episode 4

10 2 0
                                    

Aina menolong kak Suha dan Erysha mengambil makanan yang ingin di hidangkan, dan bila sudah siap. Aina meminta diri dahulu untuk ke biliknya sekejap.

Aina bawakan makanan untuk Leyla dan anak-anaknya. Aira dengan Aliya ada di dalam bilik Aina sedang bermain dengan Ryan, Leyla, Umar, Anas, Ahmad dan khalid.

Aina berkata. "Aira, Aliya. Cepatlah keluar, Umi dengan makcik tu dah tunggu nak makan."

"Okay. Nanti kita main lagi ya." Kata Aliya pada Leyla.

Aina bercakap sambil hidangkan makanan untuk anak-anaknya. "Leyla, Anas, Ahmad mari makan, Umar duduk dekat sini sayang. Leyla tolong jaga adik-adik sekejap ya."

Leyla mengangguk sambil tersenyum. "Ya, okay."

----------------

Setelah keluarga Erysha sudah pulang. Aina dengan Amin menghantar Leyla dan Ryan pulang ke rumah nya.

Sampai di depan rumah Burak.

Aina dan Leyla telah turun dari kereta, dan Amin pergi mengetuk pintu rumah.

"Leyla terima kasih ya, kerana Leyla sudah bawa adik Ryan datang sekali." Aina senyum sambil memegang tangan Leyla.

"Ya sama-sama." Leyla tersenyum gembira.

Burak bersalaman dan berkenalan dengan Amin.

"Maaf sekali lagi, kerana Leyla telah banyak menyusahkan awak satu keluarga." Burak bercakap sambil melihat Aina dan Amin.

Amin berkata. "Kami sudah menganggap Leyla dengan Ryan macam anak-anak kami juga." Amin tersenyum. Lalu Burak mengangguk dengan senyuman nya.

----------------

Keluarga Erysha meminta keluarga Nordin memberi mereka masa untuk berunding dengan ahli keluarga mereka di Malaysia.

Mereka akan memberi jawapan sama ada lamaran Muaz diterima atau tidak pada 5 may 2024.

Pada awal bulan may. Amin dengan Muaz juga ingin keluar tiga hari bersama jemaah Tabligh yang ada di masjid Aya Sophia.

----------------

MALAM. Jam 3:00am.

Burak tidak boleh tidur kerana teringat kan mata Aina, suara Aina, tikah laku Aina, sehingga membuatkan Burak keluar dari rumahnya untuk mengambil udara segar.

Burak bercakap sendiri sambil berdiri di laman rumahnya. "Aku perlu tahu apa itu islam? Dan kenapa Aina berpakaian seperti itu."

****************

Keesokan harinya.

PAGI. Jam 6:30am.

Semasa Jamilya sedang bungkus bekal makanan untuk Leyla ke sekolah di dapur.

Leyla telah menggendong adiknya Ryan yang sedang tidur lena, lalu dia membawa adiknya ke apartment Aina.

Kemudian. Jamilya sudah bersiap-siap untuk menghantar Leyla ke sekolah tetapi Leyla tidak ada.

Jamilya mencari mereka ke semua tempat di dalam rumah itu, tetapi tetap juga tidak jumpa.

Lalu Jamilya berdiri di laman rumah dan melihat Leyla sudah berjalan jauh, sambil menggendong adiknya ke arah apartment Aina.

Jamilya sudah tahu yang Leyla ingin wanita itu yang menjaga adiknya Ryan, semasa dia berada di sekolah.

Lalu Jamilya membiarkan saja, Leyla pergi berjalan seorang diri dengan membawa Ryan.

----------------

Sampai di depan apartment Aina.

Leyla telefon makcik Aina dan mengatakan yang dia dengan adiknya, sudah ada di bawah.

Aina SukainahWhere stories live. Discover now