Keesokan harinya. Isnin 20 may 2024.
Aina sangat gembira kerana hari ini dia dapat keluar daripada hospital. Jadi sesudah sarapan pagi Aina dan Minah telah menunggu keluarga nya di lobi hospital.
Semua ahli keluarga Nordin sudah pun siap mengemas beg-beg pakaian dan barang-barang mereka, kerana hari ini mereka satu keluarga akan keluar daripada apartment.
Ketika Amin dan Muaz sedang masuk kan beg-beg pakaian di dalam caravan. Burak telah memberikan kunci bilik hotel kepada Abi.
----------------
Selepas mereka sudah mengambil Aina dan Minah di hospital, mereka semua terus bergerak ke hotel yang Burak carikan itu.
Setibanya mereka di sana. Abi dan keluarga telah masuk ke dalam bilik yang paling mewah yang ada di hotel itu. Abi sangat terkejut kerana Burak telah membayarkan bilik vip itu untuk Abi satu keluarga.
Kemudian Abi whatsapp Burak untuk berterima kasih kepada nya dan mengajak dia makan tengah hari sekali dengan mereka.
Tetapi Burak tidak dapat makan tengah hari sekali bersama keluarga Nordin kerana tengah hari ini Burak kena pergi ke sekolah Leyla bagi menguruskan urusan sekolah Leyla yang akan berhenti dari sekolah itu, kerana selepas ini Leyla akan menetap di Malaysia.
----------------
PETANG. Jam 6:30pm.
Aina telah keluar dari bilik nya seorang diri, kerana dia ingin bertanya sesuatu kepada Abi tentang sekolah Leyla.
Aina berjalan menuju ke bilik Abi dan apabila tiba di hadapan pintu bilik Abi, tiba-tiba Aina berhenti dan terkedu kerana Burak berada di hadapan nya.
Aina melihat Burak berada di dalam bilik Abi dan baru nak keluar dari situ.
Aina berundur ke belakang, kemudian dia cuba menggerakkan kaki nya untuk berjalan balik ke arah bilik nya sambil tangan nya memegang dinding.
Burak memandang isteri nya yang dalam keresahan. Kemudian dia berdiri di situ dan tidak bergerak sedikit pun. Sehinggalah dia melihat isteri nya tiba-tiba tersandar di dinding dan jatuh ke lantai.
Aina tidak dapat bergerak lagi, kerana tiba-tiba kaki nya terasa sangat lemah.
Burak berjalan ke arah isteri nya dan cuba mendekati nya. Kemudian Aina telah bersuara untuk menyuruh nya berhenti. "Tolong jangan dekat! Saya merayu! Jangan."
Burak melihat isteri nya yang kelihatan sangat takut terhadap diri nya. Kemudian dia mengundurkan diri nya selangkah dua daripada isteri nya sehingga berjarak kan satu bilik.
Aina cuba untuk bangun dari situ lalu dia berjalan pelahan-lahan sambil berpegang pada dinding di tepi nya.
Burak juga turut berjalan di belakang isteri nya sambil mengekalkan jarak satu bilik itu, sehingga Aina masuk ke dalam bilik.
Aira, Aliya, dan Minah sedang menoton television di atas sofa, sementara Leyla, Anas, dan Umar sedang bermain catur di atas katil.
Kemudian..
Minah pergi membukakan pintu dan dia melihat mata Aina yang sebak. "Aina kenapa ni?" Tanya Minah sambil memandang Aina yang terus masuk ke dalam bilik air.
Kemudian. Minah merasakan ada sesuatu yang terjadi di luar. Dia telah membuka pintu bilik dan Burak sudah ada di hadapan pintu, lalu Minah terus bertanya. "Aina nampak kau?"
Burak mengangguk kan wajah nya dan berkata. "Tolong beritahu aku keadaan Aina selepas ini."
Minah juga telah mengangguk kan kepala nya dan berkata. "Baiklah."
YOU ARE READING
Aina Sukainah
Cerita PendekKisah Kehidupan Seorang Wanita Bernama Aina Sukainah Yang Menemukan Cinta Sejatinya Di Usia 30-an. . . . IG @kina_ariffin . . . ⚠️STRICTLY, THIS IS FULLY MY IDEA ⚠️LET ME KNOW IF YOU HAD READ THIS STORY AT ANOTHER'S ACCOUNT