episode 9

8 2 0
                                    

Setelah Aira selesai dari solah asar. Aira dengan Aliya masuk ke bilik Abi dan Umi. Aira mula menceritakan apa yang telah terjadi kepada Aina di hospital tadi, secara terperinci.

Kerisauan Abi dengan Umi itu telah membuatkan Abi ingin berterus-terang terhadap Burak mengenai Aina sukainah adalah anak Abi.

----------------

MALAM. Jam 9:30pm.

Semasa Burak sedang menunggu Abi di laman masjid aya sophia di tempat Amin dengan Muaz berada.

Abi datang bersama Amin dengan Muaz

Kemudian Burak melihat Amin bersama ustaz nya.

Lalu Burak bertanya pada Amin dengan senyuman nya. "Apa yang kau buat dekat sini dengan ustaz?" Burak terlihat sangat gembira kerana berjumpa dengan Amin di situ.

Abi berkata dengan serius. "Malam ini kami semua nak tahu latar belakang kehidupan kamu sebelum ini."

"Kenapa ustaz, apa sebenar nya yang dah jadi ustaz." Burak terlihat sangat takut dan tidak faham.

"Wanita yang bernama Aina sukainah itu adalah anak perempuan Abi, dia adik daripada Amin dan kakak kepada Muaz." Abi terus memberitahu Burak tanpa menunggu lagi.

Burak sangat-sangat terkejut dengan penyataan ustaz nya lalu Burak melihat Amin dan bertanya. "Amin benarkah apa yang ustaz katakan ini."

Amin mengangguk kan kepala nya dengan senyuman nya.

"Ustaz, saya minta maaf sangat ustaz! Saya tak tahu dan saya tak kenal ustaz sebelum ini." Kata Burak yang dalam kerisauan kerana Burak banyak bercerita tentang Aina sukainah kepada ustaz nya.

"Tak apa Burak kerana Abi yang ingin tahu sejauh mana perasaan kamu terhadap anak Abi." Abi berkata dengan senyuman nya sambil memegang lengan Burak.

Burak mula tersenyum dengan perasaan yang sangat lega.

----------------

Setelah itu. Burak ozcivit mula bercerita tentang kehidupan nya bersama arwah Aishah.

"Saya sebenar nya seorang duda, enam tahun yang lepas isteri saya lari meninggalkan saya. Dia pergi tanpa bicara dan menghilang tanpa berita."

"Apa yang telah terjadi di antara kamu dengan bekas isteri kamu?" Tanya Abi yang mula berasa Burak ada kaitan dengan arwah Aishah.

"Dia mengalami barah rahim ustaz dan di waktu itu dia sedang hamil anak kami. Doctor telah beri kami dua pilihan yang pertama, ingin gugur kan kandungan itu dan teruskan menjalani rawatan. Atau yang kedua ingin pertahan kan kandungan itu, tetapi doctor tidak pasti akan kesihatan dia setelah melahirkan." Burak bercerita dengan perasaan nya yang sangat sedih.

"Saya telah memilih untuk gugur kan kandungan itu ustaz. Tetapi dia tidak mahu, kerana itu dia lebih memilih untuk pergi tinggal kan saya dan sehingga hari ini, saya tidak tahu adakah dia masih hidup atau sudah tiada. Saya punya anak! Atau tidak!" Burak berkata dengan perasaan nya yang pasrah.

"Persoalan itu membuatkan saya terus menjalani kehidupan seperti ini. Memilih untuk hidup sendiri  bersama anak saudara saya adalah yang terbaik buat saya."

"Dan di sebabkan itu kamu mengalami depressed." Tanya Abi.

Burak terkejut lalu dia melihat Abi sambil berkata. "Ya ustaz. Macam mana ustaz boleh tahu yang saya pernah depressed?"

"Sejak kali pertama abang Burak berjumpa dengan kami di sini. Dari melihat wajah abang Burak saja Abi dah dapat tahu yang abang Burak seperti pernah mengalami depressed." Muaz berkata dengan senyuman nya.

Aina SukainahWhere stories live. Discover now