episode 5

11 2 0
                                    

Leyla memandang pakcik nya dan tertawa sambil menutup mulut nya.

"Bukan-bukan!! Maksud saya! Terima kasih kerana awak sudi menjaga anak saudara saya ini dengan sangat baik." Burak tersasul semasa berkata kerana dia sedang berdebar-debar. "Maaf."

Leyla tertawa lagi dan bersuara. "Kami? Bila masa makcik Aina berkawan dengan pakcik Burak?"

Leyla sengaja bercakap kuat, kerana ingin memalukan pakcik nya itu, dia ketawa pelahan sambil menutup mulut nya.

Burak tersenyum malu, dia menepuk tangan Leyla sambil melihat Aina dari cermin depan.

Aina juga tersenyum kerana melihat keletah Leyla pada Pakcik nya itu membuatkan Aina tersenyum sambil menunduk kan wajah nya.

Sampai di kedai roti..

Aina dengan anak-anaknya sudah turun dari kereta. Lalu Burak dan Leyla juga turut mengikuti Aina masuk ke dalam kedai roti.

Kemudian..

Semasa Aina ingin membayar roti, Burak telah sampai di kaunter juga. Mereka berdua berdiri bersebelahan, kemudian Burak juga telah membayarkan untuk Aina sekali dengan roti nya.

Aina menjadi sangat malu dan merasa kurang selesa dengan kelakuan Burak yang berterusan seperti itu.

Lalu Aina berjalan keluar dari kedai tanpa menoleh belakang. Aina ingin jalan kaki pulang ke apartment nya.

Burak dan Leyla terdiam seketika sambil melihat Aina bawa anaknya keluar dari kedai tanpa melihat mereka.

Kemudian..

Burak berjalan laju dan berdiri di hadapan Aina. "Aina! Kejap. Saya akan hantarkan awak pulang. Kesian dekat anak-anak, kalau nak jalan kaki itu jauh." Burak beranikan diri nya untuk bercakap.

Kemudian Aina mengangguk sambil melihat bawah. Lalu Anas dan Leyla berlari terus masuk ke dalam kereta.

Burak berjalan laju sampai dekat kereta lalu dia membuka kan pintu belakang untuk Aina dan Umar yang masih belum masuk ke dalam kereta.

Sampai di depan apartment. Setelah Aina dengan anak-anaknya sudah turun dari kereta. Aina melihat Leyla yang duduk di kerusi depan.

Lalu Aina berkata. "Terima kasih kerana sudah tolong bayarkan roti ini, dan terima kasih kerana sudah hantarkan kami pulang."

"Ya sama-sama." Burak menjawab dengan cepat sambil melihat ke arah Aina dengan senyuman manis nya.

Leyla terdiam kerana melihat perangai pakcik nya itu sedikit pelik.

Sepanjang perjalanan ke sekolah. Burak terus tersenyum kerana memikirkan kejadian tadi.

Leyla melihat pakcik nya itu tersenyum sendirian. Leyla sangat yakin yang pakcik nya itu sudah jatuh cinta pada makcik Aina. Leyla juga turut tersenyum suka.

Semasa Abi dengan Umi duduk di meja makan, menunggu sarapan pagi yang Aira masak.

Aina menghidangkan makanan.

isteri Amin masih lagi di bilik dengan anaknya kedua nya Khalid.

Aliya sedang bermain dengan Umar, Anas, dan Ahmad di ruang tamu.

Abi bertanya pada Aina. "Tadi siapa yang hantarkan kau balik?"

"Leyla dengan pakcik dia Abi, Katanya nak pergi beli roti juga. Jadi dia tumpang kan akak sekali."

Abi mengangguk dan bertanya lagi. "Siapa nama pakcik Leyla tu?"

"Burak ozcivit." Jawab Aina sambil letak kan air minuman dan melihat Abi.

Aina SukainahWhere stories live. Discover now