episode 28

6 2 0
                                    

Jam 11:30 malam.

Setelah tiga puluh minit Abi dan Burak bersembang di ruang tamu. Abi telah menyuruh Burak untuk pergi tidur.

Kemudian Burak telah pergi dan berdiri di hadapan pintu bilik Aina seketika kerana jantung dia sedang berdebar-debar dengan sangat kuat, lalu Burak berkata di dalam hati. "Ya Allah kuatlah iman hambamu ini Ya Allah."

Burak membuka pintu bilik itu dan memasukinya perlahan-lahan kerana ingin melihat apa yang Aina lakukan.

Burak melihat Aina tiada di atas katil, lalu dia menyangka isteri nya mungkin berada di dalam bilik air.

Kemudian Burak mengambil selimut dan bantal tambahan yang berada di dalam almari, lalu Burak menghamparkan di atas lantai kerana Burak tahu Aina tidak akan selesa jika dia tidur di atas katil.

----------------

Jam 12:00am.

Setelah Burak berbaring selama dua puluh minit.

Burak bangun dari baring nya dan tertanya di dalam hati. "Kenapa Aina masih belum keluar daripada bilik air. Ya Allah Aina pengsan ke?" Burak terus bangun dari tempat duduk nya dan pergi ke depan pintu bilik air Aina.

Kemudian Burak mengetuk pintu sambil berkata. "Aina awak ada dekat dalam ke?" Burak meletak telinga nya di pintu dan mendengar tiada suara atau bunyi dari dalam.

"Aina kalau awak tak bersuara saya buka pintu ni!" Burak berkata sambil membuka pintu bilik air Aina.

Kemudian dia melihat Aina tiada di dalam. Burak terus keluar daripada bilik Aina, dan berfikir kemana isteri nya pergi.

Burak naik ke laman atas dan mencari isteri nya. Kemudian Burak melihat Aina sedang tertidur lena di tepi pasu bunga yang tinggi-tinggi.

Aina duduk di tepi pasu bunga itu dan telah tertidur di situ.

Ketika Abi dan Burak sedang bersembang di ruang tamu. Aina telah keluar daripada bilik air nya dan naik ke laman atas.

Burak tersenyum manis sambil memandang wajah isteri nya yang masih berpakaian syar'i, berjubah hitam dan berhijab hitam, tetapi Aina tidak memakai niqab.

Selepas makan malam tadi, Aina masih belum sempat menukar pakaian syar'i nya itu.

Di laman atas itu Nordin telah pasang dinding yang tinggi di sekeliling laman itu untuk anak-anak wanita nya beriadah di situ, jadi tiada sesiapa pun yang dapat melihat laman yang ada di atas rumah mereka itu.

Kemudian Burak terus pergi mengambil selimut di bilik tidur dan telah menyelimuti tubuh isteri nya yang masih belum sedar yang dia berada di hadapan nya.

Burak tersenyum manis sambil duduk di sebelah pasu bunga tempat isteri nya tidur.

----------------

Jam 4:30 pagi.

Burak ingin menemani Aina di situ sehingga Aina tersedar, tetapi dia juga telah tertidur lena di sebelah pasu bunga itu, sehingga Aina telah tersedar.

Kemudian Aina melihat diri nya yang telah diselimuti seseorang, lalu Aina nampak Burak berada di sebalik pasu bunga itu.

"Ya Allah!!" Aina sangat terkejut sehingga dia telah menolak pasu bunga itu terjatuh di atas badan Burak dan telah pecah.

Burak tersedar dan merasa sakit di badan nya lalu Burak melihat Aina sedang berdiri di hadapan nya dan ingin pergi dari situ.

Burak ingin bangun dengan cepat sehingga dia tidak sedar ada serpihan pasu yang pecah itu di tepi nya.

Kemudian Burak telah terkena serpihan kaca itu dan tangan nya berdarah sedikit. "Aduh sakit. Ya Allah sakit nya." Burak sengaja menguatkan suara nya supaya Aina dapat mendengar nya.

Aina SukainahWhere stories live. Discover now