episode 17

6 2 0
                                    

Di taman permainan.

Aina yang dalam kerisauan tidak boleh duduk di bangku taman dengan tenang kerana dia berasa takut meninggalkan anak-anaknya bermain sendirian.

Aina telah pergi ke buaian dan berdiri dekat dengan anak-anaknya sambil melihat sekeliling nya.

Burak yang berada di dalam kereta di kawasan taman itu tersenyum kecil melihat Aina bersama anak-anaknya bermain di taman

Burak turun dari kereta nya. Kemudian Aina nampak Burak berjalan ke arah nya. Aina telah menjadi tidak tentu arah dia seperti ingin pulang tetapi tidak jadi.

Sampai lah Burak di sana, dia memberi salam kepada Aina. "Assalamualaikum." Burak memandang Aina dengan senyuman nya.

Kemudian Aina menjawab salam dengan suara pelahan. "Waalaikumsalam."

Aina menggendong Umar dan berkata pelahan kepada Leyla dengan Anas. "Ummi dengan Umar naik dulu, nanti Leyla dengan Anas balik dengan baba Burak ya."

Aina mengangguk kan wajah nya kepada Burak Kemudian dia berjalan pulang.

Burak berkata dengan pantas. "Aina tunggu!"

Aina terhenti setelah mendengar nama nya disebut.

Burak melihat kelakuan Aina seperti tidak ingin berjumpa dengan nya lagi. Kemudian dia berkata. "Tolong beri saya jawapan nya Aina. Kerana permintaan maaf bukanlah jawapan yang boleh saya terima."

Aina mendengar kata-kata Burak itu membuatkan dia melangkah ke depan lagi.

Kemudian Umar yang ada di pelukkan Aina ingin turun dari pangkuan ummi nya.

Umar berlari ke arah baba Burak dengan senyuman yang sangat gembira.

Burak membuka tangan nya dan mengangkat Umar lalu memeluk nya dengan sangat erat, sambil mencium pipi Umar dan berkata dengan suara nya yang ceria. "Baba rindu sangat dekat Umar. Umar rindu baba juga kan?"

"Ya." Umar mengangguk kan kepala nya dengan senyuman yang gembira.

Anas melihat Umar memeluk Burak kemudian dia juga turut berlari pergi memeluk baba Burak dengan sangat gembira.

Aina berdiri terdiam melihat anak-anaknya sedang memeluk Burak dengan senyuman mereka yang sangat bahagia.

Aina takut kehilangan anak-anaknya tetapi dalam masa yang sama. Aina juga rasa bersalah terhadap Burak dan kesihan melihat anak-anaknya yang ingin kasih sayang daripada seorang baba.

Aina sudah tidak tahu dengan perasaan dia sendiri. Aina sekarang ini sudah seperti hilang kesedaran nya.

Burak melihat mata Aina berkaca-kaca. Kemudian dia bangun dari memeluk anaknya dan ingin berkata sesuatu kepada Aina.

Kemudian Aina memalingkan wajah nya dan dia berjalan pulang dengan tidak stabil.

Setibanya di bangku taman, tiba-tiba tekanan darah tinggi Aina naik sehingga dia rasa seperti mahu jatuh, kepala Aina terasa pening dan berpusing-pusing.

Aina memegang pokok besar yang ada di sebelah bangku itu lalu Aina tersandar sekejap di situ untuk menghilangkan rasa sakit di kepala nya.

Burak melihat Aina berjalan sehinggalah Aina tersandar di pokok.

Kemudian Burak berlari ke arah Aina lalu dia berkata dengan cemas. "Aina! Awak tak apa-apa ke?" Burak memegang lengan Aina dengan secara tidak sengaja. Burak hanya ingin mengangkat Aina untuk duduk di bangku.

Aina menolak tangan Burak yang sedang memegang nya dan Aina cuba untuk bangun sendiri.

Kemudian Aina melihat mata Burak dan dia berkata pelahan sambil bangun daripada duduk nya. "Saya tak apa-apa." Aina menunduk kan wajah nya dan mengesat air mata nya yang jatuh menitis.

Aina SukainahWhere stories live. Discover now