episode 23

7 2 0
                                    

MALAM. Jam 9:30pm.

Selepas solat isyak di masjid. Abi, Amin, Burak dan Muaz pulang ke hospital membawa imam dari masjid, untuk mengahwinkan Burak dengan Aina.

Seluruh keluarga Nordin amat bersyukur dan gembira, kerana Aina bakal bergelar isteri, tidak lama lagi.

Kemudian..

Setelah ijab kabul nya selesai. Abi, Amin dan Muaz bergilir-gilir memeluk Burak yang menitiskan air mata kegembiraan dan kesyukuran kerana sudah menjadi keluarga Nordin.

Abi menyuruh Burak menyarungkan cincin itu ke jari manis Aina.

Debaran di hati burak kedengaran kuat, dia memandang dan memegang jari jemari Aina yang sangat putih dan lembut membuatkan tangan nya menggigil apabila memegang tangan Aina.

Seisi keluarga tersenyum melihat Burak yang sedang berdebar-debar berdiri di sebelah katil Aina, lalu Burak menyarungkan cincin itu pada jari manis Aina.

Selepas semuanya selesai. Nordin mengajak seluruh keluarganya untuk pergi makan di restoran imam tadi. Bagi meraikan pernikahan itu.

----------------

Semasa makan malam, Abi memberitahu seisi keluarga untuk merahsiakan perkahwinan ini daripada Aina, kerana ia adalah untuk kesihatan Aina.

Kemudian Abi menyuruh Minah menerangkan kepada semua ahli keluarga tentang keadaan Aina selepas dia tersedar.

"Aina berkemungkinan akan mengalami trauma. Dan trauma ini ada peringkatnya. Kita masih tidak tahu tahap trauma yang Aina alami? Jadi, lebih baik dan lebih elok kalau kita semua merahsiakan perkahwinan ini daripada dia."

"Kita semua kena banyakkan berdoa dan buat solah hajat untuk Aina." Umi berkata sambil melihat semua anak-anaknya.

Semua mengangguk dan bersetuju dengan keputusan Abi.

Sesudah makan malam. Semua keluarga Nordin telah kembali ke apartment. Kerana mulai saat ini, Burak akan menjaga dan merawat Aina sehinggalah Aina sedar.

----------------

Jam 1:00am.

Burak tidak boleh tidur, kerana perasaannya bercampur baur.  Dia berasa teruja dan gembira kerana telah menjadi suami Aina. Dan pada masa yang sama, dia berasa sangat sedih melihat keadaan Aina yang seperti ini.

Burak hanya duduk di bangku sambil memandang wajah Aina yang penuh dengan kesan lebam dan luka. Dia teringat kejadian yang menimpa Aina malam itu.

Mata Burak mula bergenang dengan air mata, dia memegang tangan Aina dan mengusap tangannya dengan sangat lembut.

Burak mengalirkan air mata nya, sambil bersuara perlahan. "Maafkan saya Aina. Saya minta maaf." Burak menunduk kan wajah nya dengan air matanya terus jatuh tanpa henti.

****************

Keesokan harinya.

Selepas bersarapan, Umi dan Abi menelefon keluarga Erysha memberitahu bahawa anak mereka Aina berada di hospital dan sedang  koma. Umi dan Abi meminta untuk menangguhkan tarikh perkahwinan anak-anak mereka ke hari yang lain.

Ibu Erysha turut berduka cita atas apa yang telah terjadi kepada Aina. Dan ibu Erysha boleh menerima bahawa perkahwinan anak perempuannya ditunda ke tarikh lain.

Tetapi ibu Erysha tetap mahu mengadakan majlis itu esok, kerana sudah ramai ahli keluarganya yang akan datang ke majlis itu esok.

Ibu Erysha ingin menukar majlis perkahwinan itu kepada majlis pertunangan, dan ibu Erysha juga ingin memperkenalkan bakal menantunya Muaz kepada semua ahli keluarganya esok.

Aina SukainahWhere stories live. Discover now