itu Auni duduk di sebelah Zharif, terus Hakimi datang hamun Auni dan rakan lelakinya itu atas alasan tak jaga batas. Auni pun tak faham, dimana yang tidak jaga batas itu sedangkan perbincangan mereka dilakukan di medan selera yang jelas-jelas ramai pelajar disitu. Wajah Zharif hampir ditumbuk oleh Hakimi, tetapi pantas dihalang oleh Auni dengan mengugut yang dia akan membuat aduan pada pihak asrama dan pihak pengurusan polis bantuan jika Hakimi berkasar dan masuk campur dengan urusan pelajar.
"Hakimi?? Rayyan Hakimi? Hahah. HAHAHAHHA!"
Entah apa yang lucu sangat, Auni gelak sakan sehingga mengeluarkan air mata. Geli hati pula dia dengar aturan bapanya itu. Auni Safiyyah dan Rayyan Hakimi? Andai kata bumi ni hanya tinggal Hakimi seorang pun, Auni lebih sanggup tunggu ajal sampai daripada menjadi isteri kepada lelaki itu. Ibarat keluar mulut buaya, masuk mulut harimau! Akif yang pada awalnya pelik dengan reaksi Auni, lama kelamaan dia juga turut tertawa.
Dalam tawa, ada juga secebis rasa takut. Risau jika bapanya itu benar-benar mahukan dia bernikah dengan Hakimi.
"Long. Aku habis degree ada lah lagi dalam 4 bulan,"
"Lepastu? Nak hadiah ke?"
"Aah. Hadiahkan kawan kau untuk jadi peneman hidup aku,"
"Haah, ini hadiah kau!" Kepala Auni terus diketuk oleh Akif. Fuh, betul-betul menentang ni kalau kawan sendiri jadi adik ipar. Gurau je pun. Tiba-tiba fikiran Auni teringatkan kata-kata Hazeem tempoh hari. Ah, lupakan jelah!
YOU ARE READING
Mencari Bahagia [OG]
RomanceAuni Safiyyah, seorang gadis yang sangat tenang seperti makna namanya. Tetapi, disebalik ketenangan yang diperlihatkan, terselit secebis perasaan takut untuk merasa bahagia. satu demi satu perkara yang berlaku pada dirinya sehingga Auni membuat spe...