episode 1

12 2 0
                                    

Pengenalan..

Aina Sukainah mempunyai keluarga yang besar dan bahagia bersama Abi Nordin dan Umi nor izan yang sangat menyayangi anak-anaknya.

Nordin mempunyai madrasah wanita dan lelaki di kawasan putrajaya malaysia dan semua anak-anak Nordin menjadi guru di madrasah Abi mereka.

Kasih sayang daripada keluarga membuatkan Aina Sukainah berasa cukup untuk hidup sendiri tanpa pasangan hidup.

----------------

Profile adik-beradik Aina Sukainah.

(1) Mohd Amin nordin, lahir pada tahun 1992, anak yang pertama. Sudah berkahwin dan mempunyai dua orang anak lelaki.

(2) Aina sukainah nordin, lahir pada tahun 1994, anak yang kedua. Maksud dari nama nya itu. Mempunyai mata yang cantik tenang dan tentram.

(3) Aira sumairah nordin, lahir pada tahun 1996, anak yang ketiga. Maksud dari nama nya itu. Mulia dihormati penghibur dan teman berbicara

(4) Abdullah Muaz nordin, lahir pada tahun 1999, anak yang keempat. Sudah mempunyai teman wanita.

(5) Aliya sumayyah nordin, lahir pada tahun 2002, anak yang kelima. Maksud dari nama nya itu. Yang mulia tinggi kedudukannya dan kebanggaan.

Mereka lima beradik dibesarkan dengan didikan agama yang cukup, wanita-wanita di dalam keluarga Nordin semuanya memakai niqab.

Mereka satu keluarga tinggal bersama dalam satu rumah yang sangat besar di kawasan madrasah mereka di putrajaya.

----------------

Pada tahun 2017, awal bulan may.

Semasa di madrasah. Aina sedang berjalan di samping Aira dan Aliya tiba-tiba Aina dapat panggilan telefon daripada Aishah.

"Assalamualaikum Aina apa khabar. Aku sekarang ini ada di Malaysia. Aku ingin bertemu kamu sebentar, ada hal penting yang ingin Aku ceritakan."

Aina telah minta izin daripada Abi dengan Umi, untuk pergi ke pertemuan itu di masjid putrajaya.

----------------

Aishah lahir pada tahun 1992 dan Aishah adalah seorang non Muslims yang di lahirkan di Australia bila Aishah ingin berehat atau bercuti, dia akan ke indonesia atau pun ke malaysia. Aishah seorang yatim piatu yang sudah menganggap keluarga Aina seperti keluarga nya sendiri.

Aishah kenalan Aina di Instagram, dia menjadi kawan baik Aina setelah Aishah datang bercuti di malaysia dan menjadi lebih rapat dan lebih erat dengan Aina satu keluarga setelah Aina dan keluarga Aina bercuti di indonesia.

Sejak dari itu Aishah sudah pandai berbahasa malaysia dan telah menjadi sahabat baik Aina dengan adik-beradik Aina walaupun mereka jarang berjumpa.

Aishah sudah berkahwin dan sedang hamil satu bulan. Aishah dan suaminya mengalami krisis rumah tangga, dan terjadinya salah faham diantara mereka.

Kerana itulah Aishah telah membawa dirinya ke Malaysia.

Aishah mendiamkan diri tidak ingin bercerita semua masalah nya kepada Aina, tentang apa yang terjadi diantara mereka berdua suami isteri.

Aina memahami perasaan Aishah, dan Aina telah mengajak Aishah untuk tinggal bersama keluarga nya, untuk sementara Aishah yang masih ingin bersendirian.

----------------

Selama Aishah tinggal di rumah keluarga Aina. Aishah selalu ke klinik Psikiatri kawannya. (Aminah) untuk menerima rawatan, kerana Aishah mengalami tekanan perasaan.

Aminah lahir pada tahun 1993 dia adalah seorang wanita muslims yang baik dengan Aishah kerana mereka berdua belajar di university yang sama dan juga mengambil jurusan yang sama.

Aina SukainahWhere stories live. Discover now