Lima hari kemudian. Setiap hari selepas sarapan pagi. Erysha dan pakcik nya akan datang ke apartment untuk mengajak keluarga Nordin pergi berjalan-jalan ke tempat yang menarik yang ada di Turki.
Tetapi hari ini keluarga Nordin tidak ingin pergi berjalan-jalan kerana hari ini mereka hanya ingin berehat di rumah sahaja.
Setiap petang setelah Leyla pulang dari sekolah Leyla akan ke taman untuk berjumpa dengan Aina dan bermain bersama Anas dan Umar.
----------------
PAGI. Jam 7:30am
Burak sedang duduk sarapan di meja makan. Lalu dia melihat Leyla berlari keluar dari bilik dan telah pergi ke depan pintu keluar. Leyla memakai kasutnya dengan sangat cepat.
"Leyla! Kenapa terburu-buru, taknak sarapan dulu ke?" Nenek Jamilya menjerit.
"Tidak nek! Leyla sarapan dengan makcik Aina." Leyla berkata dengan suara yang kuat dan keluar dari rumah dengan pantas kerana ingin cepat ke taman.
Leyla dengan nenek Jamilya bercakap dalam bahasa turki.
Hari ini adalah cuti umum jadi pagi-pagi lagi Leyla sudah bangun dan bersiap-siap untuk keluar sarapan pagi dengan Aina.
Burak rasa gembira melihat perangai Leyla sekarang ini sudah banyak berubah, Leyla lebih ceria dari sebelum ini.
Tetapi Burak mula merasa pelik. "Kenapa Leyla suka sangat dengan wanita itu? Apa sebabnya, dan kenapa Leyla setiap hari pergi berjumpa wanita itu." Burak bercakap di dalam hati nya.
Rasa ingin tahu Burak semakin kuat. Lalu Burak tinggal kan sarapan nya itu, lalu dia menaiki kereta dan mengikuti Leyla sampai ke taman. Burak memerhatikan anak saudara nya itu dari jauh.
Leyla berdiri sekejap untuk melihat Aina Umar dan Anas dari jauh.
Aina dengan anak-anaknya sedang sarapan di bangku taman, kemudian Anas nampak Leyla sedang berdiri di basikal di hujung taman.
"Ummi, tu kak Leyla dah sampai. Kak Leyla sini!" Anas menjerit.
Aina menoleh kan wajah nya untuk melihat Leyla, lalu Aina melambaikan tangan nya, memanggil Leyla datang.
Leyla tersenyum gembira sambil berlari ke arah Aina.
Kemudian, Aina berikan sandwich kepada Leyla. "Makanlah Leyla, sandwich ni makcik Aina baru saja buat." Aina bercakap sambil tersenyum manis.
Leyla mengangguk, lalu dia mengambil sandwich itu dari Aina. Leyla terlihat sangat-sangat gembira.
Petang semalam, Aina telah mengajak Leyla untuk sarapan sekali dengan mereka pagi ini, kerana Anas dan Umar ingin sangat sarapan di taman.
Burak yang sedang melihat Leyla dari dalam kereta, dapat merasai yang wanita itu melayani anak saudara nya dengan ikhlas dan tulus.
Sesudah makan. Semasa Aina sedang berdiri mengemas meja makan taman itu. Aina mengajak Leyla ke rumah nya, kerana Aina ingin kenal kan Leyla kepada semua keluarganya.
"Leyla lepas ni kita naik atas ya, makcik Aina nak kenal kan Leyla dengan semua keluarga makcik."
Leyla menatap mata dan senyuman manis Aina dan itu telah membuat kan Leyla sangat terharu. Lalu Leyla menunduk kan kepala nya dan mata nya mulai berkaca-kaca.
Aina melihat raut wajah Leyla berubah sedih, lalu Aina meletak kan tangan nya di bahu Leyla dan bertanya. "Leyla kenapa ni?"
Aina duduk di sebelah Leyla lalu memalingkan badan Leyla berhadapan dengan nya, lalu Aina memegang kedua tangan Leyla.
![](https://img.wattpad.com/cover/375261466-288-k19595.jpg)
YOU ARE READING
Aina Sukainah
Short StoryKisah Kehidupan Seorang Wanita Bernama Aina Sukainah Yang Menemukan Cinta Sejatinya Di Usia 30-an. . . . IG @kina_ariffin . . . ⚠️STRICTLY, THIS IS FULLY MY IDEA ⚠️LET ME KNOW IF YOU HAD READ THIS STORY AT ANOTHER'S ACCOUNT