Bab 21

221 7 0
                                    

Pejam celik, pejam celik, sudah dua minggu Auni praktikal di sebuah kilang biskut. Pada awalnya dia agak kekok suaikan diri. Mujur saja 3 orang rakan sepejabatnya sejenis banyak mulut. Pejabatnya agak sibuk ketika ini kerana sudah masuk tahun baru dan maksudnya banyak dokumen perlu disediakan. Auni sekadar membantu sahaja.

"Okay harini kita nak lunch mana?" Soal Zulfa. Gadis berasal dari Sabah berusia 25 tahun dan sedang menyambung pengajiannya peringkat sarjana. Beauty with brain! Such an inspiration!

"Hello, baru pukul 9 pagi sudah tanya mau lunch mana ke? Ini olang ah adoi fikir makan saja" bebel Miss Tang lalu pen ditangannya dibaling tepat pada bahu Zulfa. Auni tersenyum kecil mendengar slang melayu-cina itu. Comel.

"Hah Auni senyum apa? Miss Tang! Auni gelakkan you!" Cuak sekejap Auni apabila tiba-tiba diserkap jarang oleh Kak Marsya. Dia ketawa sebab Miss Tang tu comel betul bila cuba bertutur dalam bahasa melayu.

Di pejabat tingkat 3 itu, hanya lima orang saja disitu memandangkan department mereka menyimpan banyak dokumen sulit. Hari ini pembantu Zulfa yang bernama Naura cuti kecemasan.

Maya, Project Engineer.
Naura, Assistant Project Engineer.
Miss Tang, Account and HR Manager.
Marsya, Account and HR executive.
Auni, intern yang membantu Marsya dan Miss Tang.

"Eh i ada tea" Miss Tang berbisik tapi cukup jelas di telinga semua orang. Bisik pun macam tak bisik je buat apa lah Miss Tang ni?

Begitulah setiap hari. Ada saja gosip yang dibawakan oleh Miss Tang. Kalau bukan Miss Tang, kejap lagi mesti ada orang akan naik bawa cerita sensasi.

Dan tak sampai 5 saat, pejabat mereka diterjah masuk oleh Kak Nor, selaku receptionist dan cashier di kilang itu.

"Miss Tang! Engkau tahu tak-"

"I tak tau" jawab Miss Tang selamba. Kepalanya langsung tidak diangkat dari membelek helaian dokumen.

"Ish sabarlah aku tak habis cakap lagi! Engkorang nak tahu tak..."

Dan Auni terus menyambung kerjanya yang tergendala. Memang bukan minatnya untuk ambil tahu lebih-lebih pasal berita sensasi sebegini. Tapi telinganya tetap bekerja. Siapa suruh cakap kuat-kuat? Terpaksa lah dengar.

Waktu makan tengahari, Auni menerima mesej dari group A3 yang Akif bertanya tentang keadaan Auni. Selepas meyakinkan abangnya yang Auni baik-baik sahaja, Auni kembali menyimpan telefon ke dalam poket seluar.

Malam itu, usai menunaikan solat isyak, Auni terus keluarkan baju dan tudung untuk diseterika. Mudah untuk dia pada esok pagi. Bangun, mandi, solat dan terus bersiap.

Selesai menggosok baju, Auni baring malas di atas katil sambil membaca novel. Televisyen dibuka hanya sekadar untuk memecahkan kesunyian. Tiba-tiba telefon pintar Auni berbunyi menandakan ada mesej masuk. Daripada Hazeem. Lelaki itu sudah seminggu mendiamkan diri, malam ini tiba-tiba muncul pula.

Hazeem: Hai awak

Belum sempat Auni mahu membalas, Hazeem sudah menelefonnya. Terus saja Auni menggesek ke arah ikon hijau.

Salam diberi dan kedengaran teruja saja suara Hazeem menjawab salam Auni. Rasanya dia sudah tahu apa yang Hazeem mahu kongsikan.

"Kau ingat tak orang cantik tu?" Langsung tak ada pengenalan, terus saja Hazeem tuju pada poin utama.

Gila tak ingat? Mestilah Auni ingat. Orang cantik ialah orang yang berjaya menarik minat Hazeem. Baguslah kalau macam tu. Nampak gayanya, ada la alasan kukuh untuk Auni undur diri.

Mencari Bahagia [OG]Where stories live. Discover now