Dua belas hari kemudian. Isnin 17 june 2024.
Kehidupan keluarga Nordin berjalan seperti biasa dan selama dua belas hari ini juga hubungan Aina Sukainah dan Burak Ozcivit telah menjadi lebih baik dan semakin mesra.
Aina Sukainah tidak lagi berasa takut dan malu terhadap suami nya Burak Ozcivit.
Setiap petang Aina Sukainah akan melihat Burak Ozcivit bermain dengan anak-anak nya di halaman rumah mereka dan sekali-sekala Aina Sukainah juga turut bermain bersama anak-anak dan suami nya di halaman rumah mereka.
Kini Aina Sukainah juga sudah boleh tertawa di hadapan suami nya, tetapi hanya sekadar itu sahaja, kerana tempat tidur mereka masih sama seperti sebelum ini.
Burak Ozcivit masih lagi tidur di bawah lantai dan sesekali tidur di atas sofa, manakala Aina Sukainah dengan anak-anak nya tidur di atas katil.
----------------
Hari ini adalah hari raya Aidil Adha yang pertama bagi Burak Ozcivit dan Leyla lavinya. Mereka satu keluarga meraikan nya dengan sangat gembira dan bahagia bersama-sama.Kemudian..
Pagi itu mereka satu keluarga telah keluar pergi beraya dan berkunjung ke rumah adik-beradik Nordin dan Nor izan. Mereka menziarahi dan bersilaturahim dengan saudara mara, ibu saudara, bapak saudara dan anak saudara, sehingga ke tengah hari.
Kemudian mereka sekeluarga telah pulang ke rumah untuk berehat kerana petang ini keluarga Erysha emyra akan datang bertandang ke rumah mereka bagi menentukan tarikh perkahwinan anak-anak mereka Muaz nordin dan Erysha emyra buat kali kedua.
----------------
PETANG. Jam 5:30pm.Selepas solah asar keluarga Erysha emyra telah tiba di hadapan rumah mereka, kemudian kedua keluarga itu berbincang dan mencapai kata sepakat.
Muaz nordin dan Erysha emyra bakal melangsungkan perkahwinan mereka pada musim cuti sekolah hujung tahun ini.
----------------
MALAM. Jam 11:00pm.Seperti biasa, selepas makan malam Abi Amin Burak dan Muaz akan duduk bersembang dahulu sebelum mereka masuk tidur.
Dan kadangkala seluruh keluarga Nordin akan duduk berkumpul bersama-sama bersantai di laman atas sambil berbual dan bersembang.
Kemudian Burak Ozcivit masuk ke dalam bilik dan melihat isteri nya sedang duduk di atas sejadah dan di sebelah nya juga ada sejadah untuk dia.
Aina Sukainah telah menunggu suami nya untuk solah sunat bersama.
Aina Sukainah memandang suami nya sambil berkata. "Boleh ke awak jadi imam dalam solah sunat saya."
Burak Ozcivit mengangguk kan wajah nya sambil tersenyum manis dan berkata di dalam hati. "Ya Allah kenapa Aina ingin solah bersama dan anak-anak pun semua nya tak ada." Burak Ozcivit telah berfikir yang lain dengan jantung nya berdebar-debar dengan sangat kuat.
Aina Sukainah telah menidurkan Umar dengan Anas di dalam bilik Umi dan Abi. Hanya Ryan sahaja yang ada di dalam bilik tidur mereka.
Kemudian Burak Ozcivit telah pergi mengambil wuduk dan memakai kupiah dengan jubah nya.
Lalu mereka solah sunat berjemaah dan setelah selesai solah sunat. Aina Sukainah memegang lengan suami nya dengan sangat lembut sambil berkata perlahan. "Awak, saya nak cakap sikit."
Burak Ozcivit memusingkan badan nya ke arah isteri nya sambil tersenyum manis dan berkata. "Sayang nak cakap apa?"
Aina Sukainah memegang kedua-dua belah tangan suami nya sambil bersuara lembut. "Saya ingin minta maaf atas segala salah silap saya pada awak selama ini, saya lupa untuk menjalankan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri dan saya selalu buat awak tertunggu-tunggu."
![](https://img.wattpad.com/cover/375261466-288-k19595.jpg)
YOU ARE READING
Aina Sukainah
Short StoryKisah Kehidupan Seorang Wanita Bernama Aina Sukainah Yang Menemukan Cinta Sejatinya Di Usia 30-an. . . . IG @kina_ariffin . . . ⚠️STRICTLY, THIS IS FULLY MY IDEA ⚠️LET ME KNOW IF YOU HAD READ THIS STORY AT ANOTHER'S ACCOUNT