episode 24

7 2 0
                                    

Keesokan harinya.

Jam 8:30am. Selepas sarapan pagi. Abi sekeluarga telah bergerak balik daripada rumah keluarga Erysha.

Semasa dalam perjalanan, Abi dapat panggilan telefon dari Minah. Kemudian Minah memberitahu bahawa Aina sudah sedar dari koma pada malam tadi jam tiga pagi.

Abi dan semua keluarga sangat bersyukur dan sangat gembira.

----------------

Jam 12:00pm.

Abi satu keluarga terus pergi ke hospital kerana ingin melihat keadaan Aina. Kemudian Minah menerangkan kepada semua keluarga.

Walaupun Aina sudah siuman seperti sedia kala, Aina masih dalam keadaan yang sangat lemah. Di sebabkan itu doktor telah menidurkan Aina semula.

Minah masih tidak tahu sama ada Aina mengalami trauma atau tidak. Jadi Minah kena tunggu sehingga Aina tersedar dengan sendiri nya. Baru lah Minah akan periksa keadaan mental Aina.

Kemudian Minah hanya memberitahu Abi sahaja tentang Aina, untuk sementara ini Minah ingin Burak jangan ada di hadapan mata Aina setelah dia kembali sedar nanti.

"Burak sudah tahu, mengenai perkara ini." Abi bertanya pada Minah.

"Belum lagi Abi, elok kalau Abi sendiri yang beritahu dia pasal ni." Kata Minah.

----------------

Abi satu keluarga telah pulang ke apartment untuk berehat. Sementara Burak masih berada di balai polis untuk menyelesaikan kes makcik nya Jamilya, yang disabitkan atas kesalahan cubaan membunuh.

Kebiasaan nya Burak akan pulang daripada kerja sekitar jam 6:00 petang. Tetapi hari ini dia sedikit sibuk kerana kes Jamilya dan Jocelyn.

----------------

Jam 8:00pm.

Burak terus ke apartment kerana Abi ingin berjumpa dengan nya dan Abi ingin beritahu dia apa yang Minah telah katakan tadi mengenai keadaan Aina setelah sedar nanti.

Kemudian..

Malam itu Burak tidak boleh menemani Aina di hospital, kerana pada bila-bila masa sahaja Aina boleh tersedar dari tidur nya.

Selepas makan malam di rumah Abi. Burak telah pulang ke rumah dia.

----------------

MALAM. Jam 11:30pm.

Selepas Burak selesai mandi. Burak sudah cuba untuk melelapkan mata nya tetapi masih tidak boleh, kerana di dalam fikiran dia hanya ada Aina.

Kemudian Burak segera bangun dari katil nya sambil berjalan keluar daripada bilik tidur, dia mengambil pakaian dan kunci kereta, lalu Burak terus pergi ke hospital.

Sampai di hospital. Burak hanya melihat Aina daripada luar pintu bilik. Dia tidak ingin masuk kerana Minah ada di dalam.

Kemudian Burak duduk di bangku yang ada di luar bilik itu. Dan itu sudah cukup membuatkan dia berasa lebih tenang daripada berada di rumah.

----------------

Jam 1:00am.

Minah keluar dari bilik untuk memanggil seorang jururawat menemani Aina, sementara dia ingin pergi membeli air minuman nya sekejap.

Kemudian Minah melihat Burak yang berada di situ. Dia sedang duduk bersandar di bangku, dan sudah tertidur lena.

Minah hanya membiarkan sahaja Burak tidur di situ. Dia terus berjalan sambil berkata di dalam hati. "Alhamdulillah Burak benar-benar mencintai Aina sepenuh jiwa dia." Minah tersenyum sendirian kerana dia baru sedar yang Burak tidak boleh berjauhan dengan Aina walaupun sekejap.

Aina SukainahWhere stories live. Discover now