Burak menunduk kan wajah nya sambil mengesat air mata nya yang jatuh menitis dengan perasaan yang amat kecewa lalu dia memusingkan badan nya ke arah pintu keluar daripada beranda itu.
Kemudian Aina mengangkat wajah nya, dan cuba memberanikan dirinya untuk memandang ke arah Burak, lalu kedua-dua tangan Aina memegang tangan suami nya.
Burak sangat terkejut kerana Aina tiba-tiba menggenggam tangan nya, lalu Burak memusingkan badan nya semula ke arah Aina sambil memandang wajah isteri nya yang sedang memejamkan mata.
Aina memegang tangan Burak dan memejamkan mata nya dengan perasaan yang sangat berdebar-debar, lalu Aina bersuara perlahan sambil memandang suami nya.
"Saya minta maaf, kerana saya terlalu lewat memberikan jawaban. Maafkan saya, kerana saya buat awak menunggu jawaban daripada saya."
Burak memandang isteri nya dengan senyuman dan perasaan yang sangat tersentuh kerana Aina bertindak balas seperti itu.
Kemudian Aina bersuara perlahan sambil memandang wajah suami nya yang telah bergenang dengan air mata.
"Demi Allah, saya juga sayang kan awak kerana Allah. Demi Allah, saya juga mencintai awak kerana Allah."
Kemudian Aina mengesat air mata suami nya yang telah jatuh menitis di wajah nya.
Burak tersenyum kecil sambil mengangkat sebelah tangan nya lagi memegang wajah isteri nya dan bersuara perlahan. "Terima kasih Aina, kerana awak telah memberi saya jawaban nya, terima kasih kerana awak telah menerima cinta saya."
Kemudian Burak ingin mengucup dahi isteri nya, namun Aina masih belum bersedia untuk membiarkan suami nya mencium kening nya.
Aina menunduk kan wajah nya sambil memalingkan badan nya. Burak tersenyum kecil sambil mengangkat sebelah tangan nya yang Aina masih menggenggam nya.
Kemudian Burak berkata dengan suara yang lembut dengan perasaan yang sangat bahagia. "Baiklah, saya akan menunggu lagi sehingga awak mengizinkan saya menyentuh awak."
Aina tersenyum kecil sambil mengangguk dan melepaskan tangan nya yang memegang tangan suami nya, lalu Aina melangkah masuk ke dalam bilik nya dengan perasaan yang sangat bersyukur kerana dia berjaya mengatasi perasaan takut dan malunya selama ini.
Burak memandang isteri nya masuk ke dalam sambil tersenyum gembira dengan perasaan yang sangat bersyukur kerana Aina juga sangat mencintai nya.
----------------
Ketika mereka satu keluarga sedang makan malam, sekitar jam 9.30 malam.
Aina tidak berselera untuk makan jadi dia tidak keluar dari biliknya, lalu Minah masuk ke dalam bilik Aina kerana ingin memeriksa keadaan Aina.
Kemudian Aina memberitahu Minah tentang kejadian petang tadi lalu Minah telah menenangkan Aina yang dalam keadaan gelisah.
Sesudah makan malam. Abi telah memanggil Minah untuk datang ke ruang tamu dan duduk bersama Abi, Umi, Amin, Muaz dan Burak.
Kemudian Abi memberitahu Minah tentang kejadian petang tadi yang telah berlaku di antara Burak dan Aina.
Setelah itu Minah telah menyuruh Burak untuk membuat Aina rasa lebih bersalah sehingga Aina sendiri akan melawan trauma nya itu. Kerana mungkin dengan cara ini, Aina akan pulih dari trauma dia selama ini.
Jadi di sebabkan itulah Burak telah berfikir panjang, apa yang perlu dia katakan kepada isteri nya dan apa yang tidak perlu dia cakap, kemudian setelah dia berbaring baru dia tahu apa yang ingin dia katakan pada Aina.
----------------
Jam 5:00 pagi.
Aina terjaga dan melihat jam di dinding biliknya, hari ini Aina sudah terlewat bangun untuk solah tahajud yang selalu nya dia akan sedar jam tiga pagi atau empat pagi.
YOU ARE READING
Aina Sukainah
Short StoryKisah Kehidupan Seorang Wanita Bernama Aina Sukainah Yang Menemukan Cinta Sejatinya Di Usia 30-an. . . . IG @kina_ariffin . . . ⚠️STRICTLY, THIS IS FULLY MY IDEA ⚠️LET ME KNOW IF YOU HAD READ THIS STORY AT ANOTHER'S ACCOUNT