episode 12

9 2 0
                                    

Setelah Burak pergi. Jamilya terus menelefon anak nya itu berkali-kali sehinggalah Jocelyn menjawab panggilan nya.

"Ada apa mommy?" Jocelyn berkata dengan kasar.

"Kau kena lari daripada Burak, jangan jumpa dia. Tadi Burak datang sini cari kau, mommy tengok muka dia tengah marah sangat dekat kau." Kata Jamilya pada anak nya Jocelyn.

"Apa!" Jocelyn teringatkan kata-kata Aina kepada nya tengah hari tadi. "You are nothing to us."

"Mommy rasa Burak sudah tahu rencana kita,  waktu mommy berlakon sakit hari itu."

"Mommy diam boleh tak, okay. Dengar, Jocelyn tak akan pulang selagi Jocelyn tak jumpa dengan wanita j..l..n..g.. itu!" Jerit Jocelyn pada ibu nya Jamilya.

Kemudian Jocelyn terus mematikan panggilan itu dengan perasaan yang sangat marah.

"Aahhhhhh!!!" Jocelyn menjerit dengan sekuat hati nya kerana dia rasa di cabar oleh Aina.

"Wanita ini benar-benar berani. Dia tidak kenal aku siapa. Aku Jocelyn! Aku tidak akan pernah kalah dengan kau. Apa yang aku nak, pasti aku akan dapatkan." Jocelyn bercakap sendirian sambil ketawa jahat.

Burak. Jamilya dan Jocelyn bercakap dalam bahasa negara mereka turki.

----------------

Hari ahad 5 may 2024. Jam 10:00am. Di apartment.

Hari ini Abi dengan Umi ingin menziarahi sahabat lama Abi dan Umi yang sudah lama tinggal di turki.

Dan hari ini juga mereka semua ingin pergi berjalan-jalan ke tempat yang lebih menarik yang ada di turki lagi kerana mereka sudah lama tidak keluar berjalan-jalan.

Tetapi hanya Aina, Umar, dan Leyla sahaja yang tidak pergi berjalan-jalan kerana malam tadi Umar tiba-tiba demam panas.

Semua keluarga sudah berkumpul di ruang tamu.

"Aina betul ke kau tak nak pergi?" Tanya Amin pada Aina.

"Kali ni kita nak pergi ke tempat yang cantik lagi dari sebelum ni, betul kak Aina tak nak pergi." Kata Aira yang sedang duduk di bangku meja makan.

"Tak apa lah, akak memang tak nak pergi. Akak dah menggantuk sangat ni." Jawab Aina dengan senyuman nya.

"Biarlah Aina berehat, malam tadi Aina tak boleh tidur kerana Umar asyik menangis je, sampai pagi ni baru Umar dapat tidur dengan lena."

Umi berkata sambil masuk kan buah buahan ke dalam beg kertas untuk di bawakan ke rumah kawan Abi dan Umi.

"Umar demam ke Umi?" Suha bertanya sambil menolong Umi di dapur.

"Ya, malam tadi badan dia tiba-tiba je panas." Jawab Umi.

"Macam mana boleh demam Aina?" Tanya Amin yang sedang minum air di peti ais.

"Ini semua ketentuan dari allah." Kata Umi sambil memukul lengan Amin.

"Ya, betul apa yang Umi cakapkan tu, bukan nya kak Aina yang nak Umar demam." Aliya bersuara sambil dia memakai niqab nya.

"Abi nanti kalau kak Aina tidur, siapa yang akan jaga budak-budak ni?" Muaz berkata sambil berdiri di tepi sofa.

Leyla yang sedang duduk di sofa sebelah Aina kemudian menjawab. "Leyla ada, acik Muaz jangan risau. Leyla boleh jaga adik-adik."

"Terima kasih Leyla, baik betul lah Leyla ni." Kata Muaz dengan senyuman nya sambil menggosok rambut Leyla.

Semua memandang Leyla dengan senyuman mereka.

"Okay lah kita pergi sekarang. Aina biarkan dia rehat, sebab malam nanti kita akan keluar lagi." Amin bercakap sambil memakai kasut nya.

Malam ini semua ahli keluarga Nordin di jemput oleh Ibu Erysha yang ingin belanja keluarga Nordin makan malam di restaurant kenalan pakcik Erysha dan malam ini juga adalah keputusan mengenai lamaran Muaz di terima ataupun tidak.

Aina SukainahWhere stories live. Discover now