episode 21

6 2 0
                                        

"Maaf. Saya tak boleh terima ini." Aina menggelengkan kepalanya.

"Aina ini cincin arwah Aishah! Saya masih simpan cincin ni, sebab saya fikir kalau saya jumpa dia lagi, saya akan pulangkan cincin ni pada dia. Jadi sekarang saya rasa! Saya tak perlu simpan lagi, kan. "

"Saya minta maaf. Saya tak boleh menerima pemberian daripada awak." Aina menunduk lalu dia berjalan pulang.

Burak berkata lagi sambil memandang Aina dari belakang. "Kenapa Aina! Kenapa awak tak boleh beri saya sedikit harapan untuk saya dapatkan sedikit peluang daripada awak!"

Aina berkata tanpa melihat Burak yang berada di belakangnya. "Kenapa saya perlu beri harapan dan peluang. Sedangkan awak sendiri tahu yang itu semua adalah palsu."

Kemudian Aina memusingkan badanya dan melihat Burak, lalu Aina berkata lagi. "Tolong jangan buat saya rasa bersalah pada awak lagi!"

Burak terdiam. Dia melihat Aina berjalan masuk ke dalam apartment dengan perasaan yang amat sedih dan kecewa setelah mendengar Aina berkata begitu.

Burak mengejar Aina, lalu dia memegang lengan Aina untuk menghentikan langkah Aina daripada berjalan lagi.

Aina terhenti, lalu Aina menepis tangan Burak daripada lengan nya.

Kemudian Burak berkata dengan suara yang sangat sedih. "Maaf saya tak sengaja! Saya cuma nak tanya sesuatu. Aina, adakah awak membenci saya setelah awak mengenal saya?"

Aina hanya menggelengkan kepalanya tanpa melihat Burak. Kemudian Aina teruskan berjalan.

Burak berasa sangat lega dan gembira, kerana Aina tidak membencinya.

Burak mengikut Aina berjalan dari belakang, kemudian mereka masuk ke dalam lif bersama-sama.

Kemudian Aina melihat Burak dengan debaran yang kuat di dalam hatinya, lalu Aina bersuara perlahan.  "Awak tak balik ke?"

Burak menggeleng kan kepala nya sambil memandang Aina dengan senyuman nya dan berkata. "Saya nak hantar awak sampai depan rumah."

Aina terdiam sambil memandang ke arah Burak. Kemudian Aina menurut sahaja kehendak Burak sambil mengatur nafas nya.

Sampai di hadapan pintu rumah. Ketika Aina ingin membuka pintu. Burak bersuara sambil memandang ke arah Aina yang berada di hadapannya.  "Aina. Terima kasih sebab awak tak benci saya."

Aina terdiam, lalu dia membuka pintu dan masuk ke dalam rumah tanpa berkata apa-apa lagi kepada Burak.

Kemudian..

Ketika Burak berada di dalam keretanya, dia termenung dan teringatkan kata-kata Aina tadi. "Kenapa saya perlu beri harapan dan peluang. Sedangkan awak sendiri tahu yang itu semua adalah palsu."

Burak menghempaskan badannya ke sandaran kerusi nya. "Saya akan jadikan yang palsu itu menjadi kenyataan Aina. Saya akan buat awak menerima cinta saya" Burak bercakap sendirian.

----------------

Jam 1:30pm.

Abi menelefon Muaz dan bertanyakan keadaan di rumah, kemudian Abi memberitahu Muaz bahawa Burak akan datang makan malam di rumah.  Abi telah mengundangnya untuk datang malam ini. Kemudian Abi telah menyuruh Aina memasak, karena Abi ingin Burak rasa makanan yang Aina sediakan.

----------------

Jam 6:30pm.

Petang itu Aina sedang sibuk memasak makanan untuk makan malam nanti. Aira dan Minah juga telah menolong Aina memasak di dapur.

Aliya menjaga Ryan di ruang tamu bersama Muaz, Umar dan Anas, mereka bermain permainan video game bersama-sama.

Setelah Burak mengambil Leyla di sekolah. Burak telah menghantar Leyla pulang ke apartment.

Aina SukainahTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang