Bab 30

309 12 0
                                    

Lebih kurang jam 5 petang, Auni dan Asri sudah selamat tiba di Pontian. Ucapan terima kasih diucap sewaktu Asri meletakkan beg pakaian Auni di pintu rumah. Auni tersenyum lemah. Dia masih mamai kerana baru bangun tidur. Tudungnya yang senget benget membuatkan Asri ketawa kecil.

"Pergi lah rehat. Awak macam barai sangat je saya tengok" Auni hanya angguk kepala. Pintu rumah dikunci. Langkah kaki dibawa ke bilik air untuk membersihkan diri. Mujur saja dia sudah solat jamak dan makan di RnR Machap tadi, dapatlah dia baring-baring luruskan tulang di atas katil selepas mandi. Perut pun masih kekenyangan, tau-tau saja Auni sudah hanyut dibuai lena.

Keesokan paginya, selepas Auni solat subuh, dia dikejutkan dengan berita ada pekerja asing di kilangnya membunuh diri di asrama pekerja. Sebaik saja Auni sampai di tempat kejadian, Marsya dan production manager sudah berada di situ.

"Apa jadi sebenarnya kak? Suicide? Takkan tak ada orang nampak? Satu hostel ni ada 10 orang kot?" Marsya hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu. Mengikut cerita dari pekerja situ, sebaik saja mereka bangun tidur dan buka lampu, sudah nampak rakan mereka mati di tepi katil.

"Akak dah tengok ke?" Soal Auni seraya memandang ke arah pintu asrama yang masih bertutup. Berdebar tapi Auni cuba untuk kekal tenang.

"Belum. Akak takut"

"Habistu macam mana kita nak make sure dia betul-betul dah tak bernyawa kalau tak tengok? Jom kak. Kita tengok dari jauh je"

Marsya angguk tanda setuju. Berdegup laju jantung Auni apabila ada jasad terduduk di tepi katil dua tingkat itu. Tali diikat di katil belah atas dan berkemungkinan, si mati itu menjerut lehernya secara duduk dan mati perlahan-lahan.

Seram melihat keadaan itu, Auni dan Marsya kembali keluar dari asrama. Production manager yang bernama Rahim hanya diam kebingungan dan panik.

"Abang dah telefon polis ke?" Soalan Auni mengundang pandangan tajam daripada Rahim.

"Kau gila ke?! Entah-entah ni kes buli dan bunuh tau tak!" tiba-tiba saja Rahim meninggi suara dan membuatkan beberapa orang yang berada disitu memandang ke arah mereka bertiga. Tersentak Auni apabila dia dijerkah sebegitu depan orang ramai.

Rilek la, nak marah-marah kenapa..

"Pulak dah? Habistu takkan nak biar je mayat kaku dekat situ?"

"Mana aku tahu! Kau HR kan?! Belajar sampai ijazah takkan cikgu kau tak ajar macam mana nak uruskan masalah ni??" Auni dan Marsya melepaskan keluhan berat. Faham sangat dengan sindiran Rahim itu.

Rahim dan Sally memang tak suka anak-anak muda yang berpelajaran tinggi kerana mereka rasa pengalaman mereka tercabar. Atau lebih tepat lagi, dengki kerana hanya mereka berdua saja berkelayakan SPM, manakala pekerja yang lain semuanya berkelulusan diploma dan ijazah.

Rahim dan Sally. Dua orang manusia ni adalah pekerja yang paling lama berkhidmat di kilang itu. Lebih daripada 20 tahun. Betul apa yang Zulfa dan Miss Tang katakan sebelum ini. Jika ada apa-apa berlaku yang melibatkan PDRM, imigresen, jabatan tenaga kerja ataupun kedutaan Nepal, dua orang manusia inilah yang akan cuba untuk tidak terlibat kerana bimbang disoal-siasat dan kantoi segala kerja busuk mereka berdua.

"Tak apa lah. Kalau macam tu cuba telefon Sally"

"Akak dah cuba call dia tapi tak jawab. Dalam grup sembang yang ada pengarah pun masing-masing diam, padahal dah baca. Macam taknak bertanggungjawab je. Macam mana ni Auni? Akak takutlah!"

Marsya sudah memegang tangan Auni.

"Kau orang berdua uruskan la. Aku nak balik hantar anak aku pergi sekolah lagi bagus. Budak-budak pekerja asing ni memang tak guna. Dari dulu suka timbulkan masalah" sampuk Rahim.

Mencari Bahagia [OG]Where stories live. Discover now