Selepas solah isyak. Semua keluarga Nordin sudah sampai di restoran itu.
Ibu Erysha, pakcik Erysha, dan nenek Erysha sudah ada di depan kedai, mereka mengalu-alukan kedatangan keluarga Nordin dengan sangat gembira.
Keluarga Nordin di jemput masuk dan duduk untuk menikmati hidangan yang telah di sediakan.
----------------
Setelah selesai makan malam. Barulah pakcik Erysha memberitahu keputusan keluarga mereka mengenai lamaran Muaz kepada Erysha.
"Alhamdulillah. Tidak lama lagi kita akan jadi besan." Umi berkata dengan senyuman yang gembira.
"Ya. Alhamdulillah." Ibu Erysha mengangguk kan kepala nya dengan tersenyum gembira kemudian dia berkata sambil memegang anak nya.
"Erysha jadilah isteri yang solehah, ya nak." Kata ibu Erysha pada Erysha emyra.
"Insyaallah ibu." Erysha mengangguk kan kepala nya dengan senyuman yang malu.
"Sepuluh hari saja lagi, Muaz akan bergelar suami orang." Abi berkata dengan senyuman gembira sambil melihat wajah Muaz tersenyum malu.
----------------
Pada tanggal 16 may 2024. Adalah hari pernikahan Muaz dengan Erysha. Acara akat nikah akan berlangsung di rumah ibu Erysha.
Kedua-dua keluarga sangat bersyukur dan gembira dengan keputusan yang telah di tetapkan ini.
----------------
Burak telah pulang ke rumah nya untuk berehat, kerana dia sudah lama tidak pulang tidur di rumah.
Burak sedang berbaring di atas katil sambil mengingati kejadian pada tengah hari tadi, di rumah Aina.
Burak berkata di dalam hati. "Aina seorang wanita yang sangat cantik dan sangat ayu. Aina sukainah adalah seorang wanita yang sangat sempurna." Burak tersenyum malu seorang diri.
"Tapi kenapa Aina tak kahwin lagi sampai hari ni? Setelah sekian lama dia jadi janda?" Burak berfikir sejenak seperti apa yang makcik Jamilya katakan kepada nya. "Tak-tak!" Burak menggeleng kan kepala nya.
"Aina sudah cukup bahagia dengan kehidupan dia selama ini. Dia tak nak kahwin itu mungkin sebab Aina masih belum jumpa lelaki yang betul-betul cintakan dia." Burak bercakap seorang diri sambil mengangguk kan kepala nya. "Ya betul."
Burak bersendirian di rumah nya kerana Aina telah membawa Leyla dengan Ryan ke pertemuan kedua-dua keluarga.
Burak juga telah menjadi semakin sibuk kerana dia terpaksa mencari Jocelyn yang sudah lama menghilang untuk menyelesaikan kes Aina.
****************
Keesokan harinya.
Hari ke 22 keluarga Nordin berada di Turki.
PAGI. Jam 8:30am.
Burak telefon Abi dan dia ingin berjumpa dengan Abi.
Abi menyuruh dia datang ke rumah, tetapi Burak tidak mahu. Dia hanya ingin berjumpa Abi di dalam kereta sahaja kerana ada sesuatu yang ingin dia sampaikan.
Abi sudah menyangka yang Burak tidak akan tenang kalau dia menyimpan rahsia itu.
----------------
Setibanya Burak di depan apartment. Abi telah turun dan masuk ke dalam kereta Burak.
"Apa yang serius sangat yang kamu nak beritahu Abi sampai kamu tak nak naik ke atas."
Burak menunduk kan wajah nya dan berkata."Malam tadi saya tak boleh tidur Abi, sebab saya rasa sangat berdosa sekira nya saya tidak beritahu Abi apa yang terjadi semalam."
YOU ARE READING
Aina Sukainah
Historia CortaKisah Kehidupan Seorang Wanita Bernama Aina Sukainah Yang Menemukan Cinta Sejatinya Di Usia 30-an. . . . IG @kina_ariffin . . . ⚠️STRICTLY, THIS IS FULLY MY IDEA ⚠️LET ME KNOW IF YOU HAD READ THIS STORY AT ANOTHER'S ACCOUNT